Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Panggilan Pulau Puaka Oleh HP LOvecraft ha ha!


Necronomicon ialah sebuah buku aka kitab bacaan yang diterbalikkan...ia sebenarnya mengikut dongeng dan mitos ialah sebuah kitab yang ditulis oleh seorang Arab Gila bernama Mad Alhazred...yang sebenarnya apa yang si Lovecraft ni nak canang ialah...Necronomicon ni sebenarnya analogi kepada satu kitab yang diturunkan sekitar kurun ke 14 dan kitab inilah yang dikatakan "merosakkan" dunia sekarang oleh pemikir-pemikir jelik yahudi yang bersekongkol dengan nasrani...konon-kononnya Mad Alhazred ni seorang gila yang mendapat ilham menulis dari setan...ini cuma pendapat aku aje...sebab kat wiki kalau aku baca...memang mamat ni kata dia dapat ilham kitab ni dalam tidur laa...citer pasal Tuhan Greek laa...alamak! dalam banyak-banyak bangsa apahal bangsa Arab gak yang kau tala?? simple...

dan sebenarnya jangan samakan dongeng ni dengan dongeng kitab dalam Evil Dead tu...sebab depa berdua ni alternate universe...tak sama ha ha ha ha!!!

ada tiga citer pilihan dari tulisan karya mengarut Lovecraft ni yang aku rasa boleh membuatkan aku berfikir dan rasa takut jugaklah dengan realiti manusia-manusia yang tidak berpetunjuk nih...dalam filem ni menjelaskan tentang black magic, witchcraft dan dongengan ala dajjal aka the antichrist yang sebenarnya tak ada disebut dalam mana-mana kitab pun!!!

dari citer yang bertemakan tentang perasaan cinta dan amarah mendalam sehinggalah kepada kisah-kisah jelik yang menghantui minda aku sebagai manusia...aku boleh nobatkan filem ni sebagai filem yang amat menakutkan aku...sebab filem ni jelas dan nyata menunjukkan kepada aku apa manusia boleh buat dan apa yang depa sanggup buat untuk dapatkan apa yang depa nak...

...dan akhirnya aku insaf!! dan aku belajar sesuatu yang baru dari filem nih...

Yours Truly,

Robber Of Your Stupidity!

Monsters Beneath The Deep...The Call Of Cthulhu...angan-angan si H.P. Lovecraft


Filem ni zaman aku masih belajar (dan blur) di Uitm...masa filem ni keluar memang hampir tiap-tiap hari keudara trailer nya di televisyen dan memanggil aku untuk menonton filem nih...dan sebenarnya masa tu bagi aku filem ni memang sangat grand dengan heronya - Treat Williams, memang aktor yang pada masa tu keren jugak laaaa kan???

Premisnya biasa laa...tengah laut, kapal besar lepas tu kau tambah seekor sesotong yang sangat besar dan sangat bagak menenggek dalam kapal tu dan membaham satu persatu penumpang-penumpang kapal yang bersuka ria dan berseronok-seronok...

John Finnegan dengan kru dia diupah oleh sekumpulan mercenaries untuk bersiar-siar di tengah-tengah Laut Cina Selatan...but little did he know that sebenarnya depa tengah usha satu kapal besar yang ada muatan yang sangat mewah...dan akhirnya!!!...

Filem ni bagi aku mengajar aku bahawa...sebenarnya ketamakan manusia itu tak ada hujung...dari smalltime robber hingga tahap mercenaries...depa semua ada satu matlamat...iaitu AMBIK HAK ORANG LAIN...

dan depa sebenarnya belajar satu benda yang amat bagus dari raksasa sesotong ala Ctulhu tuh...bahawasanya...

"kau fikir kau terer?"

"ada lagi bapak terer dan bapak penyamun dari kau!"

"dan bapak penyamun ni sapu habis!!!"

life and its irony...

"yours truly"

...the robbers of your stupidity...

Human versus Zombies and the Fight of the Century!


Ryuhei Kitamura ni amat sinonim dengan filem-filem yang cenggini. Filem ni menggabungkan banyak elemen dari aspek aksi sehinggalah kepada penggunaan konsep mayat hidup yang "tumbuh" dari dalam tanah dan mencengkam kaki sesiapa sahaja yang ada kat atas tanah tu.

Citer ni memang nampak tak masuk akal sebab aku sendiri tak faham dari mana dua ekoq banduan tu boleh terlepas...mengikut sinopsisnya depa ni dari dimensi lain yang akan di transport oleh polis untuk masuk ke dimensi nombor #867485 yang sebenarnya merupakan penjara paling besar dalam cakerawala realiti depa.

