Stuntman Mike adalah seorang jejaka tua era Billy Jay McKay yang telah ketinggalan zaman. Dia adalah seorang fetishist yang cukup saducess.Perancangannya untuk membunuh wanita-wanita jelita cukup licik...tambahan pula dia ada sebuah kereta muscle yang DEATH PROOF...sehinggalah...
Zoe Bell adalah seorang stuntwoman yang cukup menggilai adegan-adegan lasak dalam filem-filem klasik, telah mengajak kawannya dari US untuk melaksanakan adegan dalam filem kereta lumba yang pernah ditontonnya...The Vanishing Point.
Keseronokan mereka terhenti bila ada sorang mamat tua tak sedar diri "enter frame" dan nyaris-nyaris meragut nyawa mereka dengan muscle car DEATH PROOF nya!
Namun sebenarnya mamat tua tu amat malang apabila bahunya terkena tembakan peluru sesat salah seorang betina gila tersebut.
Maka betina-betina tadi telah bersumpah sesama mereka - We are going to kill this guy! (undang-undang koboi?) makanya femme fatale tadi memulakan langkah, menghidupkan enjin dan mengejar mamat tua tadi sehingga ke lubangjamban.
Alangkah malangnya nasib mamat tua tadi kerana kali ni dia tak akan terlepas!!! Makanya setelah kereta DEATH PROOF nya tergolek anjing dan kakinya patah,maka dia pun selepas itu telah menerima beberapa "hadiah" berupa penerajang, penumbuk dan penendang serta TAMPARAN WANITA sehingga rebahlah dia ke bumi terkulai tak bernyawa sehingga remuk redamlah kepala tengkoraknya dipijak betina sundal tadi.
The Moral Of The Story - jangan zalim dengan pompuan, sebab besar kemungkinan nasib kita akan jadi macam mamat tua ni...mampus pada TAMPARAN WANITA...malu oh!!!
