Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"bapak dengan anak...kadang-kadang terlepas pandang juga - bahagian kedua!"


Memang filem ni ialah antara filem klasik pujaan aku sebab aku dapat merasakan mesej membara dalam filem nih...mungkin juga dengan menonton filem nih aku harap aku tidak akan menjadi seperti Roland, bapak kepada Ben Mercado yang terlalu harap anak dia ikut jadi seperti apa yang dia nak!

Seriously, nasib baik abah aku bukan macam Roland Mercado nih...abah aku bagi sepenuh kebebasan untuk menjadi apa aku nak jadi maka aku tidak mensia-siakan kepercayaan dan harapan yang abah aku berikan walaupun dia pernah kecewa ketika mendapat keputusan STPM aku kat Sekolah Menengah Aminuddin Baki...dia datang sendiri sorang-sorang ambik keputusan periksa aku setelah cikgu kaunseling sekolah tu yang pernah maki hamun aku siap halau aku keluar kelas telefon rumah aku suruh ahli keluarga aku ambik result exam aku...akhirnya abah aku sorang aje pergi ambik...punya semangat dia nak ambik result aku sebab dia ingat aku pass semua...malangnya...aku fail dua paper sebab aku tak ambik exam...cikgu kaunseling aku cakap aku lulus dua paper...dia cakap rugi aje aku tak usaha betul-betul sebab cikgu aku cakap aku bukan tak pandai...cuma ada masalah aje...ye...memang aku ada masalah masa tuh...masalah dengan mak aku...

Tapi akhirnya kekecewaan bapak aku tuh aku tebus dengan sijil ijazah aku yang aku dapat dari UNIMAS...aku tunjuk kat dia...aku cakap - "tuhan ganti balik apa yang dah hilang tuh". Bapak aku cakap dengan aku masa dia ambik result STPM aku dia rasa sedih sebab aku tak usaha betul-betul...tapi apa apa hal pun aku berjaya buat dia bangga sebab aku dah jadi cikgu selama lima tahun...jadilah!!!

Filem nih pasal hubungan anak dengan bapak yang tak semenggah...bapak dia nak anak dia berjaya dan nampak hebat di pandangan mata orang lain...mungkin sebab bapak dia nak menebus balik kegagalan dia dalam hidup dan tak mahu anak dia lalu benda yang sama apa yang dia dah lalu...mungkin dari segi itu ada kebenaran bapak dia, sebab bapak dia terlalu sayang anak dia dan anak dia pun sebenarnya tak nampak apa yang bapak dia cuba sampaikan...

Mungkin sebenarnya kita terlalu sayang anak kita...kita takut anak kita kena lalu benda yang kita dah lalu (kesusahan) dan kita tak nak anak kita lalu benda yang sama kita dah lalu...apa aku ulang-ulang nih???

Namun demikian, sebagai seorang bapak...aku menonton filem nih banyak kali dan cuba memahami dan tidak mahu melakukan apa yang bapak dalam filem ni lakukan...ini semua masalah komunikasi...kita selalu berlanggar sesama sendiri dan kita lupa makna kasih sayang, yang anak hanyut dalam ego sendiri dan tak nampak apa yang bapak dia cuba buat untuk dia...

dan akhirnya Ben Mercado berbaik semula dengan bapak dia dan dia faham kenapa bapak dia buat dia macam tuh...

Insya Allah...aku cuba menjadi kawan yang baik untuk anak aku dan cuba untuk memahami anak aku...

Amin.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...