Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Kick Ass...Tendang Bontot?

Ini filem aksi yang meminta sedikit belas kasihan...

bagaimana seorang yang simple dan nampak macam tak ada life beraspirasi besar mahu menjadi penyelemat dunia?

Mengapa?

Mengapa?

Mengapa?

...dan telah menjadi satu ketetapan Tuhan yang nyata, walau dalam filem bodoh ini sekalipun, maaf aku suka mengaitkan Tuhan dalam berbagai hal bukan mahu berdakwah tapi menyatakan kebenaran...bahawa dalam filem bodoh sebegini pun sebenarnya mengajar kita mengenali bahawa Tuhan selalu memberikan peluang kepada kita untuk membuat apa sahaja...cuma usaha dan kegigihan yang jitu sahaja perlu dimanafaatkan.

Budak yang berangan nak jadi superhero ni terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum dia berjaya diangkat menjadi seorang superhero yang berjaya, dia terpaksa kena tikam, kena langgar dan bermacam lagi dugaan dia kena lalu...samalah seperti realiti kehidupan manusia...aku ada terbaca satu  buku pasal superhero dan bagaimana penulisnya mengkaji dan meneliti betapa rapatnya realiti superhero dengan realiti seorang manusia, bagaimana seorang superhero juga terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum dia  diangkat menjadi superhero.

ini ialah filem yang biasa biasa aje tapi menarik...

Ini bukan sebuah filem paranormal, ini ialah filem kesedaran...siapa mahu jadi jahat? angkat tangan!

Apa akan anda buat untuk mendapat kehidupan yang lebih baik? Apakah kehidupan yang sempurna? Bagaimana caranya anda mahu mendapatkan kesempurnaan itu? Inilah filem yang bermain-main dengan persoalan ini...Di sebuah pekan bekas lombong diberi nama Cold Rock terungkap satu kisah legenda yang mana satu susuk tubuh bernama The Tall Man kian digeruni kerana keinginannya kepada kanak-kanak kecil.

Ini ialah sebuah filem yang penuh dengan twist, bagai salah satu siri segmen televisyen The Twilight Zone yang akan membuat anda meneka-neka apa sebenarnya yang berlaku dan siapakah antagonis yang sebenarnya...

Robin Hood ialah seorang manusia yang mulia walaupun caranya itu salah pada pandangan mata orang. Hang Jebat ialah manusia hebat walaupun caranya itu salah pada tatasusila...begitu juga dengan watak Julia dalam filem ini yang inginkan kesempurnaan pada semua kanak-kanak yang hidup melarat dan merempat di pekan Cold Rock itu sehingga dia sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal...dan kemudiannya dia sanggup mengorbankan dirinya untuk kekal menyimpan rahsia itu...inilah manusia yang aku rasa kenal siapa Tuhannya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan dan kebaikan...Jarang lagi kita jumpa manusia yang sebegini kerana pada pandangan aku watak Julia dalam filem ini ialah ibarat seorang marhaen yang suci yang terpaksa mengorbankan diri sendiri untuk melawan sistem yang kolot dan red tape birokrasi...

Sesungguhnya kita amat memerlukan manusia yang sebegini, yang melihat di luar norma kemanusiaan dan melihat sesuatu yang tulen hanya dari Tuhan semata-mata...

Akhirnya...

Filem hasil tulisan Jerome Bixby ini ialah salah satu dari mitos fiksi The Twilight Zone nya yang seringkali menguji minda dan penerimaan terhadap akal lakut yang amat seni dan halus.

Premis filem ini hanya tertumpu di rumah cottage sewaan John Oldman, seorang pensyarah yang terpaksa berpindah ke tempat lain (nomad) sebab satu rahsia besar yang tidak harus disebar kepada orang awam kerana berkemungkinan akan menyebabkan orang yang mendengarnya menjadi lebih bodoh atau lebih gila...beliau ialah seorang "man out of time".

