Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


N.E.X.T.?

"Adakalanya org kafir berangan kalaulah mereka dapat menjadi beriman seperti kamu", pernah aku baca satu Firman ALLAH di dalam sebuah surah dalam Quran. Memang benar, kebanyakan mereka ni suka berangan tapi tak pernah berusaha nak mendekatkan diri dengan ALLAH...masuk aje laaa Islam.


Selepas tragedi 9/11 enam tahun lepas, kita lihat trend filem-filem barat mula menonjolkan manusia-manusia superman dan hebat, berangan tentang benda-benda yang depa sendiri pun tak dapat nak selam. Filem NExt ini ialah salah satu dari trend semasa org kafir yang mahu berangan menjadi manusia yang dipelihara ALLAH dari masa depan (akhirat) yang agak menakutkan.


Memang tema filem ini begitu sinonim dengan retribution, elemen senjata nuklear dilambangkan sebagai medium apokalips yang amat-amat menakutkan mereka.


Namun dalam filem, mereka tak perlu risau, mereka ada manusia-manusia hebat seperti Frank Cadillac aka Chris Johnson yang mampu "melihat" ke dalam masa depan.


Terlalu banyak falsafah-falsafah berat dalam filem ni, falsafah masa depan, tentang apa yang dikatakan destiny, dan percaturan matematika yang banyak mempengaruhi bentuk masa depan tamadun dan pemikiran manusia.


Sebenarnya aku tidak menafikan adanya manusia-manusia hebat macam Chris Johnson, kerana banyak tercatat dalam Quran tentang hamba ALLAH yang mempunyai ilmu kitab disisi ALLAH. Tapi manusia-manusia macam ni amat RARE, tak siapa pun kenal...malah org CIA dan FBI pun tak kenal!!!


Pengajaran dan mesej sejagat yang cuba diterapkan dalam karakter Chris Johnson ini ialah, meskipun dia dapat melihat masa depan, dia tidak dapat mengawal masa depan mengikut suka hati dia...di sini jelas menunjukkan bahawa...sehebat mana pun kita tahu apa-apa perkara,kita tetap akan diuji...kerana...tiada yang lebih hebat selain ALLAH SWT.


Kita dapat melihat, mamat yang hebat boleh lari dari perangkap CIA pun boleh tersilap predict kat mana letaknya bom nuklear tersebut...terpaksalah ulang-ulang-ulang buat benda yang sama (macam citer Groundhog Day jugak!)...


Apa yang aku nampak dalam filem ni ialah teori kebarangkalian aka chances theory yang begitu nampak macam real...


sebenarnya hidup manusia ini ada GRAND DESIGN yang tersendiri,macam lah 1+1 = 2. Dia tak akan boleh jadi 5 atau enam kerana itu bukanlah GRAND DESIGN nombor tu.
so...kalau kita fikir kita maha hebat...ada lagi yang termaha-maha-maha hebat dari kita.

Last Action Hero...The Beginning Of A Senate?


Arnold Schwarzenegger adalah salah satu ikon hero org putih yang cukup sinonim dengan calling card nya. I’ll Be Back! (ada sebab aku tulis nih!)

Danny Madigan adalah seorang budak dari golongan middle class yang suka berangan tapi malas pergi sekolah. Dia lebih suka tengok wayang, dari duduk dalam kelas dan belajar benda-benda yang dia sendiri pun pening lalat nak faham...itulah kriteria seorang dreamer!

Sampailah satu ketikanya dia berpeluang bertemu dengan hero yang menjadi ikon dan role modelnya sepanjang hidup – Jack Slater. Wow!

Tema filem ni macam biasa, cerita pasal hero, superhero, role model, ikon, ikutan dan berbagai lagi lah...tapi sebenarnya perlukah kita pada ikon ni???

Aku dulu pun masa bebudak memang lah ramai idola aku...tapi itu cuma temporary aje...macam-macam “persinggahan” aku dulu...mula-mula aku gila kat Jon Bon Jovi, apa-apa aje pasal Bon Jovi semua aku simpan...semua kaset dengan CD dia aku ada. Lepas tu, David Coverdale, vokalis idola aku yang banyak kesan-kesan BLUES nya pada aku...ha ha ha!

Tapi ikon rebel aku yang paling best...William Axl Rose, dia ni kira ahli falsafah laaaa bagi aku. Aku suka baca pasal kisah hidup dia, latarbelakang dia...aku agak antara dia dengan Kurt Kobain, dia punya cerita lagi sadisss...

