Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


N.E.X.T.?

"Adakalanya org kafir berangan kalaulah mereka dapat menjadi beriman seperti kamu", pernah aku baca satu Firman ALLAH di dalam sebuah surah dalam Quran. Memang benar, kebanyakan mereka ni suka berangan tapi tak pernah berusaha nak mendekatkan diri dengan ALLAH...masuk aje laaa Islam.


Selepas tragedi 9/11 enam tahun lepas, kita lihat trend filem-filem barat mula menonjolkan manusia-manusia superman dan hebat, berangan tentang benda-benda yang depa sendiri pun tak dapat nak selam. Filem NExt ini ialah salah satu dari trend semasa org kafir yang mahu berangan menjadi manusia yang dipelihara ALLAH dari masa depan (akhirat) yang agak menakutkan.


Memang tema filem ini begitu sinonim dengan retribution, elemen senjata nuklear dilambangkan sebagai medium apokalips yang amat-amat menakutkan mereka.


Namun dalam filem, mereka tak perlu risau, mereka ada manusia-manusia hebat seperti Frank Cadillac aka Chris Johnson yang mampu "melihat" ke dalam masa depan.


Terlalu banyak falsafah-falsafah berat dalam filem ni, falsafah masa depan, tentang apa yang dikatakan destiny, dan percaturan matematika yang banyak mempengaruhi bentuk masa depan tamadun dan pemikiran manusia.


Sebenarnya aku tidak menafikan adanya manusia-manusia hebat macam Chris Johnson, kerana banyak tercatat dalam Quran tentang hamba ALLAH yang mempunyai ilmu kitab disisi ALLAH. Tapi manusia-manusia macam ni amat RARE, tak siapa pun kenal...malah org CIA dan FBI pun tak kenal!!!


Pengajaran dan mesej sejagat yang cuba diterapkan dalam karakter Chris Johnson ini ialah, meskipun dia dapat melihat masa depan, dia tidak dapat mengawal masa depan mengikut suka hati dia...di sini jelas menunjukkan bahawa...sehebat mana pun kita tahu apa-apa perkara,kita tetap akan diuji...kerana...tiada yang lebih hebat selain ALLAH SWT.


Kita dapat melihat, mamat yang hebat boleh lari dari perangkap CIA pun boleh tersilap predict kat mana letaknya bom nuklear tersebut...terpaksalah ulang-ulang-ulang buat benda yang sama (macam citer Groundhog Day jugak!)...


Apa yang aku nampak dalam filem ni ialah teori kebarangkalian aka chances theory yang begitu nampak macam real...


sebenarnya hidup manusia ini ada GRAND DESIGN yang tersendiri,macam lah 1+1 = 2. Dia tak akan boleh jadi 5 atau enam kerana itu bukanlah GRAND DESIGN nombor tu.
so...kalau kita fikir kita maha hebat...ada lagi yang termaha-maha-maha hebat dari kita.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...