A Clockwork Orange ialah karya Stanley Kubrick yang membogelkan kemanusiaan dalam filem...filem ini tidak meninggalkan seurat benang (pun intended) pun pada Alex DeLarge, narrator dan pemikir untuk cerita hina seorang manusia ini...membuatkan kita terfikir..perlukah seorang manusia menjadi seorang yang..."budiman"???
AlexDeLarge ialah epitome kemanusiaan yang melambangkan betapa fragile jiwa seorang manusia yang dihimpit oleh keinginan yang membuatkan dia menjadi seorang "raksasa" zalim yang melakukan kerosakan di bumi tanpa belas kasihan dan kemaafan...
filem ini seperti karya "membebel" Kubrick yang lain (2001, Artificial Intelligence, Eyes Wide Shut) ialah karya yang memasukkan elemen pemikiran tidak logik manusia, rentetan-rentetan visual yang "pelik" dan "memualkan" yang membuat seseorang itu akan menganggap bahawa menonto filem bukanlah satu proses hiburan ringan masa lapang, tapi mampu menjadi wadah pemikiran yang membuka minda dan menjadikan kita di "brainwashed" sebagaimana Alex De Large ini di "brainwash"...membuatkan kita berazam nak jadi orang baik...
Dapat dilihat "pembalasan"...pada setiap perbuatan...dan "redemption" selepas setiap pembalasan itu dilakukan dengan sewajarnya...ada belas kasihan dalam filem ini dan Kubrick - seperti seorang pengarah filem yang berjaya mendakwahkan penggemar filemnya, telah sekali lagi berjaya membuktikan bahawa setiap manusia itu ada mempunyai "penyelamatnya" yang tersendiri...dan penyelamat Alex ialah orang yang pernah dizaliminya dulu...how ironic!!
diakhir cerita - same old same old...after all...that is what we are all about!!!
