Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


The Most Terrifying Film You Will Ever Experience!!!???

Aku masih lagi dalam mode mengupas persoalan dendam kesumat...kali ini aku nak kupas tentang persoalan dendam kesumat paling keren dan paling besar antara "el diablo" (he he...kau ingat lagi kan apa yang kau panggil aku? ha ha...kau tu sebenarnya el diablo sebab kau tak habis-habis dendam dengan aku...pegi mati laa dengan dendam kau tuh! baik kau gantung diri aje..) dengan kita yang bernama manusia.

Filem ni memang pada pandangan aku ialah "the most terrifying film ever!" sebab kalau nak bandingkan dengan filem asal aku rasa filem ni lagi menakutkan...

Filem ini ialah antara satu filem yang menggunakan premis "The Cabin In The Woods" dan aku rasa Evil Dead ialah antara filem terawal yang menggunakan tema sebegini...ha ha ha!

Memang dalam filem ni menjelaskan dan menunjukkan secara visual dan grafik bagaimana syaitan-syaitan yang terlaknat ni akan menggunakan apa jua cara untuk melunaskan dendamnya kepada manusia lebih lebih lagi beberapa eon yang lampau bapak syaitan (el diablo) telah dimalukan dek seorang manusia mulia bernama Adam (salam ke atas baginda) dan bagaimana Adam berjaya memperbodohkan syaitan dengan izin Tuhannya...

Kita lihat betapa buruk dan kejinya kejahatan yang diinspirasikan oleh syaitan...dengan merobek, menerobos, menikam dan mengerat-ngerat anggota badan manusia...inilah kekejian syaitan terhadap kita...

Jadi sebenarnya aku nak sekali lagi buat analogi...apa lagi nilai engkau sebagai manusia kalau engkau pun berkelakuan seperti syaitan dalam filem ni yang keji, zalim dan pendusta paling besar di alam maya ini??

Janganlah engkau melempiaskan amarah dan perangai iblis mu di facebook mahupun di twitter kerana nampak sangat buruknya perangai engkau, memaki hamun orang sesuka hati...meng ass hole kan ahli ahli agama...terpujikah perangai kau?? sesudah kau maki alim ulamak...kau ucapkan pula Alhamdulillah pada tweet kau selepas puas kau memaki...apa barang geng???

yes...this is the most terrifying film I ever see!!!

why did he allow all this to happen...isnt he the wise one? bini aku tanya aku...

Hmmmm...bini aku semenjak dua menjak ni mengalami masalah post traumatic stress disorder disebabkan aku dah kena buang kerja dari menjadi cikgu...lalu aku teringat kat movie nih...bukan apa...bini aku hampir tiap-tiap hari mengomel...kenapa Tuhan buat kita macam ni? apa salah kita? apa kita dah buat? dan last-last dia marah kat Tuhan...(aku pun kadang-kadang)...macam apa yang si Bruce Nolan ni buat...tapi dalam filem nih...akhirnya ada satu hikmah yang Tuhan ajar kepada kita.

Aku ingin me relate movie nih dengan apa yang family aku alami sekarang nih...macam Bruce Nolan...kena buang kerja, tak dapat apa yang dia nak...dan akhirnya dia maki-maki Tuhan...sehinggalah dalam filem ni Tuhan sendiri turun jumpa dengan dia (errr...dont take this at face value...this is just a movie...tapi sebenarnya Tuhan tu selalu ada dengan kita...kita aje yang ignore Dia).

Bruce Nolan diberikan satu kuasa seumpama Tuhan yang akhirnya disalahgunakan...setelah mempunyai kuasa macam Tuhan...dia mencaca marbakan pekan tempat dia tinggal dan alienate girlfriend dia...sehinggalah akhirnya dia belajar satu benda...bahawa sebenarnya menjadi manusia itu lebih istimewa kalau kita tahu dan kenal diri kita dari sisi kemanusiaan. Setelah belajar dari kesilapan (to err is human) maka akhirnya Bruce Nolan menjadi insaf dan berubah menjadi seorang manusia yang mengenali dirinya sendiri...

Aku ingin nasihatkan bini aku...kadang-kadang Tuhan mengajar kita sesuatu dengan cara yang amat kita tidak faham...kita selalu suka persoal...sebab yang persoal tu sebenarnya NAFSU kita...akal kita tidak akan sentiasa mempersoal apa yang Tuhan buat dengan kita sebab sebenarnya akal kita compatible dengan RUH Tuhan...

Makanya, setelah mengulas filem ni beberapa kali...aku rasa inilah hikmah pengajaran yang aku nak ajar dengan bini aku...Tuhan tak pernah benci dengan kita dan menzalimi kita...kadang-kadang kita aje tersalah faham...he he he he!!!




Lea Thompson pernah melekat di dinding bilikku! ha ha ha!!!

Pertama kali aku menonton filem lakonan Lea Thompson dalam Howard The Duck...aku mula menyimpan impian ketika itu bahawa kalau aku nak ada bini...aku akan cari bini lawa dan hebat macam si Lea Thompson nih...

Secara jujurnya, masa zaman aku muda remaja, Lea Thompson ialah antara wanita pujaan aku sampai aku tampal poster bagak dia kat bilik tidur aku dan akhirnya dikoyak dek bapak aku sebab dia tak berapa berkenan dengan poster-poster tuh (termasuklah poster Whitesnake aku yang sangat rare ketika itu)...

Aku memang bodoh masa tu...aku ingat kalau dalam hidup ni mesti ada perempuan cun, body solid maka bolehlah dia jadi awek aku...he he he!! Alhamdulillah...lama kelamaan aku sedar diri bahawa...kalau dah semua lelaki dalam dunia ni nak perempuan high maintainance macam Lea Thompson tu...macam mana pulak dengan pompuan-pompuan tak lawa ek? ha ha ha ha!!!

