persoalan hidup mati ialah persoalan sejagat yang mampu mencetuskan idea yang pelbagai, ramai manusia bijak pandai yang mencari-cari rahsia di sebalik kenyataan - dalam hidup ada mati...orang putih juga yang lebih terdahulu menjumpai "al-hikam" disebalik rahsia - kenapa kita wajib MATI.
filem pertama ini bersituasikan kepada kemalangan kapalterbang yang katanya - berkebarangkalian 1 dalam 5 juta...
seorang budak sekolah telah "terbuka" hijabnya apabila dia sendiri menyaksikan bagaimana dia dan rakan-rakan sekelasnya MATI dalam kapalterbang yang mereka naiki...sebaik sahaja dia MATI, dia tersedar dan terus menggelabah...lantas panik dan terjerit-jerit.."the plane, it's gonna blow up, it's gonna blow up!"
maka dia dan sebahagian dari rakan sekelasnya pun "terselamat" dari MATI.
tidak lama selepas itu, seperti plot filem Jepun - The Ring...maka seorang demi seorang rakan sekelasnya yang "terselamat" di dapati MATI dalam keadaan yang cukup zalim dan sadis...
hikmah dari filem ini ialah, TAKDIR dan KETENTUAN itu telah TETAP semenjak AZALI lagi...
sejauh mana pun kita lari, tiap-tiap saat perjalanan kita bakal berhenti...
tapi aku agak PERJALANAN aku masih jauh lagi ni...
