Persoalan dalam filem ni terlalu tinggi untuk dikupas, dua pemikiran yang agak kontras dan meminta untuk difahami. Dalam filem ini format time travel telah digunakan sebagai premis untuk mempersoalkan grand questiopn kemanusiaan...apakah itu moral obligation dan bagaimanakah bentuk sesebuah moral obligation.
Jebat mengatakan Raja adil raja disembah, raja zalim raja disangggah...manakala MIller mengatakan adalah menjadi moral obligation kita membetulkan sesuatu kesilapan jika kita berkuasa mengubahnya. tapi Hang Tuah dan Ryan Chan tidak berfikiran begitu.
Kita lihat walaupun dimensinya berbeza tetapi nilainya tetap sama, apakah kita nak mengubah ketentuan Tuhan?
Siapa kita nak hukum org? kita setaraf Tuhan ke?
Maka ini adalah mutiara kata buat si pejuang-pejuang sesat yang mempersoalkan pemimpin kerana - ia adalah moral obligation mereka untuk menegakkan kebenaran...masalahnya KEBENARAN siapa? Kebenaran ke atau BENANG BASAH???
Dalam kes filem Timecop ni, MIller telah berusaha untuk kembali ke masa lampau untuk membunuh Adolf Hitler bagi mengelakkan jutaan bangsa Yahudi dari menjadi mangsa holocaust (kononnya)...
cuma masalah paradoxical di sini ialah...betul ke Adolf Hitler pernah sembelih lima juta umat Yahudi? so...
sama macam kes si Jebat, betul ke dia tu pejuang kebenaran? Adakah org yang benar suka melatah beruk???
Kita mengaku kononnya kita pejuang kebenaran, kita di pihak yang benar, tapi kita lupa kita juga bersikap seperti pemimpin yang kita kata korup, rasuah dan zalim itu bila kita mengambil hukuman di tangan sendiri.
sikap Hang Tuah adalah sikap seorang ulil albaab, walaupun ada pendapat mengatakan dia sebagai talibarut pemimpin, pencacai kerajaan dan berbagai lagi, tapi dia telah membikin satu pengajaran bermakna bila dia merelakan dirinya dihukum walaupun dia sedar bahawa itu adalah fitnah dan dia tahu raja itu telah bersikap tidak adil. Disebabkan kerelaannya maka Tuhan telah menyelamatkannya melalui Bendahara Tun Perak yang telah juga diberikan ilmu hikmah mengenal. Oh! mengapa pula tak ada org persoalkan di pihak manakah Tun Perak? Adakah dia juga sekongkol Jebat??? Menggunakan pendekatan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA???
maka dari tiga watak contoh zaman kegemilangan Melaka ini, kita pilihlah...siapakah yang kita mahu ikut?
