Keistimewaan Freddy Krueger ialah dia bukanlah sebarangan psycho seperti yang lain, dia ada perjanjian dengan elemen out of this world, dia dah sain kontrak dengan setan sebanyak tujuh siri filem...ha ha ha!!!
Cara dia membunuh mangsanya amat berbeza, mamat ni telah diberikan keistimewaan untuk menipu mangsanya dalam mimpi. Dalam mimpi dialah "king"...maaf...bukan king of the third world...king of the third world lagi hebat tipuannya dari mamat nih!!!
Asas kepada bermulanya kejahatan Freddy Krueger bermula apabila dia tidak lagi dapat menyorokkan kecenderungan untuk membunuh budak-budak kecik...seorang paedophile barangkali, Freddy cuba memuaskan nafsu membunuhnya dengan menyiksa dan mendera bebudak kecik...so...kau org rasa kat Malaysia ni pun dah ada dah pengikut Freddy Krueger nih...
Kelicikan pembunuhan Fredy Krueger ini menyebabkan agak sukar bagi pihak berwajib untuk mengesan pembunuhan mangsa-mangsanya kerana mereka semua mati dalam tidur...mati dalam iiimmaaaannn (kalau agama depa Islam laaa!). Berkepala botak, bertopi koboi dan bersarung tangan dilengkapi pisau-pisau tajam yang amat praktikal, Freddy Krueger mula menghantui mangsanya apabila mereka mula menutup mata dan lena diulit intan.
Freddy Krueger amat berpengaruh sekali sekitar tahun-tahun 80/90an dengan franchise filem Elm Street yang menampilkan pelbagai konsep dan tema filem slasher yang banyak diselitkan elemen-elemen "Twilight Zone" di mana tidak ada boundaries, yang ada cuma imaginasi yang luas seluas mata memandang. Bayangkan seekor perempuan telah dilenyek-lenyek kerana "karma" nya membunuh seekor lipas telah muncul dalam mimpi dia sendiri...
Filem-filem Freddy Krueger sememangnya mengundang penonton menjelajah kanvas tidur yang terlangsung dari keluasan alam imaginasi di mana semuanya boleh terjadi, banyak elemen-elemen side effects murahan (tapi dulu memang gempak laa!) yang menghidupkan dimensi tidur menjadi kosong, luas, dan psikotik.
Watak Freddy Krueger juga amat berbeza dengan watak-watak pembunuh bersiri yang lain, beliau kelihatan begitu lawak, kelakar dan selalu membuat practical joke yang kejam terhadap mangsanya sebelum membunuh mereka dengan kejam.
