...orang kata Sains dan agama adalah benda yang terpisah, penafi-penafi Tuhan mengatakan sains adalah kebenaran hakiki, tapi tak ada siapa dalam dunia ni (kecuali yang berakal fikiran dan mencari) yang pernah tahu bahawa istilah saintifik yang BENAR pertama kali diturunkan pada kurun ke 636 Masihi di sebuah kawasan gurun padang pasir yang kini menjadi tumpuan manusia setiap tahun. YA! Al Quran ialah sains sosial, sains politik, sains fizik dan segala macam mak nenek sains yang sebenarnya merupakan "term" Latin yang bermaksud PENGETAHUAN.
Siri tv yang mengasyikkan ini ialah siri tv yang mempunyai roh dan jiwa manusia yang amat kuat, sains dan perasaan diadun dengan begitu tebal essentrisiti kemanusiaan yang menyebabkan aku berfikir berkali-kali - kalaulah Tuhan bukakan rahsia di pintu langit...mesti manusia semua ni GILA, sebab tak mampu menerima kenyataan yang amat pahit dan merobek jiwa...bahawa kita ini lemah dan tak mampu membikin keputusan sendiri yang terbaik...
Empat orang personaliti yang hebat dalam bidang masing-masing telah dipilih untuk menyelesaikan permasalahan Bermuda Triangle yang semakin banyak "memakan" kapal-kapal dan apa-apa sahaja benda yang melalui kawasan itu. Pelbagai teori pelik dikemukakan termasuklah kemungkinan tentang "other life form" aka alien yang terlibat dalam teori gila mereka ini.
Sepanjang enam episod panjang filem ini, kita disajikan dengan pelbagai kemungkinan (chances) yang berbagai gaya dan bentuk, berjaya merobek jiwa-jiwa yang sensitif dan kecewa dengan hidup. Empat orang personaliti ini terpaksa melalui "realiti" alternatif yang mempunyai elemen - WHAT IF, termasuklah seorang volunteer Greenpeace yang dapat kita lihat tekanan jiwanya yang melampau-lampau dalam filem ni.
di akhir filem, kita akan mendapat jawabannya yang amat MENAKUTKAN! ia berkemungkinan berlaku dan ada kebenaran disebalik filem fiksyen ini.
