Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


What If for the umpteenth of time!!!

Life is full of its normality that you should adhere to, and sometimes you are in for a big surprise!

Kau cuba bayangkan kalau kau ada di tempat misi nih, bangun pagi aje tetiba laki dia kena serang dengan budak pompuan yang dah disfigured dan laki kau mati tapi tiba-tiba laki kau hidup balik dan serang kau pulak! 

Mahu kau sakit mental jadinya!!!

I always have a deep profound respect for the film...sungguhpun perkara nih mungkin tidak menjadi kenyataan secara literalnya...namun sebenarnya George Romero ialah seorang manusia yang sangat profound dan deep dalam pemikiran sejagat kemanusiaan...dia membayangkan sikap manusia sebagai satu barah yang menakutkan!!

This is a depiction of what a human being will be if their humanity was stripped form their being. Dalam hidup kita, hari-hari kita jumpa manusia macam zombie, tak ada perasaan keprihatinan, the spirit is gone...eaten by a virus called apathy and greed!!!

Premis shopping mall memang merupakan satu hasil kajian kemanusiaan yang sangat genius dari Romero, dia membayangkan manusia sebagai konsumer, parasit yang akan menjahanamkan tempat tinggal dia sendiri sebab perangai manusia tu memang mcam virus!!

at the end of the day...your innocence is stripped from you and you have to act intelligently to survive...

be aware of these zombies around you! they exist!

The Twilight Zone!

This is one of the movies yang buat aku rasa macam best jadi manusia...bukan manusia yang jenisan jadi-jadian macam Robert Pattinson aka Edward Cullen nih. Membuatkan diri aku sangat blessed aku adalah manusia yang boleh memilih aku nak jadi apa, samada jadi setan atau jadi malaikat...you are free to choose!!!

Edward Cullen dan semua adik beradik "angkat" dengan mak bapak "angkat" dia belajar untuk terus hidup tanpa makan darah manusia...depa nih bertaraf jin yang telah kena sumpah akibat terlalu obses dengan hidup...

Filem nih ada tema besar macam mana manusia kena lawan dan kena struggle dengan pengalaman hidup, godaan, keinginan dan nafsu serakah yang membuak-buak dalam dada...

aku boleh rasakan/empati pada masalah keluarga vampire nih...depa nih bertaraf vampire kesayangan Tuhan yang cuba mengajar dan memberikan harapan pada manusia bahawa..."biarlah pada mata orang, kau adalah seekor vampire yang jahat yang lapar darah manusia, namun disisi Tuhan, kau masih ada perasaan "kemanusiaan" - holy spirit yang dibekalkan dek Tuhan kepada manusia-manusia suci, even vampire dalam filem nih...

Nilai kemanusiaan ialah satu nilai yang sangat besar, nilai itulah yang membezakan kau dengan vampire...errr???

Kalau kau jadi manusia, kau dapat merasakan satu perasaan di mana dalam kau berjuang menentang kesyaitanan, satu lagi elemen pilihan kau dalam memberikan nilai pada vessel kau, kau kena hadap juga bermacam-macam bapak setan dalam dunia nih yang akan buat kau marah, meracau dan rasa macam nak bunuh orang...

...dan nilai cinta sejati dapat dilihat dalam filem nih...bahawa taraf dan darjat kau tak ada makna kalau kau dah cinta...kau tak peduli dia siapa, bapak setan ke, apa ke...sebab kau tahu dalam hati kau, kau ada pilihan untuk berubah...walau sesesat mana pun kau...sesetan mana pun kau, Tuhan tetap akan memberikan kau ruang dan jalan untuk kembali kepada jalan yang benar...

err...aku tulis nih macam aku baik sangat...aku pun ada banyak bunga yang aku nak kena hadap dan jawab!!!

Sekian!

Antisocial!


