Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Thw Twilight Zone or The Dead Zone?


Johnny Smith sememangnya seorang manusia yang diberi ujian yang sangat susah...watak dalam filem nih ialah epitome bila kau tahu banyak benda...apa tindakan kau selepas tu?

Aku sangat heran...manusia-manusia yang mengaku dia macam-macam...ada yang mengaku pesuruh Tuhan la, Rasul la, Nabi laa...tapi pernah ke depa kena buat "selfless act" macam mamat bernama Johnny Smith dalam filem nih? Dia terpaksa struggle samada nak bunuh Senator tuh atau biarkan aje nyawa orang kebanyakan melayang pasal dia rasa bukan tanggungjawab dia nak bikin itu semua...itu semua kerja Tuhan...

"selfless are the righteous".

ini ialah pengajaran "good and evil"...membunuh satu nyawa ialah satu kesalahan yang sangat besar...tapi apabila kau tahu bahawa nyawa itu akan bertanggungjawab menjahanamkan ratusan ribu nyawa orang lain...what will you do?

decisions, decisions...

mungkin ini satu contoh terbaik seorang manusia yang diberikan ilmu disisi Tuhan yang boleh beza baik dengan buruk...mungkin ini salah seorang penghuni The Twilight Zone dengan seribu satu rahsia yang hanya Tuhan aje tahu...ini mungkin....errrrr...

and then...some?

kau rasa kau hidup di dunia ni tak ada fungsi? tunggu dulu...eh! kau dah melaksanakan fungsi kau...samada menjadi villain atau hero...dan akhirnya???

BiPolar Mood Disorder - excelsior!


Filem nih memang aku ulang tayang banyak kali sebab nak ambik feel seorang BiPolar Mood Disorder tu macam mana perangai dia...pasal aku rasa aku tak ada penyakit nih! Latarbelakang filem nih berkisar tentang seorang bekas cikgu (huh! ironik!) yang kena hadap depan court (ironik lagi!) pasal dia sudah "belasah" seorang mamat yang sudah ada affair dengan wife dia...part tu aku confuse sebab jalan citer filem nih tak ada detail samada dia belasah mamat tuh sebelum dia divorce dengan wife dia atau dia belasah mamat tu setelah dia divorce dengan wife tak guna dia tuh! yang itu aku blur sikit...

Mamat yang pernah berlakon filem Limitless dengan pelakon yang ada iras muka pak mertua aku nih (ironi nya pak mertua aku ada jugak berlakon dalam filem nih!) memang menghayati betul watak dia...aku perhatikan kalau kau suffer penyakit nih...kau ada masalah pertuturan, cara kau bercakap tak macam orang berakal waras...kau meracau (macam aku selalu tulis kat blog nih kot?) dan merapu lepas tuh benda trivia pun kau nak gaduh? errrr...so sebenarnya ramai juga manusia dalam Malaysia nih ada penyakit BiPolar nih bilamana depa meracau bila ada isu pegang anjing! Owhhh...I am not alone!

Baru aku tau bukan senang juga kau nak di cop GILA! kau kena ada rekod turun naik court (errr...tak, aku turun naik court aku saman orang! saman kerajaan!) lepas tu kau kena ada court order supaya kau dimasukkan ke dalam wad sakit mental dan kau kena observe dan makan ubat selalu...errr...aku? Aku dah dua tahun tinggalkan ubat....so? Aku masih mental lagi ke?

itu satu persoalan yang kau orang kena jawab ha ha ha ha!

and then...some?



Belajar ABC untuk Mati...


semalam aku dengan wife berjalan ke Kenyalang Park, Kuching, nak cari apa-apa DVD dan Bluray yang boleh buat bahan nak menonton malam nanti...wife aku memang movie freak...code name dia Natasha : Zombie. semua cerita tentang zombie dia dah tonton jadi kau jangan tipu dia...semenjak watak perempuan diagungkan dalam filem zombie (Resident Evil / Dawn of the Dead) maka wife aku memang peminat zombie keren!

dialah yang jumpa filem nih, dia memang tak tahu pasal filem nih...cuma dia pernah perasan aku ada DVD pertama filem nih jadi dia tunjuk kat aku...aku pun dah nampak...belilah!