Tapi sebenarnya benda tu cuma “side effect” aje...sementara blur-blur cari kesempurnaan diri sendiri. Memang sebenarnya kita memerlukan seorang ikon untuk kita contohi...

...later in life aku akhirnya jumpa ikon (last action hero?) yang betul-betul sesuai dengan jiwa aku.

Sebenarnya kita tak perlu cari ikon yang lain sebab kita dah ada action hero kita sendiri...dan kita juga tak payah tunggu ikon yang tak patut-patut tu. Tak payah laaa tunggu Imam Mahdi sebab sampai kiamat pun maka tunggulah...tak akan munculnya!

Kita perlu menjadi hero kepada diri sendrei...

I’ll be back? Lain taon!

Vannila Sky...A Tale Of A What IF?

David Aames adalah seorang jejaka yang hensem, mempunyai harta peninggalan mak bapak yang berjumlah lion-lion (billion la dek!). Dia mempunyai syarikat multi-million yang menjadi rebutan ramai org. Dia tidak peduli sangat semua tu, sebab dia dah ada semuanya. Benda-benda macam tu dah jadi rutin hidup...tapi sampai bilakah seorang manusia itu akan berpuas hati???

...seorang mamat yang macho dan seperti biasa...kalau dah macho mestilah juga seorang playboy...kalau tak, memang tak cukup sifat laaaa. Beliau mempunyai seorang teman wanita yang memang tak ingat punya jelita, rumah besar, duit banyak, kawan-kawan jet set yang best dan paling penting – seorang kawan karib yang dah jadi kawan dia semenjak dia budak-budak, yang menjadi confidante, yang menjadi damsel in distress selalu menyelamatkan dia...tapi sebenarnya yang peliknya, mamat ni tak rasa hidup dia CUKUP lagi...biasa laaaa...Forest Whitaker dalam salah satu episod citer Twilight Zone pun pernah cakap...manusia ni tak pernah puas dengan apa yang dia ada...dah dapat tu, nak ini...dah dapat ini nak itu...itu sebabnya dalam Quran ALLAH dah berfirman... “apa yang ada pada sisi kamu akan habis, tetapi apa yang ada disisi ALLAH akan kekal selama-lamanya”. Motif pengajarannya di sini ialah...

Akhirnya mamat ni berjumpa dengan seorang awek Chicanos yang baru aje dikenali oleh kawan karibnya, ketika mereka hu ha hu ha di parti birthday mamat nih. Maka bermula adegan-adegan flirting, adegan mengorat yang lulus untuk tayangan...he he he!!!

Malangnya tak lama lepas tu mamat ni accident dan ketika ini bermulalah episod “pencarian diri” dan “pengenalan diri” mamat ni yang akhirnya membawa dia mengenali sesuatu benda...

Filem ni ada elemen-elemen falsafah yang amat mendalam, ia berkisar tentang manusia dan pemuasan nafsu...kisah dalam filem ni memperagakan tentang sifat manusia yang blur...melalui watak ... ini yang mengajak kita menganalisa tentang kehidupan dengan lebih mendalam...tema filem ini lebih berkisar tentang “dunia personal” dan bagaimana dunia itu dibentuk dan diilhamkan melalui konsep pemikiran individu itu sendiri. Ia banyak ditonjolkan dengan pembentukan realiti ... yang diilhamkan dari pengalaman peribadi mamat itu sendiri, dia mewujudkan dunia dia sendiri di mana dia menyesuaikan diri dengan keadaannya...

Falsafah-falsafah agama juga turut dimuatkan dalam filem ini yang sarat dengan pemikiran dan pendefinisian agama mengikut kefahaman barat yang amat cetek. Aku rasa kalau nak tgk filem ni kena kuat iman kot...??? ha ha!!!

Tapi...filem ni tetap filem klasik yang akan aku tonton tanpa jemu-jemu.


Tuah dan Jebat!


Ryan Chan adalah Hang Tuah versi omputeh dan Miller "aku tatau apa nama bapak dia" adalah layak dinobatkan sebagai Jebat versi grand naratif.


Persoalan dalam filem ni terlalu tinggi untuk dikupas, dua pemikiran yang agak kontras dan meminta untuk difahami. Dalam filem ini format time travel telah digunakan sebagai premis untuk mempersoalkan grand questiopn kemanusiaan...apakah itu moral obligation dan bagaimanakah bentuk sesebuah moral obligation.