Maka sessi bercerita di tepi unggun api ala campfire story ini berakhir dengan penafian demi penafian dan John Oldman sendiri terpaksa mengakui dengan sendirinya bahawa ia adalah satu trick untuk memperbodohkan para arkeologi, christian teologi dan beberapa orang bijak pandai yang hadir pada malam itu.

Perkara menarik tentang filem ini ialah ia cuba mengupas tentang "kebenaran" dan sejauh mana kita mampu menerimanya walau betapa tak masuk akal (akal ialah sesuatu yang amat "limited") nya idea itu...dari mengakui sebagai seorang dari bangsa Cro Magnon (bangsa manusia terawal) sehinggalah akhrinya mengakui sendiri bahawa beliau adalah Jesus Christ dalam fiksi Bible, John Oldman terpaksa menerima kenyataan bahawa, batas akal manusia lebih selesa dengan "kotak pemikiran" yang begitu-begitu sahaja...tidak ramai yang mahu berfikir di luar kotak.

Itulah sebabnyaTuhan mengirimkan pewahyu-pewahyu untuk mengajak manusia berfikir di luar kotak...maka ini adalah sebuah filem yang mengajak kita berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada seorang manusia yang bernama John Oldman dalam filem ini. Kita begitu selesa dengan kisah datuk nenek moyang kita yang belum tentu berkredibiliti dan kitalah manusia yang tidur dan berselimut itu...maka bangunlah wahai orang yang berselimut...he he!

Drama...drama...drama.

Ini ialah karya simple Quentin Tarantino yang meminta kita mendengarnya dengan prihatin.

Plotnya tentang satu rompakan "gone bust" (aku tak ada masa nak italic kan ayat karangan aku okay!)...kerana terdapat "orang dalam" dalam kumpulan perompak itu.

Mr Orange telah tumpas dalam gerakan rompakan itu lantas dia diselamatkan oleh Mr White dan mereka terus menyembunyikan diri di dalam sebuah gudang yang menjadi premis pada kisah dalam filem ini.

Kalau filem Anakku Sazali ada budget bagak maka mungkin emosinya lebih gah dan dramatik seperti filem ini...ha ha ha ha!!!

Memang, entah kenapa aku selalu teringat dengan adegan filem Anakku Sazali yang mana Sazali bertegang leher dengan bapak dia...mewakili emosi yang wujud pada filem ini...

Ini ialah sebuah filem "murah" yang "mahal".

Permainan Orang Dewasa Dalam Kartun Yang Kronik...

Semua orang mesti pernah main dengan permainan kegemaran masa kecik-kecik, jadi filem ini bakal mengimbau pengalaman zaman budak-budak. Bagaimana kalau permainan tu ada hati dan perasaan dan boleh berinteraksi antara satu sama lain? Maka bermulalah satu adventure pengembaraan (errkk?) yang tiada tolok bandingnya...

Woody ialah seorang (??) permainan yang bertemakan koboi yang dikatakan ketinggalan zaman. Dia di "overshadow" oleh satu permainan angkasa lepas yang lebih keren dan ada laser kat tangan. 

Apa yang menarik pada cerita ini ialah bagaimana kita dihidangkan dengan persoalan...bagaimana kalau tidak ada sesiapa yang memahami apa yang kita fahami dan selami? Mungkin realitinya agak pahit untuk ditelan...

Namun, biarpun begitu filem ini ada satu semangat setiakawan (seperti filem-filem kartun klise yang cuba menerapkan sikap ini dalam mentaliti kanak-kanak...mesej baik laa kononnya!) yang cukup menebal dalam diri Woody dan bagaimana dia cuba memahami Buzz Lightyear dan cuba menyampaikan hajatnya yang amat tinggi itu...

Ini adalah filem klasik dari Pixar selain dari filem Cars kegilaan anak aku, Mohamad Edhrie Hasheim Joll...he he he he!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...