Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Hell-o, my name is Violet...






Violet Song Jat Sharif  adalah seorang watak ikonik komik anime yang telah diperfilemkan oleh Hollywood.

Seorang bakal ibu yang disumpah menjadi seekor manusia vampire, beliau telah bersumpah pula untuk membunuh manusia-manusia bourgeois elitist yang menjahanamkan hidupnya.

life imitating art or otherwise?

naluri keibuan memang lahir dalam jiwa setiap manusia bernama perempuan...itu yang aku sayang tentang filem ni...

ketika dia cuba meninggalkan anak tabung uji laptop di sebuah stesen lrt, aku terharu bile melihat naluri keibuannya lebih melebih segala-galanya...

seorang perempuan ganas yang masih lemah lembut dan romantik.

Ultraviolet rules!

Meet Barry Thomas...now a resident...Of The Twilight Zone.




 Diterbitkan pada 7/08/07 3:12 ptg
Malaysia Time

Bayangkan anda ada masa infiniti untuk melakukan semua benda...mahukah anda "mengulang-ulang" benda yang sama??

Filem ini mengajar kita mengenal "manusia"...melalui watak Barry Thomas, seorang pekerja kolar biru di sebuah lab yang akan terlibat dengan skandal "quantum mechanics", terpaksa mengulang SATU HARI dalam hidup dia di mana dia akan buat benda yang sama...makan benda yang sama dan melihat org yang dicintai mati sebanyak - berkali-kali!! ha ha!! Bahasa Melayu aku kantol!

Filem ini mengkaji psyche kemanusiaan...bagaimana fitrah seorang manusia yang ingin - move forward, digambarkan melalui watak protagonis yang terperangkap dalam kesilapan boss besar nya (what an irony!) mengaktifkan trigger yang akan membuatkan dia terpaksa mengulang-ulang satu hari yang sama...

Filem ini walaupun satu genre dengan filem lakonan Bill Murray, The Groundhog Day, namun intipatinya amat berbeza...dalam Groundhog Day, watak protagonis pada mulanya cuba memanipulasikan "pengetahuan" yang diberikan kepada dia dalam masa satu hari itu untuk advantage diri sendiri...kira macam dah jadi tuhan laaa konon-konon nyaaa...tapi dalam filem ni, watak Barry Thomas digambarkan sebagai seorang yang desperate, kecewa, mempunyai low self esteem...di mana lama kelamaan, dari pengalaman melalui "hari-hari yang sama"...beliau menyedari bahawa..."practice makes perfect"...nilai pengajaran yang cuba ditonjolkan di sini ialah...PRACTICE MAKES PERFECT laaa!!! keh keh keh!! Sememangnya kita suka ambik mudah perkara-perkara kecik dalam hidup kita, tapi...cuba laa tanya Barry, apa kelebihan benda-benda kecik tu kalau kita selalu ambik tau...
well...bagi aku filem ni memang - "klasik", dan aku suka bayangkan filem ni sebagai feature version of Twilight Zone...

The Deaths That Is Pre-Planned! Revisited.


Diterbitkan pada 31/05/09 9:17 pg Malaysia Time

Sesuatu yang menarik pada filem ini telah mengajak aku untuk mengulang tonton DVD yang aku baru beli semalam, untuk menontonnya...kali kedua atau ketiga menonton filem ini baru aku memahami apa "wahyu" yang tersirat dalam filem ini.

Ian Stone pada awalnya ialah klise manusia yang sebenarnya telah berkali-kali dinyatakan oleh Tuhan pencipta alam, bahawa - kalau Allah mahu jahanamkan semua manusia jahat dalam dunia ni tanpa belas dan kasihan maka tidak akan ada SEORANG pun manusia yang akan tinggal kerana dek perbuatan JAHAT mereka...sesungguhnya ia tidak berlaku kerana sifatNya yang maha pengasih dan penyayang, yang cuba dikupas oleh Dario Prana (tak silap spell kot nama mamat ni) dalam filem ini...ye lah walaupun aku tak tahu samada dia percaya sama dengan apa yang aku percaya namun apa yang memang SAMA - dia juga manusia macam aku...he he!

Ian Stone adalah "Harvester" yang secara hakikatnya mengambil kesempatan atas sifat lemah manusia, dia dan kawan-kawannya sangat suka kepada perkara yang bathil, perkara yang legho - suka mempermainkan emosi manusia dan mengambil kesempatan atas ketakutan manusia. Sehinggalah dia bertemu dengan "Rahmat Tuhannya" dalam bentuk seorang wanita...yang kita lihat begitu berjaya dipaparkan melalui adegan "pelarian" dalam sebuah stesen Subway Train...

