This time, the door cannot be locked?
Franchise filem ini dilakonkan oleh Rob Lowe yang sebelum ini pernah melakonkan kembali remake filem tv Salem's Lot yang berakhir dengan tragedi luka parah...
Filem ini juga serupa kerana ia berakhir dengan tragedi kejam yang menggigit...
Sebenarnya menjadi "jahat" bukanlah pilihan semua manusia...kita menjadi racist, kejam, zalim kerana sekeliling kita...kita berpiket, mogok lapar, menentang kerajaan kerana bukan kita yang memilih...namun tuntutan nafsu dan angin amarah membuatkan kita jadi begini...
Begini jugalah premis filem ini yang bersyarah secara mental tentang sikap, tabiat dan perasaan racist dalam diri manusia...ia bukanlah satu bentuk perasaan yang dipelajari...tetapi ia adalah satu bentuk perasaan yang dialami dari sikap manusia yang suka merasakan mereka itu sempurna,. bagus dan juga superior.
Pengalaman trauma bekas seorang askar yang dikerah perang di Iraq menyebabkan keadaan menjadi tidak menentu baginya, sepulangnya dia dari medan perang (kononnya) dia terpaksa berhadapan dengan "hantu" dan "jin" yang menagih sesuatu dari kesilapan masa lepasnya yang amat tragis...
Filem ini mengajar aku untuk merasakan empati kepada kedua-dua belah pihak, masing-masing ada reason tersendiri yang sebenarnya hanya mereka dan tuhan sahaja yang tahu...peristiwa sadis yang membawa kepada kematian anak-anak askar ini satu persatu membawa kepada natijah bahawa setiap perbuatan pasti ada balasannya samada lambat atau cepat.
Filem ini tidak berakhir dengan kebahagiaan...sebaliknya berakhir dengan penuh tragis...maka sebenarnya satu persoalan yang nyata...
Under It All...we are still flesh and bones...and whatever we make of us will soon comes to visit us...
maka bertanggungjawablah atas segala perbuatan kerana tidak ada siapa yang dapat bertanggungjawab atas pilihan kita...