Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Notting Hill...boy meets a famous girl...

satu-satunya filem yang selalu disuapkan ke dalam dvd player aku. entah kenapa aku pun tak tau, aku ni bukanlah seorang mamat bunga yang suka filem-filem cinta...errr...tapi ini bukan filem cinta...ini filem "antara dua darjat"...garapan karakter-karakter british dalam filem ini memang amat berguna untuk kita membuat kajian dan analisis tentang cara dan gaya hidup bekas penjajah...he he he!

okay enough about that.

hugh grant tetap dengan gaya selamba seperti dalam filem-filam sebelumnya, entah kenapa aku cukup meminati lakonan mamat british nih, dari two weeks notice sampailah bridget jones diary...lakonan dia memang...bersahaja.

filem ini dibuka dengan bebelan william thacker tentang diri dia, tempat tinggal dia dan bagaimana satu hari yang bersejarah telah mengubah hidup dia buat selama-lamanya.


aku yakin filem ni ialah modern version fairy tale yang akan mempengaruhi kita untuk berangan-angan..."kalaulah aku dapat kawin dengan orang yang famous"...

mungkin dari satu sudut cerita ni macam dongeng, tapi kekuatan filem ni yang membuatkan aku selalu menontonnya ialah dua karakter manusia yang amat berbeza, seorang artis terkenal yang hot headed dan gelojoh dan seorang lelaki kelas menengah yang simple, penyabar, kalut dan selamber (nilai yang seringkali digilai oleh perempuan-perempuan) ...melihat william thacker, mungkin dalam hati anna scott, dia fikir "aahhhh, so adorable, like a lost puppy this william guy", pertama kali apabila dia masuk ke apartment mamat tu untuk menukar baju...lantas...ha ha ha! gelojoh betul! tapi apa mau kisah itu budaya depa.

macam mana ye kalau seorang artis famous gila kat engkau? apa perasaan engkau? ha ha ha ha!

mesej dari filem ini yang aku amat terkesan sampai sekarang...bak kata anna scott dalam filem ni - "kemasyhuran tu tak ada makna, really"...ya! kemasyhuran, kehebatan tak ada makna sebab manusia akan menjadi lemah, hina dan merempat kerana CINTA! ha ha ha ha!!

DARKLY DREAMING DEXTER!





















Darkly Dreaming Dexter ialah sebuah novel antihero yang membolak-balikkan pemikiran dan pemahaman manusia tentang konsep - "the ends justify the means". Ia mengisahkan bagaimana seorang psikopath, yang mempunyai selera yang besar terhadap tubuh badan manusia, menjadi hero yang diangkat sebagai "penyelamat dunia".

Novel ini telah dialihsuai kepada sebuah franchise siri tv yang cukup menarik untuk ditonton dan diikuti, pada mulanya memang tak masuk akal sebab "hero" nya ialah seorang serial killer yang mengalihtumpu 'minat' terhadap "seni potong memotong" hanya kepada "Serial Killer", "Serial Rapist" etc...sesuai dengan tagline nya, "A Serial Killer With A Heart...Just Pray It Is Not Yours"

Dexter Morgan ialah seorang yang ahli dalam bidang "blood and guts", beliau amat meminati seni "pertumpahan darah" yang mampu membuatkan dia menjadi begitu aktif. Berhukum kepada "Harry Code", beliau amat berhati-hati memilih mangsanya dan amat licik memadamkan bekas-bekas "seni" nya itu.

Musim pertama siri tv ini bercirikan novel pertama karya Jeff Lindsay ini, memberikan latarbelakang yang cukup kuat tentang personaliti seorang psikpath dan bagaimana dia melempiaskan nafsu membunuhnya dengan cara yang amat "halal" (bunuh yang sekaum aje dengan dia)...

Dexter amat kuat memegang Harry Code sehinggakan dia tidak merasa bersalah sedikitpun membunuh abang kandungnya yang juga seorang serial killer pada akhir musim pertama...

Mamat ni tidak mempunyai perasaan langsung malah dia tidak boleh merasa apa-apa perasaan kemanusiaan, disebabkan minat dan kecenderungan yang amat mendalam kepada :seni: nya yang dipupuk akibat dari melihat maknya dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan drug dealer di hadapan matanya sendiri...

