Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


The King and the struggle to be heard


Aku dah lama simpan DVD Lord Of The Ring ni, dah dekat setahun...tapi tak pernah terlintas nak menonton sebab aku bukan suka cerita-cerita dongeng...judging from the character dan makhuk-makhluknya, memang aku yakin...ni cerita dongeng Pagan ni, tapi aku silap...


Semalam aku dah bosan, tak tau nak buat apa...tetiba ringan pulak tangan aku ambik DVD ni dan mainkan seround dekat DVD Player Apex aku tu. Hmmm...dah pukul 11 malam...mata memang dah ngantuk...tapi layan aje laaa...pertama kali tgk opening filem ni aku rasa macam...best aje! Pasal seekor Dark Overlord yang dah menzalimi makhluk-makhluk Tuhan dengan menjerat depa untuk merebut sebentuk cincin...hmmmm...hmmmm...hmmmm.

Setelah berkurun-kurun berlaku, Dark Overlord ni dah mengurniakan tiga bentuk cincin kepada witches dan warlocks...dan kemudiannya jadi tujuh bentuk bagi dekat org bawah depa, lepas tu ada sembilan lagi bagi kat kaum Elves, Manusia dsb. Semuanya ada 16 bentuk cincin, dan semua cincin tu dikawal oleh sebentuk cincin yang dipunyai oleh Dark Overlord Sauron...ha ha ha ha!!! Macam biasa dengar aje?

Tema filem ni berbentuk multiangle, banyak bentuk dan banyak sudut boleh dilihat, dari sealim-alim dan serendah diri seorang hobbit bernama Frodo yang ditakdirkan Tuhan sebagai seorang ringbearer sehinggalah sejahat-jahat manusia yang nak merebut cincin tu untuk kepentingan diri sendiri.

Filem ni bagi aku memang hebat sebab...tak sangka banyak elemen-elemen kemanusiaan, ketuhanan dan kesyaitanan disebatikan menjadi sesuatu yang dinamakan – HIDUP.
Dalam ramai-ramai watak yang meliputi sebentuk cincin tu, aku nampak watak Frodo ni misterius sikit sebab hanya dia aje yang boleh menahan godaan setan dalam cincin tu. Aku masih tertanya-tanya siapakah Frodo sebenarnya, apa kelebihan dia sampai dia dilantik menjadi ring bearer???

Yang paling aku suka...semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakan hobbit nya, Sam Gamgee...wow!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...