
John Oldman terpaksa berpindah lagi, macam puak Nomad yang berpindah randah. Sebabnya? Dia adalah manusia yang telah hidup 14,000 tahun dan belum pernah merasai mati.
Ini adalah premis kepada filem yang berfikir seperti atheist, hasil tulisan bekas penulis skrip untuk siri televisyen The Twilight Zone (punca utama aku beli DVD ni) – Jerome Bixby, yang secara ironinya teah mati 13 tahun yang lalu.
Sebenarnya aku amat meminati filem-filem yang membuatkan aku berfikir dan filem ini telah mencabar iman dan kepercayaan aku kepada Tuhan yang maha kuasa. Kiranya kalau tak kuat iman dan rasa macam tak percaya pada Tuhan aku nasihatkan janganlah menonton filem ni sebab – bahaya!
Sebenarnya pemikir-pemikir anti theist (atheist?) memang selalu meraba-raba mencari kebenaran, seperti konklusi yang dibuat oleh penulis skrip siri Twilight Zone ini melalui watak John Oldman, yang menafikan kewujudan Nabi Musa, dan mengaku sebenarnya dialah watak Jesus yang disalib, cuma dia diikat bukan dipaku pada kayu palang tu...ha ha ha!!!
Bagi aku filem ni mencabar sebab walaupun ia adalah sebuah filem khayalan dan imaginasi penulis skrip yang dah mati ni, tapi ada banyak pengajaran dan sebenarnya aku tak pernah tau betapa cetek dan sempitnya judgment dan konklusi puak anti theist bila mereka menolak Tuhan.
Ia memang nampak jelas pada watak John Oldman yang mengaku sebenarnya dialah watak Jesus Christ dalam bible (nasib baik dia tak cerita pasal Quran, mungkin tak berani kot? Kalau dia kata Quran tu cerita dongeng dahulu kala...memang aku gelak aje, sebab dia salah!) kerana dia cuba menyambung aspirasi kawan karibnya yang pernah dia jumpa beratus tahun sebelum itu, Buddha.
Yang peliknya, dia cakap Nabi Musa tu cuma fiksyen Yahudi, tapi dia terlupa nak cakap pasal Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub dan Nabi Yusof juga sebagai fiksyen Yahudi...yang menariknya disini dia cuma cerita pasal Nabi Musa dan Nabi Isa sahaja. Sebabnya penulis skrip ni pandai, kalau dia sebut semua nabi-nabi yang ada memang dia kalah dan nampak sangat dia menipu!
Yang menariknya “pendengar” kisah karutnya pada malam dia nak pindah tu terdiri dari pengkaji sejarah dan literatur bible, psychotherapist, archeologists, freethinker dan seorang guru fizik dan matematik. Secara selambanya mamat ni menafikan teori-teori yang telah biasa digunapakai oleh pemikir-pemikir yang hadir pada malam tu, nasib baik dalam filem tu tak ada watak tok aji atau tok imam...sebab kalau ada musti kena sembelih si John Oldman ni.
Nak tau kenapa dia mengaku sebagai Jesus yang disalib tu? Sebab dia nak menceritakan pengalaman dia melihat sendiri kekejaman dan kezaliman puak Roman yang ganas dan brutal, makanya dia pun cuba menjadi manusia yang mengajak kepada kebenaran dan kasih sayang seperti yang dipelajarinya dari kawan dia dulu, Gautama Buddha. Ooohhh...dari kesimpulan dia sebenarnya aku yakin satu perkara, Gautama Buddha bukanlah pemula ajaran Buddhist, tapi sebenarnya ialah seorang manusia yang sama taraf dengan Luqmanul Hakim, cuma bezanya Buddha ialah seorang putera raja yang mengubah statusnya sebagai manusia yang sederhana, tapi Luqmanul Hakim telah diberi pilihan samada nak jadi raja atau org bijak pandai dan beliau memilih untuk jadi org bijak pandai.
Tema filem ni berkisar tentang manusia dan pengetahuan yang dia dapat dari pengalaman bersosial dan belajar dari satu sama lain. Aku memberikan kredit kepada watak John Oldman ni, sebab dia membayangkan dirinya bukanlah hebat dan bukanlah divine sangat pun walau sebenarnya dalam filem ni, realitinya dia dah hidup selama 14,000 tahun! Itulah sebenarnya sebab kenapa aku suka filem ni, selain dari dongengan dan paradoks dari pengakuan dia, ada juga perkara yang aku faham melalui watak John Oldman ni, dia tetap manusia biasa yang lemah, pelupa, bebal dan lembab walaupun dia dah hidup hampir 14,000 tahun. Tak ada divinity pada manusia yang tak percaya Tuhan, tapi kesucian dan keagungan ALLAH itu tetap ada dan kekal dalam hati dan jiwa org-org yang beriman dan percaya kepadaNya walaupun mereka hanya hidup dalam lingkungan 60 -70 tahun. Sesungguhnya menanglah manusia yang percaya dengan yakin bahawa ALLAH tuhan mereka dan ALLAH telah menurunkan kitab dan rasul yang menyampaikannya kepada mereka. Pernah terdengar ahli bijak pandai berkata, “sesungguhnya zat ALLAH memang tidak dapat ditanggung oleh segala yang ada dilangit dan dibumi, tapi dapat terisi dalam hati para-para manusia yang beriman dan percaya dengan yakin akan bejumpa dengan Tuhan mereka”.
Ps: sebenarnya filem ni tidak mempromosikan tentang pemikiran atheist kerana diakhir kisah dalam filem ni, John Oldman akhirnya mengatakan sebenarnya dia cuma menipu aje, sebab nak test kebijaksanaan ahli-ahli fikir yang menjadi panel pendengar cerita dia, sebenarnya point utama yang telah dilahirkan dalam filem ni ialah, bukan mengajak penonton menolak Tuhan, sebaliknya mengajak penonton terus berpegang dalam kepercayaan yang mereka percaya selama ni sebab, dalam hidup ni, nothing is certain except death and taxes...ha ha ha!.Tidak ada salahnya kerana sentimen begini juga sentiasa diulang-ulang dalam Quran, ketika ALLAH mengajar para nabi berkata kepada puak mereka, “kamu tunggulah keputusan kami, kerana kami juga bersama-sama menunggu keputusan kamu”. Kita doakanlah moga-moga ALLAH menyelamatkan org-org yang percaya dengan yakin kepadaNya dan memasukkan org-org yang befikir ke dalam pengampunan dan hidayahNya.