Aku cukup minat nak mengetahui perihal siri ini...errr...malam ni aku nak sambung second season nya...ha ha ha!!!

Dunia Misteri Mat Salleh?





Apabila elemen-elemen mistik, elemen ghaib dan elemen lakut dimasukkan ke dalam pemikiran bawah sedar manusia maka tanpa bantuan dan petunjuk ia akan menjadi satu "isme" yang menyesatkan...kekuatan ayat "siratolladzi na an'am ta'alaihim" (tunjukkanlah kami jalan yang lurus) di dalam surah Al Fatihah ialah petunjuk paling berkesan dalam memberikan jalan yang diberkati oleh tuhan.

Elemen mysticism, sufis, occultism ialah elemen-elemen yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang termasuk ke dalam elemen "dark side" jika tidak dimengertikan dengan betul...bahawasanya setiap orang yang mahu masuk ke dalam dunia mistik ini harus memegang sesuatu kalimah rahmat yang tidak pernah lekang dimamah zaman - Laa ila ha illallah!

filem ini ialah usaha orang putih untuk memahami elemen occultist, elemen sufi dan mungkin di zaman moden ini, elemen dari siri tv Heroes yang mempromosikan manusia-manusia X-Men yang boleh menembusi dinding, boleh terbang dan boleh time travel...

Terdapat banyak benda-benda yang tak masuk akal manusia dalam filem ni, ini bukan filem aksi yang ada banyak adegan tembak menembak mahupun adegan bunuh membunuh...ini cuma cerita dongeng yang mempersoalkan kemahuan manusia untuk menjadi "istimewa"...padahal manusia itu amat "istimewa" disisi Allah SWT. Kita mahu menjadi "istimewa" dengan kekuatan magic dan kekuatan tak masuk akal...inilah yang cuba disampaikan dalam filem ini...

Diakhir filem ini...

Umpama Mimpi Dalam Mimpi


...menonton wayang di pawagam ialah satu pengalaman audio visual yang amat melapangkan...menonton filem-filem absurd yang mempersoal realiti sekeliling ialah eskapisme yang lazat bagi aku.

Filem ini ialah filem lakonan Leonardo Di Caprio yang tetap ada elemen "homage" kepada filem gergasinya - Titanic ( you jump, i jump ). Memang Leonardo tidak boleh lari lagi dari bayangan filem gergasinya itu.

Elemen Oneiric dalam filem ini benar-benar mencabar pemikiran kita untuk mempersoalkan realiti kita...adakah sebenarnya kita bermimpi dan kita mengulang-ulang mimpi kita? (The Twilight Zone - episode : Shadowplay)...

Elemen action/espionage/who backstab who/mission impossible memantapkan filem yang berimaginasi tinggi ini. Kita dibawa melihat-lihat alam mimpi yang di cipta dari imaginasi fikiran seorang manusia, bagaimana dia menjadi "Tuhan" dalam mimpinya sendiri dan mampu mengubah alam mimpinya mengikut apa yang dia suka (tribute to The Matrix)...

Ini ialah filem klasik aku untuk tahun 2010...cant wait for this blu ray dvd...

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga...












































pompuan psiko dan seorang mak yang prihatin, siapa yang akan menang dalam perlawanan ini? aku yakin semua orang boleh menjawab soalan ini...ini ialah takdir semenjak azali.

Ini ialah filem psychological thriller, filem untuk orang berfikir dan meninjau jauh ke dalam akar dan umbinya...dan akhirnya menginsafi bahawa - "kita tiada kuasa, Allah juga ada kuasa". Sememangnya tak nampak jelas mukjizat dalam filem ni, tapi yang paling penting, seorang mak sanggup mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan anaknya, errr...adakah maknya buat begitu sebab dia rasa dia dah nak expired? atau adakah mak dia memilih untuk mensedekahkan jantungnya kerana dia telah mula mendapat tahu akan "konspirasi gelap" menantunya yang psiko itu?

Itulah hakikat kebenaran yang akan terlihat oleh mereka-mereka yang berfikir...

Awake...satu lagi karya klasik yang amat menginsafkan!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...