filem nih memang pelik, lebih pelik dari filem pertama...filem ni bagi imaginasi cara-cara nak mati dalam keadaan tragis dan sadis...dari pembunuhan tak masuk akal sehinggalah kekejaman manusia awkward yang digambarkan dalam elemen stop motion...

aku belajar juga banyak benda dalam filem nih, memang filem nih tak sesuai untuk wanita mengandung sebab takut nanti anak kau terkenan...

and then...apa aku nak cakap pasal filem ni? kau orang kena tengok sendiri...tapi aku suka part "home invasion" tuh...laki dia ada "hal" kat France, tengah borak dengan wife on the phone, tetiba ada orang pecah masuk (segmen S is for Split) dan tibai wife dia sampai mati...naik atas pi ketuk anak kecik dia sampai mati lepas tu dia ambik phone wife mamat tu and dia cakap - "let me talk to my husband"...aaaaaahhhhhhh!!?  Twisted gila sial! dia nak cakap dengan husband dia? kau nak tau kau kena tgk filem nih...twisted gila ba**!

satu part mamat nih dengan atuk dia tinggal serumah..dia gaduh dengan atuk dia...tetiba atuk dia cucuk dia dengan satu benda tajam...atuk dia marah dia - "kau duduk menumpang rumah aku dan kau panggil aku wanker dengan kawan-kawan kau...kau panggil aku wanker?!!!!" dia terus bukak seluar dan cuma ada kontol tergantung...atuk dia tak ada benda alah tu! atuk dia cakap - macam mana aku wank kalau aku tak ada benda tuh!! hah!!!

ha ha ha! lawak gila...

filem nih memang surreal sikit laa...kalau kau akal sihat kau jangan tgk!

he he he!

ps: part filem Jepun pasal zombie tuh memang sarkastik! see it to believe it!



...And Justice For All?



"Jam 9:00 pagi, Mohamad sudah menunggu di ruang belakang dewan Mahkamah Rayuan, dia rasa macam nak pengsan pun ada sebab pada pagi itu dia kena mewakili diri sendiri untuk melawan kes penamatan kerjanya oleh pihak kerajaan. Mungkin kalau orang biasa yang tak kuat semangat, mahu dibiarnya sahaja kerjanya dibuang dan hidupnya jahanam, Namun bila setiap kali melihat isterinya dan anaknya yang comel, Mohamad merasakan satu kekuatan dalam dirinya dan mahu tak mahu, diredahnya juga bangunan mahkamah itu buat kali ketiga, setelah kali pertama dan kedua dia ditipu hidup-hidup oleh peguam yang mewakili dirinya menyebabkan dia kalah dalam kes di Mahkamah Tinggi. Benarlah kata orang, golongan pertama yang akan banyak masuk neraka ialah golongan pembahas-pembahas @ lawyer.

Mohamad tampil ke depan dewan, dia cuba nak meminta supaya kesnya didengar awal. Namun demikian, penterjemah yang bertugas ketika itu mengatakan bahawa giliran Mohamad pada pagi itu bernombor 13, kes ketiga yang akan didengar pada pagi yang malang itu. Mohamad bergegas kembali ke belakang dewan dan duduk. 

"Eh! bila lagi kes aku nak didengar ni? Ini dah masuk kes yang keenam dah!" rungut Mohamad. Dia merasa seolah diperbodohkan oleh penterjemah berbangsa Hindu tersebut. Mohamad dah hilang akal. Tepat jam 12:15 tengah hari, kes Mohamad disebut. Dia dipanggil ke depan. Belum pun sempat Mohamad membuka mulut, membuka bicara dan akal, hakim sudah menerjahnya. "You haven't filed in your order for the Court of Appeal, have you?" tanya hakim yang mengetuai Mahkamah Rayuan pada pagi itu. "No your hon....errr...My Lord, I dont find the need to file the order since I was not instructed by the court to do so", Mohamad menjawab dengan yakin. "You know what, since you did not file your order, I am hesitant to accept your Affidavit to the Court of Appeal, unless you wanted to file for a delay and set a time for another hearing, would you like to do so?" Mohamad bingkas menjawab, "No My Lord, I would like to proceed with my hearing". Hakim tersentak, mungkin ketika itu dia berfikir - "whhoaaah! determine sungguh orang ini, tunggulah aku bantai kau nanti".

