Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


House Arrest...lepas tu sebelah rumah ada serial killer plak...


Filem ni memang ada iras-iras filem Fright Night cuma antagonis nya sahaja seorang serial killer, bukan seekor vampire yang menyebabkan terasa ketakutan yang amat sangat pada filem ni.

Setelah kematian ayah tercinta akibat kemalangan, hidup Kale seperti terumbang ambing dan dia lebih suka menumbuk orang dari bercakap secara waras (penyakit Bi Polar Disorder)...akhirnya dia telah dijatuhkan hukuman house arrest akibat menumbuk guru bahasa sepanyol nya (gila cool!!!).

Maka bermulalah permanent vacationnya yang membabitkan aktiviti-aktiviti sihat dan kurang sihat...di mana dia sempat berkenalan secara lebih "rapat" dengan jiran sebelah rumahnya yang baru pindah rumah.

Akibat dari hukuman itu dia menjadi terlebih alert dan terlebih arif tentang keadaan di sekeliling rumahnya. Sampaikan pukul berapa jirannya keluar pergi shopping pun dia tahu.

Sehinggalah akhirnya dia mengesan sesuatu yang pelik pada jiran di sebelah rumahnya yang berkereta Mustang dan bersifat antisosial...

jeng je jennnngggggggg!!

highly recommended!

Basin City...Grand Theft Auto?

Aku sedang berkira-kira kalau versi remaster filem ini di masa akan datang akan di 3D kan...teringin aku nak tgk ganas filem ni dalam aksi 3D.

Benicio Del Toro memang legend bilamana dia berlakon watak jahat tahap gaban. Begitu juga dengan aktor yang aku tak ingat nama dia, yang turut menjadi hero dalam filem Shoot Em Up, satu lagi filem lagenda yang aku nak juga tonton dalam versi 3D.

Frank Miller ialah penulis novel grafik yang senantiasa mendapat perhatian penerbit filem mungkin kerana tahap ganas novel grafiknya.

Filem ini penuh pelbagai elemen, ada elemen surprise, ada elemen horror dan juga dongengan tahyul tahap bukan-bukan.

Quentin Tarantino yang terkenal dengan sikapnya yang amat suka membikin sesuatu yang luarbiasa, berjaya mempelbagaikan citarasa dalam filem ini, pelbagai plot yang berjaya ditampilkan dan diadun dan disusun menjadi satu thread yang berjaya mengaitkan antara satu isu ke satu isu yang lain. Sesungguhnya Tarantino amat berjaya mengekalkan ketenangan dalam chaos yang terdapat dalam kesemua filemnya, dia berjaya membuat penonton tidak menyumpah seranah, sebaliknya tersenyum lebar sebaik habis menonton filem arahannya...

errrr???

Superman???


...Aku mula menjadi peminat siri televisyen ini setelah wife aku (pompuan ni banyak racun aku tgk filem-filem yang best) membeli season 4 siri tv ini. Sebenarnya aku kurang minat menonton siri tv pasca milenia sebab aku nampak banyak sangat propaganda US dalam kebanyakan siri tv...gone were the days bilamana siri tv legend seperti The Incredible Hulk, Quantum Leap dan siri tv seangkatan yang banyak mengajar zaman-zaman remaja aku menjadi seorang manusia yang suka berfikir dan penuh sifat empati di dalam diri.

Namun demikian, setelah menyaksikan episod premier musim keempat yang dibeli oleh wife aku, maka aku terus terminat pulak dengan siri ni sebab ia banyak elemen pemikiran yang cuba diselitkan, membuatkan aku berfikir...perlukah dunia memerlukan hero?

sebenarnya banyak mitos dan dongengan pagan yang cuba diselitkan di dalam siri tv ni, lagipun watak Superman ini ialah tempiasan dari mitos yahudi tentang The Perfect Man.