Entah macam mana dua ekoq banduan ni dah terlepaih dari kandang dan masuk ke dalam satu hutan simpan yang penuh dengan zombie...pada mulanya depa ni tunggu kawan yang akan selamatkan depa dan ajak depa ni join satu grup samseng yang kerjanya bunuh orang lepaih tu tanam kat hutan simpan tuh...kiranya mafia jepun tak ingat laa...akhirnya entah macam mana dalam depa dok gebang-gebang meracau merapu antara satu sama lain dalam membuat keputusan samada nak tembak mati awek yang depa tangkap lepaih tu tanam dalam hutan ka...atau kasi "aqiqah" itu awek beramai-ramai...dan akhirnya mamat yang jadi leader mafia tu mati kena tembak dan dia bangun balik sebagai seekor zombie...sebab sebenarnya nama hutan tu - Forest Of Resurrection...maknanya things that is dead dont stay dead!

Maka selepas itu bermulalah adegan ala The Matrix siap dok terbang-terbang lepas tu tembak-tembak...throughout the whole movie..,

...nak dijadikan citer pulak, salah seorang dari banduan tu sebenarnya ialah reincarnation dari kehidupan lampau yang sebenarnya kena hadap dengan seorang bapak setan yang nak menakluki dunia...maka di akhir filem...berlakulah pertarungan paling sengit antara setan dan bapak setan...

seriously aku cakap...aku minat filem ni pasai Kitamura aje...ha ha ha ha!!!!

aku memang minat Julianne Moore sebab dia sangat jelita!!!


Ini kisah benar yang diadaptasikan untuk menunjukkan sesuatu...usaha itu tangga kejayaan dan tak kira lah betapa peliknya usaha engkau, namun kalau Tuhan kata (bukan cakap dengan kau atau aku...tapi Dia takdirkan) rezeki kau atas kehendak Aku...maka siapa kita nak menghalang kehendak Tuhan. Ini filem yang memotretkan kegigihan seorang ibu yang sanggup bersusah payah dan dikurniakan bakat semulajadi yang boleh digunapakai dan akhirnya membawa kebaikan kepada keluarga.

Evelyn Ryan ialah seorang ibu yang suka masuk setiap peraduan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak atau pengiklan dan dia selalunya menang macam-macam benda termasuk benda yang pelik-pelik. Hasil dari tabiat suka masuk peraduan iklan tu dia dapat ramai kawan-kawan yang sekufu dengan dia...errr...maksud aku...yang sama-sama masuk competetion dengan dia.

Laki dia, Kelly...ialah seorang hopeless drunk yang sebenarnya dah tak ada matlamat hidup dan membuang kehidupan dengan mabuk-mabuk dan bersuka-sukaan. Dia sangat benci dengan tabiat bini dia yang suka masuk peraduan...sedangkan sebenarnya dia tak sedar, itulah rezeki yang Tuhan telah tetapkan untuk keluarga dia...sehinggalah akhirnya berlaku satu tragedi ngeri di mana laki Evelyn ni telah memajak rumah depa untuk tujuan beli arak dan berseronok-seronok sehingga perbuatan dia menimbulkan kebencian kepada keluarganya...

Filem ni mengajar kita mengenal bahawa...bukan setiap masa Tuhan susahkan kita...kita kena menjadi seorang manusia yang sangat kuat dan sangat tabah dan selalu berusaha sedaya upaya untuk menghadapi kehidupan sebab...dalam hidup ni mana ada benda yang mudah...not everyone were born with a silver spoon...

Namun demikian...jingle terakhir yang dibikin oleh Evelyn tu dalam filem ni membuatkan aku sangat sebak dan sangat pilu...

"so god wont ask...who is it?"

aduh!!!

Slipstream as in...time travelling???


Ini filem yang menceritakan bahana yang akan berlaku kalau ada manusia boleh travel through time. Maka akan berlaku banyak kerosakan dan akan berlaku banyak kecacamarbaan dalam dunia...itulah sebabnya Tuhan belum membukakan teknologi time travel ni kepada para saintis dunia walaupun sebenarnya inti pada falsafah time travelling ni depa dah faham dah!

Kau kata time travel ni tahyul dan dongeng? Oh...kalau macam tu kau tak percaya laa Muhammad pernah time travel dari Mekah ke Bethlehem? tak gitu??

Kalau laa Marty McFly boleh time travel...kau rasa dia nak pegi mana ye??
ha ha ha ha!!!

Sesungguhnya banyak rahsia alam hanya orang-orang macam Jim Morrison aje yang tahu ha ha ha!!

Ini filem tentang kerosakan dan bagaimana kerosakan itu cuba diperbetulkan mengikut fahaman semasa seseorang...dan akhirnya...

what happen??

sendiri mau ingat...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...