Mohamad membuka hujjah dengan penuh keyakinan, sebenarnya dia telah bersedia, lebih bersedia dari Peguam Negara yang akan melawan hujjahnya sebentar lagi. Mohamad menggoreng, melibas, menerjah dan mempersoalkan kewajaran pembuangan kerjanya kepada tiga orang hakim di hadapan. Peguam Negara bingkas menepis, melipat dan mencantas hujjah Mohamad namun malangnya setiap kali Peguam Negara menerajang kembali hujjah Mohamad, ketika itu jugalah belang Peguam Negara terdedah. "Owwhh, this is Perakuan Pencen, Senior Federal Counsel! Please do your job properly! How can you do this?" hakim menempelak sang Peguam. Mohamad dapat merasakan bahawa Peguam Negara sudah menggeletar seluruh badan. Dah rasa macam tak mampu nak memberikan hujjah yang baik.

Hanya ketika Peguam Negara membuat kenyataan - "since the Appellant was employed as a probationer, it is highly suggested that the Commission is not bound to confirm the Appellant if there is something amiss about the Appellant, the Commissioner is entitled to make an inquiry". Waaah! ini peluang keemasan! Mohamad tidak melepaskan peluang ini, lantas dia mengangkat tangan dan meminta izin kepada tuan hakim, "My Lord, if I may?". "Proceed!" balas hakim. Mohamad mula mengeluarkan hujjah berkaitan - "My Lord, if we refer to the Article 135 (2) (b) of the Federal Constitution, the party with the power to dismiss or reduced in rank of an officer, if for whatever reason that is RECORDED IN WRITING, can terminate an officer in the interest of the public and the right to be heard will no longer be applicable since the party with the power to dismiss had a reasonable doubt to dismiss or reduced in rank of an officer in mention". Mohamad menambah lagi, "Furthermore, according to Article 132 of the Federal Constitution, an officer holds office during the pleasure of Yang Di-Pertuan Agung, which holds that the post held by an officer in the government sector had a security of tenure and he cannot be simply dismissed or terminated in the interest of the public without just cause and excuse".

Sebaik sahaja Mohamad selesai berbicara, hakim mula melenting dan kelihatan mukanya merah padam...mungkin ketika itu dia merasa seperti diperbodohkan oleh seorang bekas guru yang langsung tiada pengalaman menjadi peguam. "Aku tak boleh bagi cikgu kena buang ni menang, kalau tidak mesti tercalar institusi kehakiman, mana ada lagi orang biasa lawan kerajaan boleh menang?" syaitan mula membisik ke telinga hakim tadi. Akhirnya hakim tidak lagi memberikan peluang untuk Mohamad berkata-kata, lantas beliau dan dua lagi hakim di hadapan Mohamad bersepakat bahawa insitusi kehakiman tidak wajar dimalukan oleh marhaen seperti Mohamad. Oleh kerana merasa tercabar, hakim nekad membuat keputusan..."After hearing your argument, we had decided unanymously that your case had no merit and we decide to dismiss your case".

Hakim kemudian bertanya kepada Peguam Negara samada mahu meminta kos guaman kepada Mohamad. Peguam Negara yang terdiam dari tadi, mungkin kerana beliau tidak menyangka Mohamad akan ambush dengan begitu teruk sekali, bingkas bangun dan menjawab - "I incur no cost My Lord". "No cost?" fikir Mohamad. "Huh! kau dah terduduk, memang kau tak mintak kos lah kan?!" rungut Mohamad. Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, Mohamad berlalu keluar dari dewan...dalam hatinya, terasa satu beban yang sangat berat untuk dia pikul. Dengan title - "orang gila" yag diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kepadanya, Mohamad lantas putus asa dan berfikir "siapa yang nak ambil aku bekerja selepas ini?". Mohamad terbayang rupa anak lelakinya...tiba-tiba Mohamad meraung!

_________________________________________________________________________________




Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay

Nothing Can Save You
Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

James Hetfield dan rakan-rakan telah lama menyuarakan tentang sistem kehakiman, samada engkau boleh percaya dengan sistem ini atau sistem ini sudah korup dan perlu diganti dengan sistem street justice ala Judge Dredd - The Judge, The Jury, The Executioner.

