Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Umpama Mimpi Dalam Mimpi


...menonton wayang di pawagam ialah satu pengalaman audio visual yang amat melapangkan...menonton filem-filem absurd yang mempersoal realiti sekeliling ialah eskapisme yang lazat bagi aku.

Filem ini ialah filem lakonan Leonardo Di Caprio yang tetap ada elemen "homage" kepada filem gergasinya - Titanic ( you jump, i jump ). Memang Leonardo tidak boleh lari lagi dari bayangan filem gergasinya itu.

Elemen Oneiric dalam filem ini benar-benar mencabar pemikiran kita untuk mempersoalkan realiti kita...adakah sebenarnya kita bermimpi dan kita mengulang-ulang mimpi kita? (The Twilight Zone - episode : Shadowplay)...

Elemen action/espionage/who backstab who/mission impossible memantapkan filem yang berimaginasi tinggi ini. Kita dibawa melihat-lihat alam mimpi yang di cipta dari imaginasi fikiran seorang manusia, bagaimana dia menjadi "Tuhan" dalam mimpinya sendiri dan mampu mengubah alam mimpinya mengikut apa yang dia suka (tribute to The Matrix)...

Ini ialah filem klasik aku untuk tahun 2010...cant wait for this blu ray dvd...

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...












































pompuan psiko dan seorang mak yang prihatin, siapa yang akan menang dalam perlawanan ini? aku yakin semua orang boleh menjawab soalan ini...ini ialah takdir semenjak azali.

Ini ialah filem psychological thriller, filem untuk orang berfikir dan meninjau jauh ke dalam akar dan umbinya...dan akhirnya menginsafi bahawa - "kita tiada kuasa, Allah juga ada kuasa". Sememangnya tak nampak jelas mukjizat dalam filem ni, tapi yang paling penting, seorang mak sanggup mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan anaknya, errr...adakah maknya buat begitu sebab dia rasa dia dah nak expired? atau adakah mak dia memilih untuk mensedekahkan jantungnya kerana dia telah mula mendapat tahu akan "konspirasi gelap" menantunya yang psiko itu?

Itulah hakikat kebenaran yang akan terlihat oleh mereka-mereka yang berfikir...

Awake...satu lagi karya klasik yang amat menginsafkan!!

Shoot Em Up...and Smile!

























Mr Smith adalah nama biasa yang orang bagi untuk menamakan sesiapa sahaja yang tak dapat di trace asal usulnya, kira nama glamour laaa...

"Mr Smith" dalam filem ini ialah seorang trigger happy yang memang "master" dan "phd" dalam aktiviti kesukaannya..."gunfighting"...

sedang dia duduk-duduk di sebuah perhentian bas, tiba-tiba kelihatan seorang perempuan sarat nak bersalin, berlari-lari anak di hadapannya, pada mulanya dia buat derk aje..."mind my own business"...mungkin itu kot yang difikirkannya...

sampailah tetiba sebuah kereta meluru laju dan melanggar sebuah kereta yang sedang parking di tepi jalan...

maka bermulalah..."non stop" action tanpa henti sehinggalah ke penghujung filem.

Filem ini ialah filem aksi yang menjadi pilihan klasik aku semenjak pertama kali aku menontonnya, aku rasa dah masuk 10 kali aku tonton filem ni, memang tak jemu dengan elemen humournya yang crass dan aksi-aksi "menarik" yang memang bergegar kepala melihatnya...bayangkan boleh ada orang tembak menembak di langit...

Mr Smith memang klise seorang hero yang sanggup berkorban untuk keselamatan orang lain, walaupun seorang bayi kecik yang memang tak ada kena mengena langsung dengan dia...bersusah payah dia menembak dan menembak kuncu-kuncu head honcho Hertz yang sebenarnya seorang "pussy with a gun in his hand".

"You know what I hate? A Pussy with a gun in his hand".

