Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"sebelum meletusnya era porno megastar yang diangkat menjadi goddess of sexual prowess...there were..."


Aku tak pernah merasa tersentuh dan mengalirkan air mata bila aku menonton filem autobiografi macam nih...memang pembuat filem nih menyampaikan mesej dengan sangat baik. 

Seriously, semua orang suka seks, seks ialah satu benda yang buat engkau get off, engkau tonton filem porno sebab engkau suka dengan seks, engkau seronok dengan seks dan sebenarnya seks itu ialah fitrah engkau yang Allah Taala bagi for free...but not the freedom of sexual expression...itu salah, sangat salah!

Linda Susan Boreman telah menulis satu autobiografi tentang macam mana dia boleh terjebak dalam industri filem porno era 70an dan bagaimana dia tersalah gaul dengan manusia setan yang tak ada nilai moral yang sangat baik - Chuck Traynor.

Dia pernah mengadu dengan mak dia, tapi mak dia cakap..."itu laki kau, kau kena dengar cakap laki kau!"...dan seperti seorang perempuan yang zahirnya sangat lemah maka dia terpaksa akur juga dengan nasihat mak dia yang sangat tak ada guna bagi dia...

Maka terjebaklah dia dalam filem porno yang buat duit sampai USD600 juta, tapi dia cuma dapat USD1,250 aje...aduhai!!! 

Namun demikian, satu kelebihan dia ialah filem tu berjaya buat dia jadi legenda dan dikenali seluruh dunia...errrr...aku tak pernah tengok movie nih, mana nak dapat dicari dalam Malaysia nih...tapi kalau ada mahu jugak aku tengok...apa yang bestnya movie ni...sebab dari komen kat net depa kata filem ni sangat kelakar...ha ha ha ha!!! iyolah tu!

Namun demikian aku sangat respek dengan American Family sebab walaupun anak dia dah tersasar macam tu tapi aku nampak kasih sayang seorang bapak yang tidak ada prejudis dan sucinya kasih sayang bapak dia sampai dia sangat sayang dengan anaknya dan dia cuma meluahkan rasa kecewa sebab anak dia macam tu, dia tak nampak kesalahan anak dia tu sebagai satu kesalahan besar sebaliknya bapak dia nih merasakan mungkin dia tersalah didik anak dia dan mungkin dia rasa ada didikan dia yang tak cukup...padahal bapak si Linda ni tak tau itu semua berpunca dari mak dia yang sangat naive dan lurus bendul!

Aku nampak dari filem nih, satu keluarga yang sangat supportive dan tidak peduli apa benda pun yang berlaku kat ahli keluarga depa, depa sangat sayang ahli keluarga depa dan depa sangat merasa terpukul kalau salah seorang ahli keluarga depa tersasar dari jalan yang benar...sebab aku rasa bukan sebab American ni semua open minded, aku rasa bukan sebab tu...tapi sebab depa tahu apa dia erti hidup dan macam mana kita kena lalu macam-macam pancaroba dalam hidup...aku rasa pengalaman hidup orang US sangat berbeza dibandingkan dengan orang Malaysia...orang US sangat tidak sensitif sebab depa semua sudah mengenal "dunia" dan "isi"nya...mungkin sebab agama depa dah ajaq depa lagu tuh...inilah contoh orang yang redho dan tawaddhuk...tak macam kita ni yang kononnya agama kuat...tapi silap sikit...hukuman mengalahkan Allah Taala...errr...kalaulah benda ni terbalik...dan kalaulah orang-orang di US ni diberi petunjuk...dan mendengar petunjuk tu...aku rasa they will become the most perfect being since Nabi Adam!!!

aduhai...aku tak pernah nangis tengok filem biografi macam nih...seriously aku merasa sangat inspired bila melihat bapak Linda Lovelace yang sangat penyayang dan sangat memahami anak perempuannya...I am going to be that kind of father...not that hateful one!

gracias!

"lihat dengan mata hati...bukan dengan mata yang buta"


Ini filem pasal selling out and what will you do if you sell out!

Disebabkan mamat bernama Charlie ni bukan anak orang kaya. maka dia terpaksa buat kerja part time babysit seorang tua pencen bernama Frank Slade, yang bermasalah dengan diri sendiri dan ada agenda "besar" selepas dia berseronok seronok dengan dunia.

Ini filem tentang dunia dan segala isinya dan apa kau akan buat untuk mendapatkan dunia...dan sebenarnya Frank Slade sangat berbangga mempunyai seorang "nanny" yang sangat berintegriti dan tidak mudah tumpas dengan sogokan dan rasuah dari pihak atasan (atau bapak mertua?)...

