Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Hikmah Pengetahuan Itu semua Ketentuan Tuhan...

Ada satu malam tu sementara nak tunggu org bertadarus Quran, aku duduk rumah dengan bosannya...maka aku pun belek-beleklah koleksi DVD aku sementara nak tunggu org tadarus. Makanya...aku tertarik nak tgk filem "ibu-ibu" malam tu...The Prize Winner Of Defiance, Ohio...sebuah kisah benar yang difilemkan yang bertemakan feminisme...tapi tak ada laaaa feminisme macam apa...kan.???

Dari filem yang aku tonton ni aku belajar satu perkara...hikmah pengetahuan tu semua dah tercatit...setiap org ada kelebihan masing-masing dan Tuhan memang tak lalai dari menyediakan keperluan hambaNya...walaupun hambaNya itu tidak Islam macam "mother" dalam citer nih.

Terharu aku tgk seorang manusia yang sanggup mengorbankan diri dia untuk kebahagiaan keluarganya. Dengan perangai laki kaki botol, panas baran...tapi "maknya" ni rileks aje...laki dia meraban mengamuk pecah meja pecah botol, "maknya" rileks aje...siap boleh gelak lagi...sabarnya "maknya"...kalaulah MAK aku macam nih...he he he!
tapi yang peliknya bila dia dapat tau laki dia gadaikan rumah dia dengan harapan nak dapat duit dan joli katak, maka maknya punyalah angin...maka natijahnya di sini kita lihatlah, sabar tu ada jugak parasnya...maka si laki ni tadi menjadi kebencian anak perempuannya kerana dia sanggup menjual keluarga untuk melempiaskan nafsu minumnya...

Dalam filem ni juga aku belajar satu perkara, rezeki tu sebenarnya ada di mana-mana...dalam filem ni, dilihat kelebihan perempuan anak sepuluh dan laki yang kaki minum ni yang telah dibagi dek Tuhan untuk menyampaikan hasrat keperluan keluarganya...tiap kali ada peraduan lagu iklan dia mesti masuk...dan dia mesti menang!!! Memanglah nampak remeh...dan tak masuk akal (tapi ni citer betul nih!) tapi moral kisah ini ialah...sebenarnya setiap manusia telah diberikan talian hayat oleh Tuhan dan carilah apa dia talian hayat tu dan pakailah bila perlu.
tapi lagi satu aku nak nangis ialah...diakhir cerita ni, baru aku tau kenapa pompuan tu cukup sabar dengan perangai anak-anak dengan perangai laki dia...so...barulah aku tau kenapa pompuan tu cukup penyabar...sebabnya dalam peraduan iklan terakhir yang dia tak sempat nak masuk, iklan jingle terakhir dia tulis ialah..."When I Pass A Church, I Make A Visit, So When Take My Feet First, God Wont Ask, "WHo Is It"???"...

hmmmmm...hikmah pengetahuan hanya tertentu milik ALLAH!!!

Eternally Yours Truly!


Filem ini banyak bermain dengan falsafah kejiwaan yang banyak berkait rapat dengan teori Freud, Adler, Existential dan sebagainya...ia berkenaan hubungan dua roh yang berasaskan sentimen naluri halus manusia yang ingin bercinta dan dicinta.

Joel Barrish mungkin mengalami nasib malang kerana telah dijodohkan dengan seorang perempuan yang panas baran, feminist, egocentric dan "fikir bagus" - Clementine Kruzcynski.
Biasalah...dalam hubungan kemanusiaan tak kira dari level mana sekalipun akan berlaku pergeseran pendapat dan khilaf..kerana manusia dijadikan tidak sempurna dan ALLAH merahmati perbezaan pendapat selagi mereka tidak mensyirikkan Dia dengan tuhan yang lain...disinilah kita lihat bagaimana filem yang dihasilkan oleh manusia-manusia yang zahirnya kufur kepada Allah, bisa menampilkan elemen ketuhanan yang nampak jelas dan nyata dari sebuah filem yang amat simple dan tidak sarat dengan kompleksiti bijak pandai.

