Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Fear and Loathing In San Peng...


Johnny Depp memang sesuai berlakon watak-watak sewel...dan filem ni memang membosankan bagi penggila filem-filem komersial dan org yang tak suka berfikir, aku rasa filem ni layak dikategorikan sebagai road movie...the REAL road movie.


Benicio Del Toro pun okay gak, cuma watak dia ni redundant gila babi.


seperti yang aku cakap...filem ni bukan untuk pemicis-pemicis komersial.


ia bermula dengan cara yang paling absurd bagi sebuah filem...


dalam perjalanan depa ke Vegas dengan mission statement yang mengarut dan gila babi, terdapat terlalu banyak simbolik, hint dan kerja gila yang berlaku dalam kereta antik depa dua ekor ni, macam-macam kes, fitnah, huru-hara berlaku.
entAH! sampai sekarang aku masih tak faham...

“The” Deaths Of Ian Stone...jangan risau...aku tak salah eja!




Ian Stone adalah seorang pemain hoki ais yang cemerlang. Dia berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya bilamana tiba-tiba referee mengatakan, foul! Sebab masa dah tamat...bengang dengan referee tu, dia pun...bengang la! Tambah bengang bila kengkawan dia pun bengang kat dia.

Bila masa dia balik dari hantar “bini” (awek laa) dia dari hockey match dia, tiba-tiba dia terserempak dengan satu lembaga terbaring tgh jalan...maka dia pun keluar laaa dari kereta dia dan cuba nak tgk siapa yang terbongkang tu, belum sempat dia nak telefon...tetiba “benda” TU HILANG!

Dan itu adalah “kematian” pertamanya!!!

Ian Stone terpaksa “mati” lagi dan lagi dan lagi untuk mengetahui KEBENARAN yang hakiki bahawa...

Filem ini memartabatkan satu elemen dalam kehidupan manusia yang merupakan fitrahnya yang hakikat. CINTA adalah satu perkara yang asas dalam kehidupan manusia, ada pelbagai elemen CINTA dalam diri seorang manusia dan ia adalah elemen terkuat yang MAMPU MENYATUKAN hati-hati yang berselisih pendapat.
Filem ini adalah transisi, dari sifat kebinatangan kepada sifat kemanusiaan yang kenal erti kasih sayang, cinta mencintai dan sayang menyayangi.

Honey! I'm Home!



Pleasentville yang sebenarnya taklah berapa Pleasent sangat bila dah jadi kaler.


Filem ini mungkin low budget sebab hampir 70% dari kualiti gambar filem ini adalah dalam hitam putih. Ia mengisahkan tentang evolusi kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah dari masa ke semasa, dengan pemikiran yang semakin terbuka...maka banyaklah rintangan dan halangan yang terpaksa di hadapi.


Watak Tobey Maguire adalah seorang yang reserve, hidup di era slackers tahun 90an yang blurry, entah apa-apa dan nampak macam hilang hala tuju hidup. Bermasalah keluarga dan mempunyai seorang kakak yang hip dan chic serta cool, dia terpaksa menghadapi keperitan hidup dengan masalah mak bapak yang mengalami krisis rumahtangga menyebabkan kehidupan dia dan kakaknya terbiar.


Masa lapangnya dihabiskan dengan menonton televisyen dan mengikuti siri televisyen oldies, “Pleasentville”.


Hinggalah pada satu malam yang syahdu, ketika dia dan kakaknya berebut remote controller sampai jahanam...mereka didatangi oleh seorang tv repairman yang kebetulan “peminat” siri Pleasentville...and the rest is history. Tgk kalau nak tau! Ha ha!


Filem ni mengisahkan tentang dua era kemanusiaan yang amat berbeza, menyediakan elemen “surreal” sebagai premis untuk membandingkan era “tua” dan era “muda”. Siri televisyen Pleasentville ini bertindak sebagai “pemangkin” untuk menyatukan dua realiti (realiti tv?) yang amat berbeza...


Tobey dan kakaknya terperangkap dalam siri televisyen tersebut, menyebabkan berlaku beberapa perubahan pada diri mereka dan siri tv tersebut bertindak sebagai “provocateur” yang mengubah sikap dan attitude mereka.


Disini kita lihat bagaimana dua org manusia yang hidup di realiti “sebenar” telah berjaya mengubah konsep dan mengubah persepsi karakter dalam siri tv tersebut. Mereka seolah-olah seperti penyampai mesej yang cuba menyatakan pada karakter-karakter dalam siri tv tersebut – not everything is good in black and white!


Proses “kemasukan” mereka ke dalam “realiti” siri televisyen itu telah membuahkan beberapa revolusi dan telah menukar sedikit demi sedikit “warna” pada siri tv tersebut.


Apa yang menarik dalam filem ini, kita lihat bahawa golongan TUA, memang selalu menolak “revolusi pemikiran baru”. Satu contoh terbaik yang mampu memberikan kesedaran ialah, ketika sebelum watak Tobey Maguire dan Reese Witherspoon sampai ke “realiti” siri tv tersebut, kebanyakan buku (kitab?) dalam pustaka sekolah di Pleasentville itu blank...sehinggalah munculnya dua “prophet” (?) yang berasal dari REALITI SEBENAR yang berjaya mengubah hidup para remaja yang selama ini statik dan hanya perlu tahu benda-benda BASIC dalam hidup.


