Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Its The SIGN of the TIME...

M. Night Shyamalan selalu meruntun minda separa sedar tentang sifat THE REAL, yang sebenarnya banyak filem-filemnya yang mendekatkan kita kepada kejadian yang nyata...sebenarnya ini ialah antara banyak filem Shyamalan yang bermain-main dengan elemen lakut, elemen tahyul dan bagaimana dongeng fiksyen sains ini berjaya menyatakan bahawa...misteri the other side of life yang bermain-main di kepala otak manusia seperti hantu, UFO, alien dan segala macam mythical legend yang diceriterakan selama ini tidak akan dapat melawan satu-satunya misteri yang nyata yang selalu difikirkan akal - tentang satu zat yang bernama TUHAN.

Premisnya mudah, bercerita tentang ketakutan manusia kepada the unknown, satu kuasa luarbiasa yang selalu menakutkan manusia tentang, apa yang akan berlaku jika  makhluk asing datang dan menyerang manusia? Bermula dari sikap skeptik bekas paderi bernama  Graham Hess yang hilang keyakinan kepada zat yang maha kuasa sebaik sahaja isterinya meninggal dunia akibat kemalangan, namun plot bijak yang cuba disuntik oleh Shyamalan, seperti kisah-kisah "mengenal tuhan" yang lain seperti Devil, The Lady In The Water dan sebagainya, berjaya menanamkan satu harapan atau semangat dalam filem ini bahawa - dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan itulah plot mudah yang cuba ditanamkan dalam filem ini.

Kisah dari serangan alien dan cubaan alien menculik anaknya yang mengidap asthma telah mula meyakinkan kembali father Graham Hess bahawa setiap sesuatu itu berlaku mengikut sukatan yang cukup, malah akhirnya father ini berjaya memahami bahawa segala kejadian malang yang berlaku kepada keluarganya selama ini ada hikmah tersembunyi yang cuba diberikan. Bagaimana isterinya mati akibat kemalangan, dan kaitan anak lelakinya  yang mengidap asthma sehinggalah pesanan terakhir isterinya - "Swing Away"...benar-benar memperlihatkan satu mukjizat nyata bahawa...selama ini TUHAN memang sayang pada keluarganya dan ia adalah perancangan The Masterplanner yang amat teliti dan tepat!

Sesungguhnya filem ini mengandungi hikmah bagi sesiapa yang mencari...


Alien The Prequel...

Filem permulaan bagi quadrologi movie tentang seekor (berekor-ekor?) makhluk pemangsa yang hanya diberi nama Alien ini mengisahkan asal usul kepada makhluk asing itu sendiri dan mengapa sebenarnya makhluk asing itu wujud...sebagai permulaan kepada penghabisan tamaddun kemanusiaan...

Dr Elizabeth Shaw semenjak kecil memang percaya dengan kewujudan "the engineer" yang merupakan permulaan kepada tamaddun kemanusiaan. Beliau telah mencari sumber-sumber yang membuktikan terhadap satu kuasa penciptaan yang mampu  menjawab kepada semua persoalan kemanusiaan yang sangat fana ini. Maka akhirnya beliau dan bekas boyfriendnya telah dilantik oleh seorang billionaire yang mempunyai trillion duit dalam bank untuk mengetuai satu misi mencari punca kehidupan yang terletaknya lebih kurang 3.27 km X 10 (14) jauhnya...jauh tuuuuu...

Misi mereka walaubagaimanapun berakhir dengan tragedi apabila "tuhan" yang dicari sebenarnya berlumba-lumba mahu memusnahkan kemanusiaan dengan mencipta satu lagi makhluk yang dijangka akan melenyapkan manusia seluruhnya dari maya pada ini...

Maka saksikanlah permulaan kepada epik hebat filem  Alien, Aliens, Alien 3 dan Alien : The Resurrection yang menyayat hati dan perasaan ini...ha ha ha!

Heed The Message!