Dari premis dua manusia blur dan berbeza personaliti ini, aku dapat rasakan kekuasaan ALLAH dalam mencipta makhluk bernama manusia ini...kita tidak pernah lari dari masalah "masa depan"...'apa aku akan jadi dalam masa tiga minit lagi?', 'apa nasib aku tahun depan?', 'bila aku nak kawin?'...adalah antara perkara-perkara ghaib yang kita tidak nampak...tetapi akan banyak dipengaruhi oleh perbuatan dan tindakan kita hari ini...Clementine Kruczynski adalah seorang manusia yang tidak berprinsip, blur...selalu takut pada masa depan. Sementara Joel Barrish adalah seorang manusia yang cool dan selalu berserah pada takdir atas segala natijah perbuatannya dan selalu mengharapkan perkara yang terbaik dalam hidup.

Sebenarnya manusia tiada satu org pun yang dapat lari dari permasalahan uncertainty dalam hidup, ini adalah kerana permasalahan "pilihan", manusia bebas memilih penentuan nasibnya, tiada siapa melarang apa jua prinsip pegangan seorang manusia...maka dengan itulah ALLAH menurunkan rasul dari kalangan manusia yang akan membacakan kitab kebenaran untuk mereka dan membersihkan mereka dari pegangan yang sesat...kedatangan rasul jugalah yang akan menyelamatkan mereka, memberikan khabar gembira kepada mereka, bahawa mereka tidak perlu takut dengan apa yang akan berlaku di masa depan sekiranya mereka mentauhidkan ALLAH...kerana ALLAH akan menjanjikan kemenangan kepada mereka yang percaya kepadaNya...

dalam filem ini kita dapat melihat dua manusia yang tiada pegangan agama, bagaimana kemelut mereka menangani hidup yang tidak menentu...mereka seolah-olah berada dalam sebuah game poker dimana mereka tak tau kad apa yang akan mereka dapat lepas ni...
Dalam filem ini juga kita melihat betapa benarnya teori - perempuan selalunya tak berfikir panjang bila nak bertindak, selalu ikut emosi...manakala lelaki selalu bersabar dan berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara.
Filem ini membawa kita ke dalam "minda" separa sedar Joel Barrish yang selalunya bersifat resistance kepada "penghapusan" maklumat tentang Clementine di dalam memori mindanya...di sini kita melihat bagaimana beliau cuba membawa "memori Clementine" jauh-jauh dari dipadamkan sehinggakan proses "pemadaman" tersekat separuh jalan...kehkehkeh!!! skimanya aku menulis!!!

Sebenarnya filem ni adalah filem yang paling klasik bagi aku...aku memang suka filem-filem berfalsafah seperti ini, aku sangat-sangat suka filem-filem yang mendekatkan aku kepada ALLAH...walaupun ia diarahkan oleh org kafir...perlu diingat, org kafir tu pun ALLAH yang jadikan...dan tidak ada perkara dalam dunia ini ALLAH jadikan sia-sia, hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan dapat dekat dengan Tuhannya...

Freddy Mercury atau Freddy "Five String" Krueger?


Freddy Krueger adalah salah satu ikon kejahatan yang paling menakutkan di layar perak, perbezaan antara Jason Vorhees, Leatherface, Mr. Bates, MIcheal Myers dan sebagainya, Freddy Krueger adalah ikon kejahatan yang penuh tipu helah.


Keistimewaan Freddy Krueger ialah dia bukanlah sebarangan psycho seperti yang lain, dia ada perjanjian dengan elemen out of this world, dia dah sain kontrak dengan setan sebanyak tujuh siri filem...ha ha ha!!!


Cara dia membunuh mangsanya amat berbeza, mamat ni telah diberikan keistimewaan untuk menipu mangsanya dalam mimpi. Dalam mimpi dialah "king"...maaf...bukan king of the third world...king of the third world lagi hebat tipuannya dari mamat nih!!!


Asas kepada bermulanya kejahatan Freddy Krueger bermula apabila dia tidak lagi dapat menyorokkan kecenderungan untuk membunuh budak-budak kecik...seorang paedophile barangkali, Freddy cuba memuaskan nafsu membunuhnya dengan menyiksa dan mendera bebudak kecik...so...kau org rasa kat Malaysia ni pun dah ada dah pengikut Freddy Krueger nih...