Mesej yang mahu disampaikan dalam filem ini ialah, untuk melihat perubahan...manusia harus di UJI dan di PROVOKASI sebelum mereka MENGENAL realiti kehidupan yang sebenarnya. Manusia bersifat dinamis, maju ke hadapan dan tidak statik seperti katak di bawah tempurung. Perubahan yang terus menerus tetap akan berlaku dalam tamadun kemanusiaan dan kita sebagai individu harus kuat untuk menerima perubahan itu dengan pegangan dan prinsip hidup yang mantap.

The King and the struggle to be heard


Aku dah lama simpan DVD Lord Of The Ring ni, dah dekat setahun...tapi tak pernah terlintas nak menonton sebab aku bukan suka cerita-cerita dongeng...judging from the character dan makhuk-makhluknya, memang aku yakin...ni cerita dongeng Pagan ni, tapi aku silap...


Semalam aku dah bosan, tak tau nak buat apa...tetiba ringan pulak tangan aku ambik DVD ni dan mainkan seround dekat DVD Player Apex aku tu. Hmmm...dah pukul 11 malam...mata memang dah ngantuk...tapi layan aje laaa...pertama kali tgk opening filem ni aku rasa macam...best aje! Pasal seekor Dark Overlord yang dah menzalimi makhluk-makhluk Tuhan dengan menjerat depa untuk merebut sebentuk cincin...hmmmm...hmmmm...hmmmm.

Setelah berkurun-kurun berlaku, Dark Overlord ni dah mengurniakan tiga bentuk cincin kepada witches dan warlocks...dan kemudiannya jadi tujuh bentuk bagi dekat org bawah depa, lepas tu ada sembilan lagi bagi kat kaum Elves, Manusia dsb. Semuanya ada 16 bentuk cincin, dan semua cincin tu dikawal oleh sebentuk cincin yang dipunyai oleh Dark Overlord Sauron...ha ha ha ha!!! Macam biasa dengar aje?

Tema filem ni berbentuk multiangle, banyak bentuk dan banyak sudut boleh dilihat, dari sealim-alim dan serendah diri seorang hobbit bernama Frodo yang ditakdirkan Tuhan sebagai seorang ringbearer sehinggalah sejahat-jahat manusia yang nak merebut cincin tu untuk kepentingan diri sendiri.

Filem ni bagi aku memang hebat sebab...tak sangka banyak elemen-elemen kemanusiaan, ketuhanan dan kesyaitanan disebatikan menjadi sesuatu yang dinamakan – HIDUP.
Dalam ramai-ramai watak yang meliputi sebentuk cincin tu, aku nampak watak Frodo ni misterius sikit sebab hanya dia aje yang boleh menahan godaan setan dalam cincin tu. Aku masih tertanya-tanya siapakah Frodo sebenarnya, apa kelebihan dia sampai dia dilantik menjadi ring bearer???

Yang paling aku suka...semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh rakan hobbit nya, Sam Gamgee...wow!

The Shepherd, The One Who Is Astray...and the one who pulls the trigger.


Aku suka Pulp Fiction, watak lakonan Samuel Jackson memang banyak berkait dengan hukum alam kemanusiaan. Dia meyakinkan aku melalui wataknya yang samseng, trigger happy dan tak kenal belas kesian bahawa...ada masanya kita kena give and take.

Sebenarnya tak ada salah kalau kita baca Bible, ada banyak pengajaran yang baik dalam kitab Bible, ia adalah umpama buku hadith pegangan umat Islam...SEBIJIK! Aku juga membaca Torah, yang dibahagikan kepada tiga kategori, Breshit, Nevi’im (Nephilim?) dan Ketuvim...yang salah kalau kita percaya dengan hakikat KEBENARAN bahawa Jesus Christ tu wujud. Walhal org Kristian punya Bible banyak berasaskan dari kitab Injil jugak.

John Travolta dan Samuel E Jackson membawa watak honcho kepada seorang yang bertaraf kingpin (cuma tak ada Daredevil aje) yang baru habis “membelasah” keparat yang telah menipu boss mereka. Mereka ni memang real punya mafia, jenisan shoot first ask questions later...tapi yang paling baik dan paling bagus aku tgk watak Samuel E Jackson ni, walaupun dia jahat tapi dia percaya dengan “nasihat” yang baik tertulis di dalam Bible antaranya surah Eziekiel 25 ayat 17 yang dibawanya macam dia membawa dirinya sendiri.

Filem ni, tajuk dia aje dah menunjukkan latar belakang seni yang dipergunakan, memang pening kepala sebab scene utama dia cuma berlaku dekat diner aje...tapi ketika John Travolta nak pegi ke jamban, ada adegan cut and paste yang memang tak in line dengan kronologi filem. So bila tgk tu memang ada blur-blur sikit.

Aku terharu dengan watak Samuel E Jackson yang prihatin dengan smalltime robber laki bini ala Natural Born Killer (filem Tarantula jugak!) sampaikan dia sempat mendakwahkan penyangak tu...memang sedih dan terharu aku tgk...seorang mamat yang membunuh, jahat macam setan...masih ada keinginan untuk “mengenal” Tuhan.

Sebenarnya itulah ceritanya...cerita dia sama cuma watak aje lain-lain...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...