Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...



ini adalah filem seram yang berelemen satira yang amat halus.
asas pencernaan (pun intended) diperlukan untuk memahami cerita ini...
aku tak pernah faham macam mana idea untuk mewujudkan plot yang pelik, tak masuk akal, tapi berjaya di execute dan kini dianggap sebagai "filem untuk orang berfikir" dan diangkat sebagai sebuah filem lagenda yang memulakan segala-galanya...

tidak dapat dinafikan ia tidaklah sehebat "penceritaan semula" pengarah Zack Snyder di tahun 2004, yang mengutarakan living dead yang lebih "alive"...

selingan-selingan komentari yang menggambarkan keadaan huru hara yang diperjelaskan dalam sebuah rancangan televisyen adalah intipati utama gambaran pengarah dan produser filem ni aku rasa...

membayangkan manusia semakin bodoh dan bangang bila berhadapan dengan krisis hidup dan mati...he he he!

Ye...Kite Selalu Crash Sesame Sendiri...


hidup adalah satu pattern gila yang sememangnya gila kalau tidak disandarkan dengan iman.
pattern ni bukan selalu kita boleh ramal...itu sebab Allah SWT selalu melarang menelek nasib dengan apa benda sekalipun, sebab kita sememangnya tak pernah akan tahu random pattern yang Allah telah berikan pada kita...

sekarang baru aku faham kenapa main nombor ekor tu haram, menelek nasib tu haram...sebab dah dijelaskan oleh sains...mimes dan branes itu berjalan dalam satu arah yang rawak yang tak ada siapa pun tahu kecuali Dia yang maha mencipta...

aku melihat filem ni sebagai satu kawasan "kelabu" yang mana semua benda boleh berlaku dan akan berlaku tanpa siapa pun dapat menahannya...

elemen racist, kronis dan sifat berpuak adalah label yang cuba dikupas dalam filem ni, kita menjadi takut melihat orang lain yang tidak serupa dengan kita...kita cuba hidup dalam telekan diri kita sendiri dan kita rasa diri kita sendiri yang betul dan orang lain salah...

inilah DRAMA yang berjaya diolah oleh Yang Maha Pencipta...

banyak elemen kemanusiaan dan betapa manusia itu lemah dan selalu minta untuk diperingatkan tentang sifat lemah mereka.

Filem ini berjaya menonjolkan kekuatan manusia dan perjuangan manusia melawan "perbezaan" antara satu sama lain...

apa-apa hal pun dvd ni memang classic!

The Jacket - Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Memula aku tak berapa nak faham sangat maksud filem ni, tapi aku rasa vein penceritaannya sama macam Stranger Than Fiction.

Seorang askar yang sepatutnya pada pandangan mata fana' yang dah sebenarnya mati dah...kena tembak dengan seorang budak Afghanistan, dah siap bungkus masuk dalam body bag, tapi entah macam mana...Tuhan kata - Not Yet (homage to The Twilight Zone)...terkebil-kebil bijik mata dia, nasib baik misi tu perasan...maka selamatlah dia dari ajalnya buat tempoh yang tertentu bilangannya...

apa yang aku minat bukanlah "miracle" yang digambarkan dalam filem ni tentang macam mana mamat ni dah sepatutnya (pada pandangan mata manusia) dah mati...tapi tak mati jugak...sebab dia dah ditakdirkan untuk menerima nasib seperti ahli kitab dalam surah Al Khafi, yang mana Nabi Musa pernah bersama dengan ahli kitab yang disebutkan untuk satu adventure yang tak masuk akal pada mata manusia biasa.

"Aku berbeza dengan orang lain sebab aku nampak sesuatu yang lebih NYATA dan JELAS dari pandangan mata kasar orang lain"...itulah surat dia pada mak budak perempuan yang dia cuba nak selamatkan...

mesej cerita ni simple aje...tentang bagaimana kita menerima kasih sayang dan memberikan semula kasih sayang yang diberikan kepada kita, sebagaimana doktor jiwa yang seboleh-bolehnya ingin membantu mamat ni menyelesaikan misteri "kematian" dia buat kali kedua...

tapi last-last dia mati ke tak? itu yang aku rasa tak berani nak cakap - sebab - AKU MELIHAT FILEM INI DARI ASPEK YANG AMAT BERBEZA DARI PANDANGAN MATA KASAR ORANG BIASA...

LOVEISFOREVER!

Lebih Pelik Dari Fiksi Dongengan?


وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Surah Asy-Syuura, Ayat 27

realiti memang lebih pelik dari fiksyen...memang betul. sebab dalam fiksyen, kita tahu kenapa watak itu begitu dan begini...dan paling best, kita boleh matikan watak ikut suka kita...

macam mana kalau realiti dan fiksyen dihamparkan berdepan antara satu sama lain...mesti realiti akan kata fiksyen itu gila dan sebaliknya...itulah hikmah ketentuan Tuhan yang kita tak pernah nak ambil tahu.

aku respek filem ni sebab ia memang menampakkan satu hikmah yang NYATA.

filem ni mengandaikan macam mana kalau kita tahu bila kita nak mati dan kita kenal penulis kisah hidup kita? mesti kita pegi melutut kat penulis tu..."tolong jangan bunuh karakter aku"...sebagaimana Harold Crick merayu kepada penulis wataknya...

namun demikian, aku agak...Harold Crick ni pasti mempunyai iman sehebat Nabi Ibrahim kerana walaupun mengetahui dia akan mati pada sekian-sekian hari, dia tetap menerima ketentuan itu dengan hati yang sabar dan redho...

dan akhirnya...



tgk lee sendiri...

The Ten Commandments Yang Mengasyikkan!


Pernah menonton filem asal yang dibuat kembali dalam tahun 70an tak silap aku di mana pertama kali Charleston Heston membelah laut merah dengan pertolongan kesan khas studio canggih yahudi...kali ini filem ini dibikin oleh Hallmark Studios dengan kesan khas yang lebih gila...

memang aku amat meminati kisah dari Quran dan yang paling menarik ialah kisah dari surah Thoha, yang menjelaskan account pertama Nabi Musa dengan Allah SWT, yang mana Allah SWT menyatakan -

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
[14] "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

filem ini menceritakan sebagaimana yang telah termaktub di dalam kitab tentang seorang budak berbangsa hamba yang diberitakan akan menenggelamkan kerajaan Firaun dan kejahatan Firaun...

bagaimana budak yang bernama Musa ini telah diselamatkan oleh Tuhan dengan cara :

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّكَ مَا يُوحَى
[38] "Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
[39] "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

إِذْ تَمْشِي أُخْتُكَ فَتَقُولُ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَن يَكْفُلُهُ فَرَجَعْنَاكَ إِلَى أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَقَتَلْتَ نَفْساً فَنَجَّيْنَاكَ مِنَ الْغَمِّ وَفَتَنَّاكَ فُتُوناً فَلَبِثْتَ سِنِينَ فِي أَهْلِ مَدْيَنَ ثُمَّ جِئْتَ عَلَى قَدَرٍ يَا مُوسَى
[40] "Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!

Maha Suci Allah yang telah menjadikan kisah para nabi sebagai teladan yang berkesan sehingga kini...sesungguhnya Firaun sendiri tidak dapat mengetahui bahawa budak yang diambilnya itulah yang akan menjahanamkan kerajaannya...

terlampau banyak kisah dalam Quran yang memberikan hikmah dan teladan, bagaimana Nabi Yusuf yang hensem telah digoda dan amat kagum aku dengan kisah bagaimana seorang nabi yang rupawan menolak pelawaan seorang wanita kerana takutnya kepada Tuhan...ohhh...romantik sekali bunyinya!

filem ini sebenarnya menceritakan tentang kisah seorang manusia yang dianggap sebagai watak dongeng dan tahyul oleh para atheist...

Nabi Musa telah berjaya membawa kaumnya keluar dari cengkaman Firaun, sebagaimana akan datang bagaimana seorang pahlawan Melayu akan membawa kaumnya keluar dari cengkaman Firaun UMNO...he he he!

kita lihat betapa cekalnya seorang nabi melayan kerenah kaumnya yang banyak songeh, banyak soal dan tanya...sampai mintak makanan turun dari langit...dapat...mintak air, dapat...mintak nak tengok Tuhan aje tak berapa nak dapat...kan?

Kecekalan nabi Musa adalah satu inspirasi buat pejuang agama yang berjuang kerana menegakkan agama Allah, bukan politik kepartian, bahawa...jika kita bersekongkol dengan Allah, Tuhan yang menciptakan segala sesuatu maka janji Allah itu TETAP BENAR...

tetapi...

jika kita bersekongkol dengan Taghut dan Dajjal...maka tunggulah azab Allah menimpa kita...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...