Perlembagaan Persekutuan yang diolah Lord Reid kini menjadi bahan mainan bijak pandai dalam memanipulasi kebenaran dan memihak kemenangan kepada mereka. Mungkin situasi di atas ialah wake up call kepada marhaen bahawa, engkau tidak mampu melawan dengan kebenaran disisi engkau kerana mereka semua ialah serigala lapar yang gila kuasa. Engkau bawa kebenaran di hadapan sistem yang korup dan sudah pasti engkau akan kalah. Situasi David against Goliath sudah tidak terpakai lagi walaupun engkau ada Tuhan bersama engkau. Engkau ibarat Nabi Musa yang perlu "kick some sense" ke dalam otak Firaun, tapi Firaun memilih untuk kufur dengan kebenaran.

Ini mungkin rupa wajah sebenar sistem kehakiman kita. Mungkin fiksi di atas satu kisah benar atau mungkin hanya rekayasa yang mahu membobrok kerajaan mahupun sistem keadilan. Namun demikian...berhati-hati dengan Wolves in sheep's clothing, a man in three piece suit yang di gelar peguam, kerana apa yang mereka mahu hanyalah duitmu!

Benarlah firman Allah Taala yang menyatakan bahawa satu hari nanti seorang rasul akan berkata - "Sesungguhnya Quran ini menjadi Perlembagaan yang tidak terpakai". Hari ini bukan seorang rasul yang akan membenarkan ayat Tuhan itu, sebaliknya seorang cikgu marhaen yang dituduh GILA (Nabi Muhammad juga dikatakan gila kerana membawa kebenaran) yang akan menyatakan - SESUNGGUHNYA FIRMAN TUHAN SUDAH MENJADI PERLEMBAGAAN YANG LAPUK DAN TIDAK TERPAKAI.

...And Justice For All?? kah itu?

Shaffarizan Mohamad.
( a David against Goliath and were lost and killed by the Goliaths!)



Komen Filem Digest # 3 - From Here To Infinity...and Beyond!

1. Groundhog Day

Filem nih sebenarnya sangat dekat dalam jiwa aku sebab aku belajar mengenali bahawa...kau adalah omnipotent bilamana kau sebenarnya "tahu" apa yang berlaku disekeliling kau pasal kau dah setaraf Tuhan...ha haha!

Sebenarnya to claim that you are a God is so underrated sebab God did not need to experience this...He is everywhere! He was, is, and always will be...He is the everlasting...ha ha again!

Ini filem pasal macam mana seorang mamat yang arogan boleh memahami tentang hidup dan apa yang membahagiakan tentang hidup bilamana dia belajar mengenal dalam masa satu hari yang infiniti!

Ini pasal purging...cleansing oneself of his personality di mana sebenarnya mamat nih melihat jauh ke dalam dan dia bermula sebagai seorang manusia yang sangat naif dan tidak mengenal...sebenarnya siapa dia...

Ini filem yang melihat jauh ke dalam!

2. 12:01

Meet Barry Thomas, another resident of the Twilight Zone. Kadang-kadang seorang mamat yang lame, bangang, nerd selalu akan dipilih dalam filem (dan Tuhan) untuk satu adventure yang menginsafkan!

Mamat nih memulakan paginya dengan malas dan bermalas-malasan, dia masuk kerja, punch in lepas tu kena practical joke dengan kawan baik dia dan...cuba mengorat saintis sebelah pejabat dia...

Akhirnya pada 12:01 am...dia terperosok dalam satu loophole di mana dia disumpah untuk mengulang satu hari yang sangat...menyiksakan...

Filem nih mengajar aku bahawa kalau kau tak move forward...kau akan stuck dengan keadaan kau yang statik dan kau akan rasa hidup nih macam bangang...kau buat benda yang sama, lakukan rutin yang sama dan akhirnya mati!

Itu sebab manusia yang "mengenal" dia takkan buat benda yang sama...dia akan explore pelbagai kemungkinan dan mungkin dia pernah berjumpa dengan orang macam Barry Thomas nih! ha ha ha!

3: 12:01 PM

Ada satu lagi short story yang guna tema yang sama dalam filem di atas, tapi filem nih macam satu loop dia ulang-ulang-ulang sampai mati...Myron Castleman dah stuck dalam satu time frame di mana dia kena ulang satu jam yang sama sehingga infiniti...it is like he is still somewhere in time living his own personal hell...huhu! Aku boleh bayangkan manusia yang stuck dalam tempat dia dan dia tak boleh advance dan evolve mengikut keadaan fitrah dia sebagai manusia...yes aku admit memang ada orang suka duduk dalam comfort zone...punch in, kerja...punch out...balik...tapi tidak Myron Castleman..."I am Myron Castleman...GOD!" dan akhirnya...