Kelicikan pembunuhan Fredy Krueger ini menyebabkan agak sukar bagi pihak berwajib untuk mengesan pembunuhan mangsa-mangsanya kerana mereka semua mati dalam tidur...mati dalam iiimmaaaannn (kalau agama depa Islam laaa!). Berkepala botak, bertopi koboi dan bersarung tangan dilengkapi pisau-pisau tajam yang amat praktikal, Freddy Krueger mula menghantui mangsanya apabila mereka mula menutup mata dan lena diulit intan.


Freddy Krueger amat berpengaruh sekali sekitar tahun-tahun 80/90an dengan franchise filem Elm Street yang menampilkan pelbagai konsep dan tema filem slasher yang banyak diselitkan elemen-elemen "Twilight Zone" di mana tidak ada boundaries, yang ada cuma imaginasi yang luas seluas mata memandang. Bayangkan seekor perempuan telah dilenyek-lenyek kerana "karma" nya membunuh seekor lipas telah muncul dalam mimpi dia sendiri...


Filem-filem Freddy Krueger sememangnya mengundang penonton menjelajah kanvas tidur yang terlangsung dari keluasan alam imaginasi di mana semuanya boleh terjadi, banyak elemen-elemen side effects murahan (tapi dulu memang gempak laa!) yang menghidupkan dimensi tidur menjadi kosong, luas, dan psikotik.


Watak Freddy Krueger juga amat berbeza dengan watak-watak pembunuh bersiri yang lain, beliau kelihatan begitu lawak, kelakar dan selalu membuat practical joke yang kejam terhadap mangsanya sebelum membunuh mereka dengan kejam.

Hmmm...Ironi...Myroni?

Resident Evil adalah pencetus era letupan semula (resurrection) citer-citer zombie makan daging org hidup-hidup yang sadis dan kejam...ini adalah franchise ketiga filem yang menceritakan ironi perangai sean manusia yang lebih setan dari zombie-zombie hidup makan org ni.
Alice (nama kod projek) berjaya melarikan diri dari makmal ujikaji sesat manusia korporat keparat yang suka bilang duit banyak-banyak...setelah berjaya melarikan diri, Alice (ak tau klon yang nombor berapa sebab yang orginal dah mati kena tembak) berjaya meloboskan diri dari cengkaman kuku besi Umbrellla Corporation...
selang beberapa tahun kemudian, seluruh dunia telah dimakan dek zombie-zombie lahanat ni...sedikit ironi kepada para surfer internet yang berkepala botak dan berperangai seperti zombie, memuaskan nafsu makan dan nasu seks...

Perihal Mid-life Crisis Seorang Wanita...

Aku tak pernah ada pengalaman dengan hal krisis usia seorang wanita, ye lah...masa aku umur 14 tahun mak aku baru umur 45 tahun...mana aku faham...tapi aku pernah menyaksikan midlife crisis seorang lelaki yang aku gelarkan dia "cap uban"... - putih itu kematangan...dan kebesaran kepala koter. Okay sebelum aku reviwe ini filem aku nak laaa cerita sikit pengalaman aku menyaksikan perangai seekor manusia tak sedar diri nih...
Org tua ni dari dulu sampai sekarang aku lihat suka benar bercampur dengan anak-anak dara sunti, mungkin tidak mahu org mengatakan dia telah kehilangan "appeal"...atau dalam bahasa slanga ghetto, Mojoz...kalau melihat dari gambarnya di majalah, memang tidak lekang dia dari pelukan anak-anak dara jelita dan menawan jiwa raga...tak pernah sekalipun dia bergambar dengan makcik-makcik atau nenek-nenek yang selalu pegi gigs.
Begitulah juga dengan filem ni, mengisahkan seorang penulis skrip untuk rancangan televisyen (ironinya org tua tu ialah editor sebuah majalah picisan!) yang mula merambu-ramba memikirkan - what will happen after 45?.
Paul Rudd berjaya merealisasikan watak seorang pelakon siri televisyen yang "membayar homage" kepada aktor Jim Carrey dengan lawak bangang spastiknya...tampak natural dan anggun.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...