Ini cerita pasal seorang mamat bernama Charlie Simms yang mengenali dirinya sendiri dan sangat compassionate serta mempunyai sifat belas kasihan...

dan mata hatinya lebih cerah dan jelas dari mata kasarnya...

if only you knew!!!

"In time i learned my lesson...but everywhere my world stands still"


"not ashamed of the way i feel, i know my life is real but time and time again i runaway" - mordred.

Salah satu dari filem kegemaran saya, ia mungkin boleh berlaku di dalam ruang masa paralel yang sama dengan kita tapi manusia diberi kelebihan untuk hidup selagi dia ada "masa" di lengan...aku memang tak sangka Justin Timberlake boleh berlakon watak yang innocent dan lawak macam nih...ingatkan dia pandai join boy band aje dan picit tetek Janet Jackson! ha ha ha ha!!!!

Will Salas ialah seorang average factory worker yang hidup dari sehari ke sehari dengan kerja keras dan dapat gaji minimum...sehinggalah satu malam ketika dia lepak-lepak minum beer dengan kengkawan dia terjumpa seorang "kaya masa" yang suicidal dan rasa macam bersalah sebab terlalu kaya disebabkan kezaliman dan keangkuhan puak kapitalis di New Greenwich, bandar orang kaya. Maka kebetulan Will telah berjaya menyelamatkan "orang kaya" nih dari menjadi mangsa rompakan satu gang bernama "Minute Man"...dan berlakulah sessi brainwahing dan akhirnnya orang kaya itu telah memberikan semua "masa" dia pada Will dan membunuh diri dia sendiri dengan terjun jambatan...ha ha ha ha!!!

Akhirnya mamat bernama Will nih, nekad mahu membalas dendam sebab mak dia yang muda jelita dan seolah-olah sebaya atau mungkin lagi muda dari dia telah mati di tengah jalan yang sunyi sebab dah "out of time"...maka dia pun mula menjalankahn modus operandinya dengan berjudi dan berjaya menculik seorang heiress yang kaya raya...dipendekkan cerita, Will dan heiress tadi akhirnya nekad mahu menjadi seperti Robin Hood zaman moden ala Bonnie and Clyde dan mula merompak orang-orang kaya di New Greenwich dan menyedekahkan "masa" kepada orang miskin dan papa kedana.

Moral citer nih berkait dengan bagaimana satu sistem yang diolah oleh sepuak yang bernama kapitalis ni menjadi punca berlaku ketidakseimbangan sosial yang amat dalam...semuanya bermula dari golongan perompak, lanun dan penipu yang mengumpulkan kekayaan melalui kroni dan government bailout...hanya beberapa orang individu sahaja yang kaya raya dan masyarakat majmuk semuanya pada kedana...

dan akhirnya mesti ada sorang dua yang melawan...

itu hukum alam!!!

bak kata Imam toktok tuh :

"Ini semua ketentuan Tuhan"

ayah dia!

Tuhan tentukan benda baik aje...Tuhan tak do ehhh...naikkan harg barang dengan tarik subsidi...

hubhubuu!!!!


"Bila Old Testament Dengan New Testament Bertembung!"


Judge Dredd ialah ibarat firman Tuhan versi Old Testament manakala Judge Anderson (sorang pompuan yang sangat ayu!) ialah firman Tuhan versi New Testament! Kedua-dua ahli penghakiman ni dah terperangkap dalam satu blok yang dikuasai oleh seorang kingpin yang dulunya seorang pelacur murahan yang sangat zalim dan kejam. Entah macam mana Judge Dredd terpaksa babysit seorang mutant yang dikatakan oleh superior dia sebagai "tak ada masa depan" dan blur serta tak layak jadi Judge sebab dia fail macam-macam...makanya terpaksalah si Dredd ni menjadi babysitter pompuan bernama Judge Anderson nih...dan berlakulah aksi-aksi hebat yang sangat kejam dan zalim.

Aku merasakan ada satu pengajaran bermakna dalam hakikat kejiwaan seorang mutant yang tak ada masa depan bernama Judge Anderson nih...walaupun dia seorang mutant, tapi dia ada satu benda yang Dredd tak ada...iaitu - COMPASSION!

Dalam filem nih, satu pengajaran yang amat bermakna ialah kita yang menontonnya dengan mata hati (tanpa mahu tunggu samada si Olivia Thirlby ni nanti ada ke nak tayang ke%%%tit dia dengan kita) akan melihat perbezaan firman Tuhan versi Old Testament dengan New Testament...sebab kalau kita selalu baca Bible kita akan lihat perbezaan dua-dua Testament nih...sebab apa?? Adakah sebab Tuhan tu nak tunjuk zalim Dia masa zaman-zaman Yahudi kuno tuh? Aku fikir sebab perubahan zaman sebenarnya...zaman Yahudi Nabi Musa dengan Daud, kaum Yahudi nih terkenal dengan kebangangan sampaikan nak dibagi petunjuk kena ditunjuk betul-betul depan mata...sampai ke satu hakikat di mana kaum Yahudi nak tengok sendiri rupa Tuhan tu macam mana...dan sebab Tuhan maha mengetahui kehendak orang-orang Yahudi ni maka dia pun tak ada masalah, dia tunjukkan jugak rupa Dia pada Nabi Musa...malangnya...apa jadi? cer baca Quran dan tahu sendiri lah apa jadi lepas tu kan?

