Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"kita ni kecik aje disisi cakrawala nih"


aku menonton filem nih dengan penuh rasa keinsafan dan kesedaran betapa kecil dan fananya aku sebagai seorang manusia. Ini filem dokumentari yang sangat komprehensif dan sangat berpengetahuan. Aku mula faham macam mana Big Bang itu berlaku dan bagaimana wujudnya cakrawala dan segala isi di dalamnya, maha suci Tuhan yang menjadikan semua ni tanpa sia-sia.

aku diberitahu tentang bagaimana wujudnya sistem solar dalam setiap cakrawala dan bagaimana sistem solar itu kemudiannya mati dan dari kematian sistem solar itu akan wujud lagi berjuta-juta sistem solar yang akan menduduki setiap ruang dalam cakerawala ini.

Bayangkan sistem solar kita ni adalah antara beratus-ratus juta sistem solar sedia ada di galaksi kita sahaja yang mana selain dari galaksi kita nih ada beratus-ratus juta lagi galaksi yang sama besar dan lebih besar dari galaksi kita nih...now you see how tiny you are??? Namun demikian ada manusia nih yang ego dan kesombongan dia lebih besar dari cakrawala milik Tuhan nih!!!

aku juga diberitahu macam mana planet-planet dalam sebuah sistem solar tu terbentuk, dari gagasan batu-batu meteor yang berlanggar sesama sendiri akhirnya membentuk satu medan graviti yang kuat dan ia menarik antara satu sama lain dan terbentuklah planet, namun demikian baru juga aku tau ada diantara planet-planet dalam sistem solar nih yang sebenarnya hanya terisi dengan gas dan methane yang bermacam-macam, tak ada unsur jisim langsung!! Allahuakbar!!!

dan dari dokumentari ni aku diberitahu, kalau sistem solar kita nih mati...maka...habislah kita!!!

Kalau kita sendiri tahu benda nih dari kajian dan pengamatan...adakah apa yang Tuhan turunkan dalam Quran tu kita berani kata satu dusta lagi???

Astaghafirullah!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...