Filem ini mempromosikan penjualan senjata dan penggunaan senjata api secara terbuka...ha ha ha!





manusia = eternity?


manusia ialah satu ciptaan yang amat menarik, segala elemen kemanusiaan terdapat dalam seorang manusia...namun ia seperti pakaian, mudah terlucut dah dibogelkan...

A Clockwork Orange ialah karya Stanley Kubrick yang membogelkan kemanusiaan dalam filem...filem ini tidak meninggalkan seurat benang (pun intended) pun pada Alex DeLarge, narrator dan pemikir untuk cerita hina seorang manusia ini...membuatkan kita terfikir..perlukah seorang manusia menjadi seorang yang..."budiman"???

AlexDeLarge ialah epitome kemanusiaan yang melambangkan betapa fragile jiwa seorang manusia yang dihimpit oleh keinginan yang membuatkan dia menjadi seorang "raksasa" zalim yang melakukan kerosakan di bumi tanpa belas kasihan dan kemaafan...

filem ini seperti karya "membebel" Kubrick yang lain (2001, Artificial Intelligence, Eyes Wide Shut) ialah karya yang memasukkan elemen pemikiran tidak logik manusia, rentetan-rentetan visual yang "pelik" dan "memualkan" yang membuat seseorang itu akan menganggap bahawa menonto filem bukanlah satu proses hiburan ringan masa lapang, tapi mampu menjadi wadah pemikiran yang membuka minda dan menjadikan kita di "brainwashed" sebagaimana Alex De Large ini di "brainwash"...membuatkan kita berazam nak jadi orang baik...

Dapat dilihat "pembalasan"...pada setiap perbuatan...dan "redemption" selepas setiap pembalasan itu dilakukan dengan sewajarnya...ada belas kasihan dalam filem ini dan Kubrick - seperti seorang pengarah filem yang berjaya mendakwahkan penggemar filemnya, telah sekali lagi berjaya membuktikan bahawa setiap manusia itu ada mempunyai "penyelamatnya" yang tersendiri...dan penyelamat Alex ialah orang yang pernah dizaliminya dulu...how ironic!!

diakhir cerita - same old same old...after all...that is what we are all about!!!

Shut Up! Kick Ass!


Kick Ass ialah nama baru bagi franchise superhero yang lebih realiti dan lebih logik dari dongengan tentang gigitan labah-labah spider mahupun budak kecil dari Planet Krypton. Filem ini mungkin filem bodoh bagi setengah orang, tapi ia lebih mengupas tentang idealistik kemanusiaan yang akan naik ke tahap "haram jadah" bilamana seorang manusia itu ditindas dan dizalimi...filem ini meraikan kekuatan dalaman pada seorang manusia, tidak kira dia seorang geek, nerd, mahpun seorang manusia lemah tahap gaban (errr...the irony?).

Dave Lizewski ialah seorang nerd yang tak ada "life" (or so it seems?)...dia menghabiskan masa seperti remaja tipikal yang lain yang baru mengenal dunia...dan errr...wanita! Namun demikian, terdapat satu "keazaman" pada budak bernama Dave ni, dia nak jadi superhero...nak selamatkan orang padahal dia kena selamatkan diri dia dulu...he he he!

terlalu banyak elemen dark humour yang buat aku nangis, terutama part masa Dave ni buat debut dia sebagai Kick Ass...perrggghhh!! sadis siot! dah laa kena belasah teruk lepas tu selamba kena tikam dengan samseng...dah tu kena langgar kereta...nasib baik dia tak mati terus. Satu benda yang aku belajar dari watak mamat ni ialah, walaupun kau ZERO...tapi pegi mampus dengan semua tu...keazaman mamat ni yang jitu menyedarkan aku bahawa...SEMUA ORANG BOLEH JADI SUPERHERO.

Watak Hit-Girl dengan bapaknya Big Daddy, ialah superhero yang real dalam movie ni...yang merupakan satu-satunya elemen yang menarik yang mampu ditonton...dengan aksi-aksi real yang mengganas...maka layaklah filem ni di rating PG13 aje.

The best superhero movie ever!!! confirm aku cari Blu Ray pirate nya!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...