Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


A Debutante Ball...

The Filipinos belongs to a Malay race...really?

seperti biasa, bila kita menonton dvd, carilah hikmah pengetahuan kerana susah payah pengarah filem dia nak bikin filem yang boleh buat orang terhibur sambil berfikir..rasanya inilah satu-satunya filem Philippines yang bertaraf antarabangsa, mesej simple, tentang dunia, tentang keluarga, tentang perselisihan faham anak dengan bapak...

Kadang-kadang dalam keluarga tu ada laa black sheep atau kambing hitam yang selalu kena mark, biasa aje "fenomena seni" macam tu...seorang budak yang gila melukis kartun terpaksa melukakan hati bapaknya yang gila pulak nak anak dia jadi doktor....benda biasa, mak bapak mesti nak anak-anak dia ada something, jadi something...buat benda yang grand...nasib baik bapak aku sempoi! Live and let die...katanya.

dvd (err...VCD sebenarnya) ni memang seronok aku tonton sebab ia membuatkan aku ingat dengan bapak aku yang sempoi, terutama part dalam filem ni di mana bapak budak ni bertekak dengan budak ni pasal dia tak bagi budak ni pergi Cal Arts...pergghh...syahdu!

kengkadang, apa yang kita nak tak mungkin akan berlaku pada kita, mungkin benda yang kita nak dalam hidup ni bukan "true calling" kita...ada orang ditakdirkan menjadi posmen, menjadi penyapu sampah, menjadi superman dan menjadi ultraman (errrr...maksud aku berlakon filem jadi mende tu semua)...

tapi mungkin juga ada orang yang ditakdirkan menjadi...

Pintu Taubat Sentiasa Terbuka...


...Mungkin itulah kot mesej subliminal yang cuba ditonjolkan oleh pengarah filem essentrik yang cuba menjadi Tarantino, sekaligus cuba memasukkan elemen Pop Art di dalam filemnya...

Mula-mula menonton filemnya ialah bilamana aku terbeli VCD Janji Joni yang memang mempunyai kekuatan yang maha luarbiasa...mamat bernama Joko ni aku rasa mungkin seorang atheist atau mungkin seorang pemikir yang melarat...terdapat banyak bunga-bunga persoalan yang membawak kita mempersoalkan kewujudan kita sebagai manusia...

Filem keduanya (KALA) yang aku tonton bercerita gaya ala-ala Apokalips yang berlatarbelakangkan pemandangan kotor, jijik dan dangkal. Mamat ni suka bereksplorasi dengan essentrisiti nya dan mengupas topik-topik manusia yang jahat, mungkin juga peminat elemen expressionis agaknya?

Namun demikian bila aku menonton filem ni, membawak aku tertanya-tanya...apa benda yang ada disebalik pintu merah yang kecik tu?

aku yakin mamat ni pernah menonton filem indipenden yang bertajuk "Magdalena's Brain"...sialan betul.

bagi aku...yang suka dengan benda-benda neo expressionisme, yang mempersoalkan kulit, bukan isinya...ini ialah filem liburan hujung minggu aku...ha ha ha ha!!!

bukan semua orang boleh jadi hero...


kalau zaman mak bapak aku, depa kata filem Casablanca tu klasik...tapi bagi zaman aku, filem ni kot yang paling klasik...dah berpuluh-puluh salinan DVD nya aku beli (hilang, member pinjam, kena curi dll), dari mula salinan VCD pirate, sampailah ke salinan Bluray disc yang makin mengasyikkan.

aku terinspirasi dari filem ni sebab filem ni sejujurnya cuba membuka satu persoalan dalam diri manusia, kenapa kita perlukan hero dalam hidup kita?

Danny Madigan ialah seorang budak yang malas pergi sekolah, suka melepak di panggung wayang dan menonton filem kegemarannya...sebagai satu escapism dari realiti dunia sebenar yang macam sial.

Filem ni masa Schwarzenegger belum jadi Governor lagi, masa dia tengah meletup dengan filem-filem aksi "seram" nya...he he he!

filem ni jugak zaman aku "down and out"...zaman bangsat aku di Uitm...he he, kengkadang aku rasa aku faham perasaan budak yang bernama Danny Madigan ni, lantas aku pun tercari-cari hero aku sendiri...ramai jugak hero-hero aku dalam real life aku sendiri...tapi sekarang ni hero aku yang paling aku look up to...Steve Vai...he he he! sampai sekarang aku tak mampu main gitar macam dia...huhu!

ye lah...bila aku nak time travel balik ke zaman-zaman bangsat tu...aku tonton dvd yang macam ni...

semua orang perlukan hero, sebab kita tak mampu berdiri dengan sendirinya...dalam lain kalam...kita bukan TUHAN...ha ha!

Berasapsssssss...


ceritnya simple aje...bunuh orang.
dan dalam nak bunuh orang tu, macam-macam benda boleh berlaku...

Buddy Israel ialah seorang yang amat liat untuk mati...sampai abess filem ni dia tak mati jugak...

berkenaan dengan "player"...dalam mana-mana bidang semua orang nak jadi "PLAYER"...tak ada siapa nak jadi PLAYAR...

maka...

kedengkian demi kedengkian semakin menebal menghantui diri...chewwaaah!

filem-filem macam ni memang...sendiri mau ingat.

Destinasi Terakhir?

"Death doesnt take no for an answer"...

persoalan hidup mati ialah persoalan sejagat yang mampu mencetuskan idea yang pelbagai, ramai manusia bijak pandai yang mencari-cari rahsia di sebalik kenyataan - dalam hidup ada mati...orang putih juga yang lebih terdahulu menjumpai "al-hikam" disebalik rahsia - kenapa kita wajib MATI.

filem pertama ini bersituasikan kepada kemalangan kapalterbang yang katanya - berkebarangkalian 1 dalam 5 juta...

seorang budak sekolah telah "terbuka" hijabnya apabila dia sendiri menyaksikan bagaimana dia dan rakan-rakan sekelasnya MATI dalam kapalterbang yang mereka naiki...sebaik sahaja dia MATI, dia tersedar dan terus menggelabah...lantas panik dan terjerit-jerit.."the plane, it's gonna blow up, it's gonna blow up!"

maka dia dan sebahagian dari rakan sekelasnya pun "terselamat" dari MATI.

tidak lama selepas itu, seperti plot filem Jepun - The Ring...maka seorang demi seorang rakan sekelasnya yang "terselamat" di dapati MATI dalam keadaan yang cukup zalim dan sadis...

hikmah dari filem ini ialah, TAKDIR dan KETENTUAN itu telah TETAP semenjak AZALI lagi...

sejauh mana pun kita lari, tiap-tiap saat perjalanan kita bakal berhenti...

tapi aku agak PERJALANAN aku masih jauh lagi ni...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...