Ian Stone mungkin layak diseertikan, atau mungkin di beri relevansi kaitan dengan salah seorang sahabat Nabi kita yang pernah menjadi sejahat-jahat manusia namun akhirnya tunduk kepada RAHMAT TUHANNYA tatkala dia mendengar KEBENARAN yang dialunkan oleh seorang wanita sedarah dagingnya sendiri.

Ian Stone ialah epitome seorang manusia jahat yang telah berjumpa dengan RAHMAT TUHAN dan in turn, menjadi virus yang membinasakan KEJAHATAN-KEJAHATAN yang pernah dilakukannya sendiri.

Itulah sebab kenapa aku angkat filem ini sebagai sebuah wahyu hidup yang menginsafkan diri.

Apa yang menariknya dan yang paling menginsafkan aku ialah, untuk memeluk HAKIKAT KEBENARAN, aku juga terpaksa melalui "kematian-kematian" seperti yang dihadapi oleh Ian Stone dalam filem ini...SAD BUT TRUE. Ian terpaksa berjuang untuk mengekalkan keimanan dalam dirinya...

Love is the final dance of eternity.

Persembahan Ngeri III



 Diterbitkan pada 18/10/08 10:09  pg Malaysia Time

Filem ini ada elemen surreal yang amat sinonim dengan elemen "senja". Elemen kelakutan, elemen ketakutan dan elemen kemanusiaan - keliru. Bermula dengan Alice, satu denominasi klise tentang psyche kemanusiaan...yang keliru, gelojoh dan mudah putus asa...mula mencari rabbit hole (irony melampau) untuk keluar dari kebuntuan hidup.

...dan akhirnya...dia terperangkap dalam takdir - improbable drive...yang menukarkan dia kepada takdir yang lebih menakutkan!
does a universal remote controller really exist?

Seorang pengawal keselamatan yang bermain dengan sifat tamak halobanya...sehingga dia engkar dengan self conscious dalaman dirinya yang menjadi penjaga kepada diri dan jiwanya...akhirnya dia menjadi mangsa kejahatan.

seorang serial hooker yang akhirnya bertemu buku dengan ruasnya...

seorang professor dan - a perfect stepford housewife nya...

dan akhirnya seorang doktor yang gila...mati dalam kegilaan dirinya sendiri.

semua watak ini bergabungjalin dan membentuk satu harmoni gelapnya yang tersendiri...

a case in point -- courtesy of The Twilight Zone...

Setan? Pakai Prada? Mungkin?!


Mungkin tajuk filem nih ada makna literal yang perlu kau kupas dalam-dalam? Mungkin juga tajuk dia satu perlambangan sinikal bahawa...setan juga pandai bergaya? entah!? tak perlulah aku hujjahkan benda nih dalam-dalam asalkan aku enjoy menonton filem dia dan mendapat pengajaran...sudahlah!

Filem ni ajar kau tatacara politik pejabat...dalam rantaian kitaran makanan...dalam opis kau ada satu orang king kat atas yang kau kena jilat, kau kena galas, kau kena buat macam-macam...apa nak buat? kau siapa nak persoal...dia Durian...kau tu...timun aje...sedar diri tu sikit ha ha ha!!

Atas masalah politik pejabat ni lah kadang-kadang kau rasa macam tak best aje kerja...kau rasa macam kau tak boleh evolved terutama sekali kalau bos kau macam James Hetfield dalam Metallica..."kau boleh kreatif dalam band aje...kau buat project band...you are out!"...

Boss yang baik ialah bos yang faham kreativiti kau, bos yang nampak apa kau boleh buat dan bos yang tak akan persoal apa benda kau nak buat...malah dia akan bagi kau segala macam premis untuk kau jelajahi...tapi kadang-kadang..."knowing too much will kill you"...kalau bos kau kata - "yes, you can criticise me, you can advise me of my decision, I am all open to you"...kau hati-hati...sebenarnya dia nak bantai kau tuh!!

baik kau jadi boss macam Miranda nih, dia suka ke tak suka ke...sama aje reaksi dia...mungkin pada mulanya kau akan anggap dia besar kepala...tapi sebenarnya inilah boss idaman aku...kau tak ada ruang nak kritik dia sebab dia perfect segala...seriously boss macam nih kalau ambik aku kerja...aku rela kerja dengan dia gaji RM900 sampai aku mati...sebab boss macam nih...dia tak ada gunting dalam lipatan...walaupun dia nampak kau serba boleh...dia tak akan tunjuk dengan kau sebab...boss macam nih...High Maintenance...ha ha ha!!!

Tapi sampai sekarang aku tak pernah jumpa boss macam nih, 

ada ke??

he he he!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...