Disebabkan kaum Yahudi ni sangat manja dan sangat bebal dan kedegilan kaum Yahudi nih laa sebabnya Tuhan tunjuk dan bagi apa-apa benda yang depa nak...macam zaman Old Testament, Tuhan jahanamkan satu satu kaum tu on the spot (macam Judge Dredd gak aahhh), sebab kaum-kaum kuno ni dapat petunjuk sebijik-sebijik dan depa pick up cepat dan faham cepat...itu sebab kalau depa salah jalan jugak...tiada maaf bagi mu..."I am the judge, the jury and the executioner!"...kiranya Dredd ni umpama macam Tuhan versi Old Testament...

Berbeza pulak dengan firman versi New Testament, macam Judge Anderson tu, kira versi ni ada sikit tolak ansur, kasih sayang, compassion dan mata hati yang jelas...itu sebabnya zaman Nabi Isa, ketika diturunkan wahyu dan gospel kepada Nabi Isa, kaum dia tak mintak nak tengok Tuhan dengan mata kepala depa sebab depa dah kenal dah Tuhan dan dah "nampak" Tuhan melalui mata hati yang sangat dalam...depa dah nampak Tuhan melalui sifat dan sikap Nabi Isa...itu sebab depa kata Nabi Isa tu macam Tuhan - "god made man in His image"...tak salah...cuma salahnya bila kita yakin Jesus tu Tuhan aje...itu dah kira salah laa tuh!

dan berbalik kepada filem nih...sebenarnya kedua-dua Judge yang terperangkap dalam blok Peach Tree tu sebab depa nak kita lihat beza menghukum dengan mengadili...kalau menghukum, semua orang boleh menghukum...dan Judge Anderson ialah seorang pengadil yang bijaksana (sebab dia sendiri kasi tau Dredd dia tak layak jadi hakim sebab dia tau memang dia tak layak nak hukum orang) bilamana dia merasa penyesalan atas kegelojohan dia membunuh seorang lelaki yang ada anak bini...dia merasa satu pukulan dari Tuhan yang nak mengajar dia faham perasaan compassionate dalam diri dia...

...dan akhirnya Judge Anderson keluar dari blok itu dengan satu pengakhiran yang baik...dan memahami serta mengenali siapa diri dia yang sebenar sehinggakan Judge Dredd sendiri belajar dari kesilapan...dan meluluskan Judge Anderson sebagai seorang pengadil yang berbudi pekerti luhur...ha ha ha ha!!!

Sesungguhnya hanya orang yang mahu nampak sahaja akan nampak...dan faham pada akhirnya seperti Judge Anderson nih...



"ini filem pasal manusia dan sifat sadomasochistik"


Secara jujur, filem ni bercerita pasal satu pasangan suami isteri yang down and out on luck...husband dia seorang loser yang bekerja di pusat telekhidmat yang menjaja barangan dan produk tak laku...dan isterinya pula seorang post grad yang sedang mencari kerja untuk tolong husband dia...

...dan ketika mereka dilanda nasib yang sangat malang, kereta mereka ter aksiden di satu jalan kampung yang kebetulan di depan jalan tu ada satu kedai jual barang antik...makanya si bini tadi melihat satu orang pompuan tua membawa masuk satu brass teapot yang kelihatan sangat misteri...makanya juga si bini tadi menyusup masuk dan mencuri teapot tersebut kerana dia merasa sangat suka melihat teapot itu...

...and little did she know that...

Ini filem menggambarkan analogi tentang manusia mempunyai sifat sadomasochistik...mendapatkan kenikmatan dan kesedapan duniawi (err...wang ringgit) dengan mendajal dan menjahanamkan orang lain dan masa depan orang lain...

Dalam filem ni kita lihat dua laki bini ni bergaduh pasal si laki dah tak larat kena belasah dengan bini...sebab kalau sesiapa sahaja dibelasah di hadapan teapot tu maka teapot tu akan bagi depa duit yang banyak...bergantung kepada berapa sakit orang yang kena belasah tuh...

...dan dalam filem ni kita belajar mendalami psike orang gila yang sadomasochistik macam bekas mertua aku dan adik ipar aku...memang serius...aku seriau...

agak-agak apa guna manusia macam ni wujud? Allah sahaja yang tahu!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...