Kick Ass ialah nama baru bagi franchise superhero yang lebih realiti dan lebih logik dari dongengan tentang gigitan labah-labah spider mahupun budak kecil dari Planet Krypton. Filem ini mungkin filem bodoh bagi setengah orang, tapi ia lebih mengupas tentang idealistik kemanusiaan yang akan naik ke tahap "haram jadah" bilamana seorang manusia itu ditindas dan dizalimi...filem ini meraikan kekuatan dalaman pada seorang manusia, tidak kira dia seorang geek, nerd, mahpun seorang manusia lemah tahap gaban (errr...the irony?).
Dave Lizewski ialah seorang nerd yang tak ada "life" (or so it seems?)...dia menghabiskan masa seperti remaja tipikal yang lain yang baru mengenal dunia...dan errr...wanita! Namun demikian, terdapat satu "keazaman" pada budak bernama Dave ni, dia nak jadi superhero...nak selamatkan orang padahal dia kena selamatkan diri dia dulu...he he he!
terlalu banyak elemen dark humour yang buat aku nangis, terutama part masa Dave ni buat debut dia sebagai Kick Ass...perrggghhh!! sadis siot! dah laa kena belasah teruk lepas tu selamba kena tikam dengan samseng...dah tu kena langgar kereta...nasib baik dia tak mati terus. Satu benda yang aku belajar dari watak mamat ni ialah, walaupun kau ZERO...tapi pegi mampus dengan semua tu...keazaman mamat ni yang jitu menyedarkan aku bahawa...SEMUA ORANG BOLEH JADI SUPERHERO.
Watak Hit-Girl dengan bapaknya Big Daddy, ialah superhero yang real dalam movie ni...yang merupakan satu-satunya elemen yang menarik yang mampu ditonton...dengan aksi-aksi real yang mengganas...maka layaklah filem ni di rating PG13 aje.
The best superhero movie ever!!! confirm aku cari Blu Ray pirate nya!!!