Jebat mengatakan Raja adil raja disembah, raja zalim raja disangggah...manakala MIller mengatakan adalah menjadi moral obligation kita membetulkan sesuatu kesilapan jika kita berkuasa mengubahnya. tapi Hang Tuah dan Ryan Chan tidak berfikiran begitu.
Kita lihat walaupun dimensinya berbeza tetapi nilainya tetap sama, apakah kita nak mengubah ketentuan Tuhan?


Siapa kita nak hukum org? kita setaraf Tuhan ke?


Maka ini adalah mutiara kata buat si pejuang-pejuang sesat yang mempersoalkan pemimpin kerana - ia adalah moral obligation mereka untuk menegakkan kebenaran...masalahnya KEBENARAN siapa? Kebenaran ke atau BENANG BASAH???


Dalam kes filem Timecop ni, MIller telah berusaha untuk kembali ke masa lampau untuk membunuh Adolf Hitler bagi mengelakkan jutaan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa holocaust (kononnya)...


cuma masalah paradoxical di sini ialah...betul ke Adolf Hitler pernah sembelih lima juta umat Yahudi? so...
sama macam kes si Jebat, betul ke dia tu pejuang kebenaran? Adakah org yang benar suka melatah beruk???
Kita mengaku kononnya kita pejuang kebenaran, kita di pihak yang benar, tapi kita lupa kita juga bersikap seperti pemimpin yang kita kata korup, rasuah dan zalim itu bila kita mengambil hukuman di tangan sendiri.

Lupakah kita bagaimana Namrud mati kerana seekor nyamuk?


sikap Hang Tuah adalah sikap seorang ulil albaab, walaupun ada pendapat mengatakan dia sebagai talibarut pemimpin, pencacai kerajaan dan berbagai lagi, tapi dia telah membikin satu pengajaran bermakna bila dia merelakan dirinya dihukum walaupun dia sedar bahawa itu adalah fitnah dan dia tahu raja itu telah bersikap tidak adil. Disebabkan kerelaannya maka Tuhan telah menyelamatkannya melalui Bendahara Tun Perak yang telah juga diberikan ilmu hikmah mengenal. Oh! mengapa pula tak ada org persoalkan di pihak manakah Tun Perak? Adakah dia juga sekongkol Jebat??? Menggunakan pendekatan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA???


maka dari tiga watak contoh zaman kegemilangan Melaka ini, kita pilihlah...siapakah yang kita mahu ikut?

Death Proof...Quentin Tarantino memotretkan seorang sissy!


Stuntman Mike adalah seorang bekas pelakon lagak ngeri yang suka membuli pompuan. Mungkin kebenciannya pada pompuan menyebabkan dia sanggup melakukan adegan-adegan diluar batasan.


Stuntman Mike adalah seorang jejaka tua era Billy Jay McKay yang telah ketinggalan zaman. Dia adalah seorang fetishist yang cukup saducess.Perancangannya untuk membunuh wanita-wanita jelita cukup licik...tambahan pula dia ada sebuah kereta muscle yang DEATH PROOF...sehinggalah...


Zoe Bell adalah seorang stuntwoman yang cukup menggilai adegan-adegan lasak dalam filem-filem klasik, telah mengajak kawannya dari US untuk melaksanakan adegan dalam filem kereta lumba yang pernah ditontonnya...The Vanishing Point.


Keseronokan mereka terhenti bila ada sorang mamat tua tak sedar diri "enter frame" dan nyaris-nyaris meragut nyawa mereka dengan muscle car DEATH PROOF nya!


Namun sebenarnya mamat tua tu amat malang apabila bahunya terkena tembakan peluru sesat salah seorang betina gila tersebut.


Maka betina-betina tadi telah bersumpah sesama mereka - We are going to kill this guy! (undang-undang koboi?) makanya femme fatale tadi memulakan langkah, menghidupkan enjin dan mengejar mamat tua tadi sehingga ke lubangjamban.


Alangkah malangnya nasib mamat tua tadi kerana kali ni dia tak akan terlepas!!! Makanya setelah kereta DEATH PROOF nya tergolek anjing dan kakinya patah,maka dia pun selepas itu telah menerima beberapa "hadiah" berupa penerajang, penumbuk dan penendang serta TAMPARAN WANITA sehingga rebahlah dia ke bumi terkulai tak bernyawa sehingga remuk redamlah kepala tengkoraknya dipijak betina sundal tadi.


The Moral Of The Story - jangan zalim dengan pompuan, sebab besar kemungkinan nasib kita akan jadi macam mamat tua ni...mampus pada TAMPARAN WANITA...malu oh!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...