Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Akhirnya...

Filem hasil tulisan Jerome Bixby ini ialah salah satu dari mitos fiksi The Twilight Zone nya yang seringkali menguji minda dan penerimaan terhadap akal lakut yang amat seni dan halus.

Premis filem ini hanya tertumpu di rumah cottage sewaan John Oldman, seorang pensyarah yang terpaksa berpindah ke tempat lain (nomad) sebab satu rahsia besar yang tidak harus disebar kepada orang awam kerana berkemungkinan akan menyebabkan orang yang mendengarnya menjadi lebih bodoh atau lebih gila...beliau ialah seorang "man out of time".

Maka sessi bercerita di tepi unggun api ala campfire story ini berakhir dengan penafian demi penafian dan John Oldman sendiri terpaksa mengakui dengan sendirinya bahawa ia adalah satu trick untuk memperbodohkan para arkeologi, christian teologi dan beberapa orang bijak pandai yang hadir pada malam itu.

Perkara menarik tentang filem ini ialah ia cuba mengupas tentang "kebenaran" dan sejauh mana kita mampu menerimanya walau betapa tak masuk akal (akal ialah sesuatu yang amat "limited") nya idea itu...dari mengakui sebagai seorang dari bangsa Cro Magnon (bangsa manusia terawal) sehinggalah akhrinya mengakui sendiri bahawa beliau adalah Jesus Christ dalam fiksi Bible, John Oldman terpaksa menerima kenyataan bahawa, batas akal manusia lebih selesa dengan "kotak pemikiran" yang begitu-begitu sahaja...tidak ramai yang mahu berfikir di luar kotak.

Itulah sebabnyaTuhan mengirimkan pewahyu-pewahyu untuk mengajak manusia berfikir di luar kotak...maka ini adalah sebuah filem yang mengajak kita berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada seorang manusia yang bernama John Oldman dalam filem ini. Kita begitu selesa dengan kisah datuk nenek moyang kita yang belum tentu berkredibiliti dan kitalah manusia yang tidur dan berselimut itu...maka bangunlah wahai orang yang berselimut...he he!

Drama...drama...drama.

Ini ialah karya simple Quentin Tarantino yang meminta kita mendengarnya dengan prihatin.

Plotnya tentang satu rompakan "gone bust" (aku tak ada masa nak italic kan ayat karangan aku okay!)...kerana terdapat "orang dalam" dalam kumpulan perompak itu.

Mr Orange telah tumpas dalam gerakan rompakan itu lantas dia diselamatkan oleh Mr White dan mereka terus menyembunyikan diri di dalam sebuah gudang yang menjadi premis pada kisah dalam filem ini.

Kalau filem Anakku Sazali ada budget bagak maka mungkin emosinya lebih gah dan dramatik seperti filem ini...ha ha ha ha!!!

Memang, entah kenapa aku selalu teringat dengan adegan filem Anakku Sazali yang mana Sazali bertegang leher dengan bapak dia...mewakili emosi yang wujud pada filem ini...

Ini ialah sebuah filem "murah" yang "mahal".

Permainan Orang Dewasa Dalam Kartun Yang Kronik...

Semua orang mesti pernah main dengan permainan kegemaran masa kecik-kecik, jadi filem ini bakal mengimbau pengalaman zaman budak-budak. Bagaimana kalau permainan tu ada hati dan perasaan dan boleh berinteraksi antara satu sama lain? Maka bermulalah satu adventure pengembaraan (errkk?) yang tiada tolok bandingnya...

Woody ialah seorang (??) permainan yang bertemakan koboi yang dikatakan ketinggalan zaman. Dia di "overshadow" oleh satu permainan angkasa lepas yang lebih keren dan ada laser kat tangan. 

Apa yang menarik pada cerita ini ialah bagaimana kita dihidangkan dengan persoalan...bagaimana kalau tidak ada sesiapa yang memahami apa yang kita fahami dan selami? Mungkin realitinya agak pahit untuk ditelan...

Namun, biarpun begitu filem ini ada satu semangat setiakawan (seperti filem-filem kartun klise yang cuba menerapkan sikap ini dalam mentaliti kanak-kanak...mesej baik laa kononnya!) yang cukup menebal dalam diri Woody dan bagaimana dia cuba memahami Buzz Lightyear dan cuba menyampaikan hajatnya yang amat tinggi itu...

Ini adalah filem klasik dari Pixar selain dari filem Cars kegilaan anak aku, Mohamad Edhrie Hasheim Joll...he he he he!!!

Metallica?

Shortest Straw...

Sebuah filem dark comedy yang tak ada nilai comedy yang serius (pun intended)...

sesiapa yang nak tengok movie yang ada nilai hiburan, hindarilah filem ini kerana anda tidak akan ke mana...

sebuah filem yang agak rigid dengan elemen anarchist melampau...Hesher ialah seorang manusia yang tidak mahu kalah dengan paradigma melampau...dia adalah seorang lone ranger yang hidup tanpa undang-undang...

oleh yang demikian, kenalilah diri anda melalui Hesher!

Metallica still rocks!!!

Red Light...and they say it was the second Sixth Sense?!

Filem yang kononnya dikatakan satu genre dengan filem seram The Sixth Sense namun sebenarnya tiada apa yang surprising tentang filem ni kerana ia bukanlah Sixth Sense part two...elemen suspens dalam filem ni boleh dikatakan...tiada langsung.

Jalan cerita meleret-leret dan plot yang entah apa-apa agak mengecewakan aku...filem ini beraspirasi besar namun sebenarnya apa yang hendak ditonjolkan...aku pun confuse...

Namun demikian juga, ada pengajaran yang perlu dititikberatkan sebagai seorang penonton filem yang tidak berat sebelah. Aku menganggap mesej dalam filem ini ialah "keyakinan"...meyakini sesuatu dan mempercayainya dengan sepenuh hati. Tiada siapa yang memaksa kita mahu percaya kepada apa yang kita mahu percaya jadi sebenarnya sepotong ayat Quran - tiada paksaan dalam beragama, itu adalah titik tolak kepada kebenaran.

Filem ini cuba membuai perasaan kepada "penafian", menafikan kebenaran yang nampak jelas di hadapan mata. "kebenaran" ialah sesuatu yang tidak boleh ditipu dan menipu cuma persepsi kita kadangkala "menafikan" apa kejadah yang kita lihat, rasa mahupun fahami.

Dr. Margaret Matheson cuba menafikan wujudnya paranormal side of life dengan cuba membongkar dan mendedahkan pembohongan namun sebenarnya dia tidak menyedari bahawa paranormal itu ialah sesuatu yang wujud dihadapan dirinya dan dia sendiri tak mampu menafikan "kebenaran" itu sehingga ke akhir hayatnya.

Tom Buckley pula ialah seorang physicist yang cuba mencari "kebenaran" dan apabila menjumpai "kebenaran", tidak dapat menerimanya dan "membutakan" mata hatinya dari menerima "kebenaran" dengan yakin.

Simon Silver, seorang psikik yang amat arrogan dan yakin bahawa dia mempunyai satu kuasa yang mampu menundukkan, namun akhirnya terpaksa tunduk kepada "kebenaran", bahawa ada orang yang lebih hebat dari dia...

dan akhirnya ketiga-tiga watak ini lebur dalam satu hakikat keyakinan bahawa...Tiada Tuhan Melainkan Dia.

an inspiring movie indeed...


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...