4. Repeaters

Kadang-kadang orang kata practice makes perfect tu...sebenarnya satu benda yang sangat salah...kalau kau ulang-ulang satu benda pun dia akan menjadi klise dan akhirnya kau memgaku kau tak lah sesempurna mana pun.

Ini Groundhog Day versi delinquent...pasal sebenarnya...tiga ekoq nih kena ulang benda yang sama supaya depa boleh terima kenyataan bahawa hidup nih tak selalunya all dalam hati ada taman...

Tiga ekoq nih ada konflik dalaman masing-masing yang perlu diselesaikan...sebenarnya filem nih mengambik konsep reincarnation di mana kau kena perfect function kan purpose kau wujud di cakerawala ini demi untuk memahami dan mengenali sesuatu.

Mamat dan minah tiga ekoq ni bermula dengan membuat silap...tapi setelah lama sangat duduk dalam loop yang sama akhirnya depa dua ekoq belajaq satu benda...just let it go!

5. Source Code

Quantum Physics memang satu ilmu yang amat memenatkan...ya, aku bukan terer fizik tapi aku berminat mengetahui bahawa hidup dan realiti kehidupan ni sebenarnya berbentuk quantum mechanics di mana kau ada banyak versi hidup engkau yang bersepah merata-rata.

Captain Colter Steven mendapat semangat Dr Samuel Beckett dalam Quantum Leap bila dia kena ulang 8 minit sebelum keretapi tuh jahanam...

Premis filem nih macam filem-filem kat atas...watak heor mesti blur blur tak tau apa dan nampak macam innocent aje...namun demikian bila dia dah aware dengan keadaan sekeliling dan consciousness dia dah "terbuka" dan di "wake up kick ass repeat" kan...dia mula aware dengan semua benda dan dia dah "bersatu" dan "melebur" (ha ha ha! ini falsafah jahanam mana aku pakai nih?) dalam satu zat yang infinit! dan akhirnya dia kenal siapa dia sebenarnya dan dia telah berjaya melaksanakan fungsinya tanpa gagal!

6. Live : Die : Repeat @ Wake Up Kick Ass Repeat!

Tajuk filem nih masa keluar panggung = Edge of Tomorrow, lepas tu depa nak tukar jadi "All You Need Is Kill" tapi sebab mungkin masalah copyright depa revert balik jadi Edge of Tomorrow...dan bila keluar Bluray dia jadi Live : Die : Repeat!

Ini pasal seorang mamat yang egosentrik dan selfish, macam mamat Groundhog Day tuh yang mulanya dia nampak macam celaka aje...

Tapi hikmah hari yang diulang menyebabkan mamat nih mula memeriksa priority dia dan dia mula mempunyai perasan agung yang sangat dalam...dia sensitif dan empati yang melampau...dia melihat kawan-kawan dia mati berkali-kali di depan dia dan dia merasakan bahawa..."selfless are the righteous"...kita dapat lihat bahawa lama kelamaan...dia mula me "wake up kick ass repeat" kan dirinya sendiri tanpa gagal!

dan akhirnya filem kafir ini juga yang membuka mata aku ha ha ha ha!

7. Triangle

Ini filem infiniti yang sangat menakutkan sebab ending...errr...loop dia menjadi satu sumpahan celaka yang boleh buat kau jadi schizophrenic.

Filem ini satu sumpahan kepada filem genre time loop sebab watak dia tak boleh lari pi mana...dia akan ulang benda celaka yang sama dalam masa infiniti...dan dia terpaksa buat benda yang sama walau macam mana susah pun dia nak lari dari kenyataan.

Pompuan nih dah macam kena sumpah untuk ulang tragedi kapal yang sama sebab...aku pun tak tau sebab apa...

Ini filem yang meraikan karakter manusia yang berbeza...good and evil dan macam mana evil akan selalu prevail bilamana keadaan memaksa kau membuat perkara yang diluar akal waras engkau!

dan akhirnya aku tak tau filem ni ending dia macam mana!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...