Filem yang amat emosional kerana filem ini mengadaptasi satu figura yang paling berpengaruh dalam dunia yang fana ini...yang menyampaikan satu pesanan ringkas dari Tuhan - bahawa hanya ada SATU Tuhan dalam dunia dan akhirat dan tidak ada dua mahupun tiga.

Figura ini berjaya menyedarkan kita bahawa akhlak yang baik ialah satu ikutan yang amat mulia dan sifat mementingkan diri sendiri ialah satu sifat yang amat dangkal dan jelik.

Umumnya filem ini berjaya mengangkat pemahaman dan penghayatan penonton yang melihat ia sebagai satu karya epik yang sehebat The Passion Of Christ...aku sedang menunggu kalau-kalau terbukak pintu hati Mel Gibson untuk memilemkan pulak figura ini dalam filem epiknya...errr?

Filem ini menceritakan detik-detik permulaan bagaimana angin reformasi baru bermula di Mekah yang ketika itu jijik dan kotor dengan pemikiran dan kejahilan masyarakatnya yang mengagungkan berhala-berhala sebagai Tuhan...

Struggle atau Jihad yang jitu ternampak dalam filem ini, bagaimana susahnya mahu menegakkan KEBENARAN dan bagaimana payahnya mahu menyedarkan manusia kepada kebaikan.

dan akhirnya filem ini adalah antara salah satu filem insaf (macam biasa laa) sepanjang zaman...inspirasi yang membuak-buak untuk memperbaiki diri sendiri...

Jack Black sebelum jadi cikgu rock adalah seorang dark preacher...


aku suka filem ni sebab watak Jack Black yang tak hingat...karakter dia mudah aje...kritik, kritik dan kritik, semua orang tak betul...dia aje betul...

Tema utama filem ini ialah tentang komitmen, boy meets girl, boy get broken hearted (eh?) ...and later...boy says...thats it!

Sepesen dengan Empire Records, premis nya sama...kedai muzik...cuma kedai muzik ni ada sikit falsafah...dan falsampahnya amat berat...semuanya sebab Jack Black...ha ha ha ha!!!

aku teringat pulak dengan filem Notting Hill sebab karakter John Cusack memang selembik karakter William Thacker dalam filem Notting Hill tu...asal dengan pompuan aje...lembik! tak macho langsung!!!

aku sedang mencari Bluraynya...manalah tau ada jumpa...zaman laa ni mana best dah main dvd...tak ada kelasss...

Empire Records memang the most legendary movie dalam list aku...


Ini movie zaman-zaman Liv Tyler baru nak menjadi...nak kata ini movie pasal grunge pun tak jugak...sebab latarbelakangnya ialah sebuah kedai CD yang menjual bermacam-macam jenis muzik dari punk sampai bubblegum pop. Mungkin kebetulan filem ni menjadi masa zaman-zaman grunge maka adalah relevannya disitu.

Berkisar tentang muda mudi yang bermacam-macam perangai, macam macam kisah dan juga konflik agung yang melanda remaja masa kini...to "do" or not to "do". Plot filem ni agak simple, tentang originaliti, tentang ketaksuban pada rock n roll dan juga tentang ketaksuban pada..."errrrr"....

Premis filem ini memainkan peranan "menghidupkan" mesej dan cerita, sebab aku rasa sebuah kedai CD yang dimiliki oleh seorang ahli korporat yang tak tahu apa itu rock n roll dan macam mana nak rock serta seorang pengurus kedai yang amat prihatin pada pekerja-pekerjanya yang terdiri dari para juvenile delinquent...

Dialog sempoi, tak meleret-leret atau terlalu preachy...atau  nak menunjukkan apa-apa trend atau pegangan hidup (ironinya budak-budak dalam filem ni semua terumbang ambing kurang kasih sayang)...membuatkan filem ni bolehlah diangkat sebagai sebuah filem yang sempoi...

anyway Empire Records memang ROCK!!!





Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...