Siri tv ini secara terang cuba mempropagandakan tentang perlunya kita percaya dengan kehadiran seorang manusia hebat yang bakal menyelamatkan dunia...errrr....itu sebenarnya pandangan aku pada mula aku menonton filem ini...

namun demikian ia sedikit demi sedikit memudarkan pandangan dangkal aku kerana setelah aku mengumpul dan menonton dari mula sehingga akhir musim, sebenarnya ia adalah kisah perjuangan bagaimana untuk menjadi manusia terbaik...mana ada manusia sempurna dalam dunia ni? walaupun Tuhan menghidupkan kita sebenarnya amat sempurna, ada mak ada bapak (cuma Clark Kent aje tak ada mak dan bapak, menambahkan lagi spektrum dilema dalam watak Clark Kent itu sendiri)...tapi sebenarnya pada hujungnya kita sendiri yang menjahanam dan menserabaikan hidup kita sendiri...itulah yang cuba ditekankan oleh Jor-El, bapak Kal-el dalam siri ni...namun anak dia tetap bebal tak paham-paham...

sehinggalah pada akhir musim siri ini, akhirnya anak kepada Jor-El ni faham bahawa...

DALAM DUNIA FANA NI MANA ADA BENDA YANG SEMPURNA????!!!

3D??

Filem ini memang diadun dalam bentuk 3D...seriously, aku tgk movie ni aku pening...sebab movie 3D ni sebenarnya satu pengalaman baru bagi mata aku. Some wounds never heal...ini ialah filem slash/serial killer yang melampau...dinasihatkan parental advise amat perlu bagi siapa yang ada anak kecik, sebab filem ni memang menggerikan. aku sendiri pun tak boleh tidur malam sebab teringatkan filem ni...tengok cover bluray dia pun korang dah tau tahap mana horrornya citer nih...Wife aku adalah peminat filem slasher/serial killer, kau tanyalah siapa dia Freddy Krueger, Micheal Myers, Zodiac Killer, semua dia hapal...ganas betul bini aku nih...namun demikian kepada sesiapa yang expect filem ni se gah filem Halloween aku nasihatkan simpan laa duit tu tak payah la beli sebab filem ni bukan grand sangat pun...cuma part aksi "haiwan" nya yangt agak menggerunkan dan bisa memulaskan perut kerana...adui...susah mahu cakap...entahlah labu, aku pun tatau. Bini aku yang beli bluray nih sebab dia kata kalau beli lima biji bluray lagi murah, jadi aku bagi aje lah bini aku pilih...

Kenapa aku kata filem ni biasa aje? sebab pelakon dia bukan legend pun...semua fresh actor...jadi...faham-faham aje lah filem tahap grindhouse nih...


Aku Adalah Legenda!

...Isteri aku kalau ditanya filem apa yang menjadi kegilaannya, pasti dia akan cakap tiga filem ini dan franchise nya kalau ada - Resident Evil, Dawn Of The Dead (2004) dan I Am Legend...sebab apa? sebab dia kagum dengan watak wanita dalam filem-filem ni...kau bagilah dia filem apa pun, dia tetap akan stick dengan filem-filem ni.
Ini ialah filem yang menyatakan dengan jelas bagaimana tamadun manusia itu jahanam atas kehendak manusia itu sendiri, memetik firman Allah di dalam ayat Quran yang berbunyi - "Sesungguhnya Aku tidak mengubah keadaan diri mereka sehingga mereka sendiri yang mengubahnya". Filem ini amat keras mengkritik sifat manusia bila hilang kemanusiaan.
Namun demikian, sebenarnya jika kita lihat filem ini sebenarnya menyedarkan kita, dalam setiap bala dan bencana yang diturunkan baik di dalam filem mahupun di realiti sebenar, ternyata setiap kesulitan itu pasti ada harapan disebaliknya...
Filem ini menceritakan semangat seorang ahli ilmuan yang cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kemanusiaan dan berusaha sebaik mungkin untuk mengembalikan keadaan asal manusia yang diredhoi oleh Tuhan.

Dr Robert Neville, seorang peminat tegar Bob Marley, ialah satu-satunya manusia yang hidup dan immune dengan virus Krippin yang telah meng"cripple" kan tamadun kemanusiaan.

Filem ini memang membosankan sebab ia adalah filem keinsafan...ha ha ha! berapa ramai sangat manusia yang nak insaf? kan??

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...