Makanya filem ini meraikan erti perasaan dan sebenarnya jodoh pertemuan tu dah cocok ditentukan Tuhan...filem ini menjelaskan bagaimana hormon-hormon keremajaan itu kadangkala menipu dan membohong...jadi fikirlah menggunakan akal dan jangan selalu buat keputusan ikut hormon tak stabil.

Aku sangat heran...macam mana dalam filem semua benda nampak macam balance aje...yang baik lawan yang jahat akhirnya yang baik menang...tapi dalam realiti sangat sukar dan payah.

Ini semestinya cult film klasik yang amat menyegarkan minda dan mengembalikan memori-memori bersama dengan (poster) Lea Thompson dan bagaimana aku berangan...kalaulah Lea Thompson ni bini aku...ha ha ha ha ha!!!


Satu Orang Sudah Mati...Dead Man Is Down...(mind my grammar)

Bila aku tonton filem ni aku teringat pulak dengan satu filem Melayu, tajuknya - Langgar, yang menggunakan tema dan premis yang sama dengan filem ni. Macam mana seorang mamat yang hidupnya dihancurkan oleh sekumpulan samseng elit yang cuba menyusup masuk ke dalam organisasi samseng ni dari bawah sampai lah akhirnya dia berjaya memperdayakan ketua samseng lantas berjaya membalas dendam atas kematian bini dia...errr...aku tak tau cerita mana keluar dulu...cerita Langgar tu ke atau cerita ni??

Aku melihat filem ini dari sudut pandangan seorang pendendam yang sanggup membuat apa sahaja demi melunaskan dendamnya...

ya, mungkin aku boleh bersimpati dengan mamat yang memegang watak utama filem ni yang sanggup bersusah payah demi melunaskan dendamnya...namun demikian aku masih tidak memahaminya...is it worth it??

Katakanlah kau dah kehilangan seorang anak perempuan yang kau fitnah dia dah lari ikut jantan dan kawin kat Siam tanpa pengetahuan kau...sanggup ke kau jahanamkan hidup anak perempuan kau dengan melemparkan fitnah pada laki dia yang kau tuduh macam-macam sampai sanggup kau fitnah laki dia sebagai seorang pesakit mental dan gila padahal kau tak sedar yang kau tu lebih gila sebab sanggup cuba menjahanamkan hidup anak perempuan kau yang dah bahagia berkawin dengan lelaki pilihan dia sendiri tanpa perlu elemen-elemen lain seperti perbomohan dan persihiran seperti yang kau kelentong kat semua orang yang kau kenal dan kau katakan anak perempuan kau dah kena sihir guna-guna dek suami pilihan dia sendiri..,? errrr...itu adalah satu contoh bagaimana seorang manusia sanggup melempiaskan rasa dendam kesumat sehingga dia lupa...qada' dan qadar semua Allah dah tentukan...

Seperti mamat dalam filem nih...aku masih tak faham dan kurang faham bagaimana sesuatu yang dinamakan sebagai DENDAM KESUMAT boleh mengabui dan menjatuhkan jatidiri kemanusiaan dalam diri mamat nih sehingga dia sanggup bersusah payah demi menuntut bela kematian bini dia? Justified kah apa yang dia buat tu? kenapa dia tak MOVE ON aje dan menerima nasib sedia ada?

Macam orang tua tadi tu yang aku cuba analogikan untuk mendapatkan makna yang serupa...apa yang dia dapat kalau dia jahanamkan hidup anak dia sendiri? Dapat pahala?

dan di akhirnya...dalam drama dunia ni...you reap what you sow...

sekianlah dahulu...

"pelarian satu malam"

aku sangat suka menonton filem-filem berelemenkan "pelarian satu malam" kerana filem-filem begini temanya selalu akan meraikan hero sebagai pahlawan agung yang berjaya menjelang subuhnya...aku teringat satu filem lakonan Tom Cruise sebagai Hitman dalam filem Collateral yang turut sama berkongsi tema seperti ini.

Sekumpulan muda muda belia termasuk seorang bapak beranak satu telah pergi melepaskan tekanan dan cuba untuk bersuka-sukaan dalam satu kenderaan rekreasi yang "dipinjam" oleh salah seorang muda muda belia tadi...makanya mereka tidak menyedari bahawa they are in for one hell of a night...

Disebabkan nak ambik jalan short cut (klise biasa bagi filem-filem thriller / horror sebegini...) maka mereka akhirnya terjebak dan menjadi saksi satu pembunuhan kejam oleh seorang drug lord yang telah membunuh dengan kejam seorang pusher kerana menyalahgunakan wang syarikat...ha ha ha!!

Maka bermulalah adegan kejar mengejar, tembak menembak dan akhirnya menjelang subuh...heronya diraikan dengan kemenangan!!!

Mungkin jalan ceritanya klise dan predictable...namun sebenarnya seperti biasa aku suka melihat filem ini dari satu sisi yang tidak terduga...aku suka melihat seorang lelaki beranak satu yang pertama kali terjebak dalam kes yang berat sebegini, berusaha sedaya upaya menggunakan akal waras dan kepintaran untuk lari dari drug lord yang sangat kejam dan zalim ini...dan bagaimana seorang lelaki yang lembik dan dianggap penakut tiba-tiba "naik hantu" dan menjadi seorang superhero yang hebat bilamana merasakan keluarganya akan dibahayakan oleh manusia tidak bertanggungjawab...

Filem ini mengajar kita melihat potensi dalaman seorang manusia dan bagaimana sesuainya peribahasa - Sarang tebuan jangan dijolok. "aku pedulik hapa!! kau bapak setan ke, raja dadah ke...aku hayun!!!"

how the power of mind works!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...