Beware the Hero!!

katanya...

watak utama filem nih ialah seorang budak muda yang mengalami post traumatic stress disorder yang menyebabkan dia menjadi biol dan senget...

masa dia kecik dia nampak depan mata dia sendiri mak dia mati kena bunuh...dan bapak dia adalah seorang alkoholik yang sangat tegar...

dan budak ni menjadi begitu paranoid dan dia akan bertukar menjadi "hantu" apabila dia melihat benda-benda jahat di depan mata dia...

bagi aku ini ialah sebuah filem indipenden yang menceritakan tentang macam mana kau nak survive dalam hidup...

kadang-kadang setan-setan nih kena di ajau juga!!!

The Sunshine That Is Eternal...


Oh my darling, oh my darling, oh my darling Clementine, you are lost and gone forever, dreadful sorry...Clementine!

This is a kind of movie that should make you feel proud to have someone besides you who accept you as who you are...not who they want you to be.

Dua-dua manusia nih masuk air...yang pompuan nya sangat domineering dan yang lelakinya sangat lembik dan reserved...

bagi aku ini ialah antara wayang lakonan Jim Carrey yang aku tabik spring sebab dia sangat berjaya membawakan watak seorang loner yang susah nak accept kenyataan bahawa sebenarnya dia ada satu benda yang sangat special Tuhan dah bagi dia...dia terlalu emosi dan sebenarnya kalau dia tak buat prosedur "membersihkan" Clementine dari kepala otak dia, for sure Clementine akan datang balik kat dia...sebab Tuhan cakap - kalau dah jodoh tak ke mana!!!

Filem ini memberikan ketentuan bahawa...kalau pompuan tu dah memang kau punya, kau cuci kepala otak kau dengan Clorox pun dia tetap akan datang balik kat kau...sebab perasan manusia adalah satu benda yang sangat seni dan halus...opposite attracts memainkan peranan yang sangat besar dalam kejayaan sesuatu perhubungan...cheeewaaaaaahhhhh!!!

Aku melihat konflik Joel Barrish dan Clementine Kruczynski ni sebagai satu perkara yang sebenarnya merapatkan hubungan kau dengan awek/balak atau bini/laki kau...

opposite attracts  sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar dalam memberikan maksud bahawa...you are not perfect...you need your other half to complete you...

dan sebenarnya...

CINTA ITU BUTA!

Blessed are the forgetfuls because the get the better even when they blunders!

Ignorance is BLISS!!!

...dan dia pun melihat keseimbangan dirinya dalam diri perempuan itu...




...superb! absolute classics! beratus kali melihat filem ni memang memberikan satu inspirasi yang amat mendalam...ini bukanlah klise filem romantis boy meets girl or "just a girl, who wants to be loved by a boy"...ini ialah sebuah filem falsafah yang mengangkat minda menjadi lebih terbuka dan tidak klise dan berat sebelah...dan sememangnya - ...dan dia pun melihat keseimbangan dirinya dalam diri perempuan itu...

siapa dia William Thacker? Mak dia pun tak berapa ingat nama dia...Anna Scott? wow! sampai gambar bogel dia pun jadi pujaan! tapi yang menjadi tarikan filem ini ialah - opposite attracts.

Mungkin 30 tahun akan datang orang akan melihat filem ini seklasik filem Gone With The Wind (walaupun filem ini berat sikit mesejnya dan lebih bersifat sejagat). Filem ini bukanlah filem lekeh yang bercerita hal cinta tahap platonik tapi lebih berfalsafah sehingga mengangkat filem ini menjadi...satu benda yang amat menarik untuk difikirkan. Kita akan melihat dan memahami dua elemen yang berbeza dapat menjadi seimbang dan...sejati...errrr..???


sememangnya pepatah melayu - langit dan bumi bezanya, enggang tak sama dengan pipit dan macam-macam falsafah kasta yang berat, sebenarnya wajar dikaji dan didalami maksudnya...mungkin orang melayu ni sebenarnya bermaksud yang elemen berbeza ini sebenarnya bagai aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain...


yang penting kita menolak fahaman berkasta dan faham perkauman, barulah...1 MALAYSIA!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...