Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Romancing The Grief, Pain and All Things Inner.


Selayaknya manusia ni menggunakan akal untuk berfikir, sebab kalau kita selalu guna akal kita akan selamat dan akan menjadi “batu permata” setelah menjalani proses “tekanan”, “ujian”, “dugaan” dan “cabaran”. Seperti maksud falsafah baru aku, “...saya tau saya sedang dicabar oleh ALLAH SWT, saya redho dengan cabaran tu dan sebenarnya saya tau, ALLAH mencabar saya tapi ALLAH telahpun memberikan power untuk saya menghadapi masalah itu”. Itulah kata-kata aku bila aku ditempelak oleh seorang kaunselor dalam satu sessi “pencarian diri” baru-baru ini.

Watak ROM dalam filem ini menceritakan tentang bagaimana seorang manusia yang ideal, memahami dan tergolong dalam golongan manusia elit (judging from the friends he keep) telah membuang itu semua dan hidup dalam sebuah gua buatan di sebuah taman hutan simpan. Memang jika dikaji dan diteliti, watak ni semacam membayangkan satu kegilaan dan phobia kepada “musuh” buatan diri sendiri bernama Stuyvesant yang tinggal di Sears Tower. Sebenarnya jika diperhatikan, itu semua adalah igauan diri dia sendiri kerana dalam filem ni, jika kita nampak...musuh dia yang sebenar adalah DIRI dia sendiri. Sebenarnya ia tidaklah lari sangat dari kebenaran hakiki kemanusiaan sebab watak ROM ni dah bagitau kita satu benda, sebenarnya kita ni semua sering phobia dan selalu menganggap org yang diluar diri kita sebagai threat dan ancaman kepada kita walhal sebenarnya MUSUH utama kita ialah DIRI KITA SENDIRI. Bilamana kita buat piket di jalanan, bilamana kita bangkit untuk satu idealisme yang jahil dan bodoh, bilamana kita melaungkan semangat racist...itulah musuh utama kita...NAFSU KITA SENDIRI.

Kita salahkan Yahudi bilamana mereka menjajah ekonomi dunia, macamlah si ROM ni menyalahkan Stuyvesant atas semua kejahatan yang berlaku di bandar itu. Tapi sebenarnya kita lupa, kita ni siapa nak salahkan org? Apa kita ni sempurna sangat ke?

Sebenarnya inilah tema utama kehidupan yang fana, mempersoalkan kematangan pemikiran sendiri dan juga mempersoalkan kesediaan diri untuk menghadapi cabaran dan dugaan, sebab dalam satu ayat Quran ALLAH telah berfirman, yang maksudnya, “apakah manusia fikir mereka tidak akan diuji”. UJIAN – itulah sebenarnya pokok persoalan utama kemanusiaan. “TIDAK ALLAH JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH KEPADANYA”. Macam-macam persepsi dikemukakan dalam ayat yang disebut ini, ada yang mengatakan kita ni HAMBA ALLAH dalam konteks yang AMAT JUMUD.

Tapi aku melihat maksud “IBADAH” dalam konteks ayat di atas sebagai satu maksud yang MURNI dan TULUS, ada ayat dalam Quran menyatakan, “...dan pada diri kamu apakah kamu tidak memerhatikannya?”. Asas kepada permulaan kemanusiaan adalah PENGENALAN DIRI, kita mula lahir ke dunia dan mula mengenali “manusia” yang melahirkan kita melalui sistem deria yang ALLAH telah berikan kepada kita. Kita mula-mula kenal MAK kita dan kemudian BAPAK kita, (itu sebabnya dalam Quran ALLAH melarang kita derhaka kepada mak dan bapak sebab itulah permulaan mengenal diri). Setelah kita besar, kita mengalami proses sosialisasi dan kita mula mengenal kerenah kemanusiaan (proses seterusnya dalam beribadah kepada ALLAH) kerana dalam proses sosialisasi ini kita diperkenalkan dengan sets of rules yang amat asas, seperti mana sets of rules ni telah dikemukakan semenjak zaman Nabi Musa lagi, yang mendidik kita MENGENAL ALLAH. Dalam proses sosialisasi itu kita menimba bermacam-macam pengalaman yang pelbagai (ini sebenarnya satu tanda bahawa rahmat ALLAH tu amat luas dan tidak bertepi, melalui pengamatan perangai-perangai manusia yang bermacam-macam). Dalam kita bergaduh dan bertekak berkenaan dengan SIAPA BAGUS dan SIAPA BETUL, kalau seseorang itu BERANI masuk ke dalam akar umbi setiap persoalan yang dia cari dan hadapi, dia akan KENAL satu aje...ALLAH SWT. Dan dia akan nampak semua ini adalah CABARAN untuk dia MENGENAL dan BERIBADAH kepada ALLAH. Dalam BAIK dan JAHAT dia akan nampak SATU...ALLAH SWT dan sesungguhnya beruntunglah manusia yang telah berjaya melaksanakan IBADAHNYA kepada ALLAH.

Sebenarnya itulah yang berlaku kepada ROMULUS, watak mereng dalam filem ni, kita melihat bagaimana dia yang telah menjalani recluse life jauh dari masyarakat akhirnya merasa terpanggil untuk menyiasat kematian seorang manusia yang tidak pernah dikenalinya. Sebenarnya ini adalah tanda pengenalan “kemanusiaan” yang tiada taranya. Siapa yang sanggup menyusahkan diri untuk org lain yang dia tak kenal? Dalam penyiasatan ROM, dia sering terkeliru, tersalah terka dan selalu gelojoh dalam membuat keputusan siapa yang membunuh pemuda yang tergantung di sebuah pokok dekat dengan gua kediaman dia. Mulanya dia tersalah meneka pembunuh pemuda tersebut dan dalam penyiasatannya dia hampir bermusuh dengan anak perempuan dia sendiri, sampai satu ketika dia give up sebab telah dibelasah dan diugut oleh dua org faceless man (first he was dragged and then he was stabbed by a faceless man, but he still stands – Pearl Jam). Sampailah secara “hakikat” akhirnya dia sendiri “tahu” siapa yang telah membunuh pemuda tersebut. Itupun secara “kebetulan” (yang sebenarnya itulah HAKIKAT KEBENARAN – ALLAH tidak akan menghampakan hambaNya yang berusaha memperbaiki amalan).

Sebenarnya banyak benda kita boleh belajar melalui filem, lagu dan sebagainya, asalkan kita meniatkan semua itu adalah untuk BERIBADAH kepada ALLAH, Tuhan semesta alam...okay aku nak tulis pasal GREASE pulak, ha ha ha!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...