Ini ialah sebuah blog peribadi yang cuba merakamkan emosi, ekspresi dan mesej ketika menonton filem...hanya dvd dan bluray yang dirasakan mampu memberikan pengajaran yang membina sahaja akan dimasukkan dalam memoir blog ini...dan kepada yang membacanya anda harus bisa membezakan pendapat peribadi dan kritikan ...jujurnya...I am not trying to look "religiously cool" either! I AM RELIGIOUSLY COOL!! jadi...no need to look that cool because I AM!!!!
Disclaimer!
SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...
I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...
PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...
when the universe babbles...you do not give a shit!
Come with me if you want to live...
Filem ini juga memberikan bayangan PERANG BESAR antara manusia dan robot di mana mak dan anak yang dikatakan bakal menyelamatkan dunia dari kucar kacir ini telah berjaya menjahanamkan sistem awal robotik yang katanya diambil dari bekas tangan robotik robot yang mampus dalam filem sebelumnya...ternyata James Cameroon berjaya menampakkan elemen chain reaction yang sangat cantik dan boleh diterima akal waras...dan sebenarnya ini menunjukkan bahawa...ketentuan tu kau tak boleh elak...kau buatlah macam mana pun...takdir itu pasti berlaku!!!
Filem ketiga dan terakhir yang dilakonkan dek pakcik Schwarzenegger nih ialah filem yang menutup simbolik-simbolik dan bayangan-bayangan pada kemelut kemanusiaan dan kerobotan yang mana akhirnya takdir itu tak boleh nak dielak lagi.
Macam biasa, filem nih mesti lah ada elemen-elemen suspen yang melampau dan tahap-tahap gaduh aksi gaban yang tak boleh nak blah.
Filem ini juga seolah-olah mengangkat konsep feminisme bilamana robot pompuan yang sangat jelita menjadi robot pemangsa yang diarahkan membunuh wira-wira masa depan dari zaman silam ha ha ha ha@ skima nya aku!
Macam biasa juga, John Connor masa nih dah muda belia, dia merasa keliru dan confuse sebab mak dia pun dah tak ada dan dia sorang-sorang terhoyong hayang tak ada masa depan sebab dia rasa dia dah tak ada fungsi lagi bilamana dia rasa dia dah berjaya mengelakkan berlakunya Judgment Day dalam filem sebelumnya...dan dia rasa macam...sial...ha ha ha!! dan akhirnya ketika dia dok memecah masuk klinik vet untuk melepaskan gian...malam jahanam tu menyatakan pada dia bahawa - YOUR TIME HAS COME!!!
dan akhirnya...dia terpaksa redho dengan kenyataan bahawa...dialah manusia yang Tuhan dah pilih untuk mengepalai manusia-manusia lain untuk menjahanamkan robot-robot puaka yang jahat...ha ha ha ha!!!
Serious...ini filem yang sangat best...ha ha ha ha!!!
Klasik!!!
Zombie Buatan Malaya...
Aku sebenarnya ikut juga filem-filem tak siap bawaan Mamat Khalid, dari filem Rock kapak dia sampailah ke filem Estet, semuanya bagi aku sangat pelik dan boleh laaa nak tengok tanpa rasa menyampah...cuma baru-baru ni aku tengok filem Apokalips X bawaan brader nih aku rasa macam...ahhhh!!!! Dia nak bawak stail Jepun pulak daaahhhh!!!! filem gaduh-gaduh budak sekolah ni memang bukan mainan aku ha ha ha ha!!!!
Filem penzombian kedua karya brader ni aku nampak dah macam nak mencuba satu benda yang lain pulak...brader nih cuba menampakkan elemen-elemen survival ala The Walking Dead mahupun Resident Evil yang menampakkan hero berpusing-pusing menguntau para zombie-zombie yang laparkan darah manusia...masa mula-mula aku tengok filem ni yang part awal-awal tu memang best laa...pasal pontianak tersesat masuk kampung tu memang klasik laaa...kan!!! tak tersangka langsung...tapi bila masuk part akhir masa depa bertumbuk dengan zombie tu aku dah rasa macam...BANGANG!!!
Sepatutnya brader nih mengekalkan suasana macam dalam penzombian pertama dia dulu...simple, mimple tapi lebih sangat kepada kelawakan-kelawakan yang klasik!! Memang tak boleh blah bila tengok part rock band posing ala majalah Mangga dalam filem Zombie Kampung Pisang dia...ha ha ha ha!!!








.jpg)
