Joel Barrish mungkin mengalami nasib malang kerana telah dijodohkan dengan seorang perempuan yang panas baran, feminist, egocentric dan "fikir bagus" - Clementine Kruzcynski.
Biasalah...dalam hubungan kemanusiaan tak kira dari level mana sekalipun akan berlaku pergeseran pendapat dan khilaf..kerana manusia dijadikan tidak sempurna dan ALLAH merahmati perbezaan pendapat selagi mereka tidak mensyirikkan Dia dengan tuhan yang lain...disinilah kita lihat bagaimana filem yang dihasilkan oleh manusia-manusia yang zahirnya kufur kepada Allah, bisa menampilkan elemen ketuhanan yang nampak jelas dan nyata dari sebuah filem yang amat simple dan tidak sarat dengan kompleksiti bijak pandai.
Dari premis dua manusia blur dan berbeza personaliti ini, aku dapat rasakan kekuasaan ALLAH dalam mencipta makhluk bernama manusia ini...kita tidak pernah lari dari masalah "masa depan"...'apa aku akan jadi dalam masa tiga minit lagi?', 'apa nasib aku tahun depan?', 'bila aku nak kawin?'...adalah antara perkara-perkara ghaib yang kita tidak nampak...tetapi akan banyak dipengaruhi oleh perbuatan dan tindakan kita hari ini...Clementine Kruczynski adalah seorang manusia yang tidak berprinsip, blur...selalu takut pada masa depan. Sementara Joel Barrish adalah seorang manusia yang cool dan selalu berserah pada takdir atas segala natijah perbuatannya dan selalu mengharapkan perkara yang terbaik dalam hidup.
Sebenarnya manusia tiada satu org pun yang dapat lari dari permasalahan uncertainty dalam hidup, ini adalah kerana permasalahan "pilihan", manusia bebas memilih penentuan nasibnya, tiada siapa melarang apa jua prinsip pegangan seorang manusia...maka dengan itulah ALLAH menurunkan rasul dari kalangan manusia yang akan membacakan kitab kebenaran untuk mereka dan membersihkan mereka dari pegangan yang sesat...kedatangan rasul jugalah yang akan menyelamatkan mereka, memberikan khabar gembira kepada mereka, bahawa mereka tidak perlu takut dengan apa yang akan berlaku di masa depan sekiranya mereka mentauhidkan ALLAH...kerana ALLAH akan menjanjikan kemenangan kepada mereka yang percaya kepadaNya...
dalam filem ini kita dapat melihat dua manusia yang tiada pegangan agama, bagaimana kemelut mereka menangani hidup yang tidak menentu...mereka seolah-olah berada dalam sebuah game poker dimana mereka tak tau kad apa yang akan mereka dapat lepas ni...
Dalam filem ini juga kita melihat betapa benarnya teori - perempuan selalunya tak berfikir panjang bila nak bertindak, selalu ikut emosi...manakala lelaki selalu bersabar dan berfikir masak-masak sebelum melakukan sesuatu perkara.
Filem ini membawa kita ke dalam "minda" separa sedar Joel Barrish yang selalunya bersifat resistance kepada "penghapusan" maklumat tentang Clementine di dalam memori mindanya...di sini kita melihat bagaimana beliau cuba membawa "memori Clementine" jauh-jauh dari dipadamkan sehinggakan proses "pemadaman" tersekat separuh jalan...kehkehkeh!!! skimanya aku menulis!!!
Sebenarnya filem ni adalah filem yang paling klasik bagi aku...aku memang suka filem-filem berfalsafah seperti ini, aku sangat-sangat suka filem-filem yang mendekatkan aku kepada ALLAH...walaupun ia diarahkan oleh org kafir...perlu diingat, org kafir tu pun ALLAH yang jadikan...dan tidak ada perkara dalam dunia ini ALLAH jadikan sia-sia, hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan dapat dekat dengan Tuhannya...
