Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"Gallifrey Falls... ...No More


Seriously, masa aku tengah type pendapat aku untuk filem nih...aku tengah melayan Metropolis : The Miracle And The Sleeper...ada satu kekuatan dalam lagu nih yang menjadi petunjuk jalan buat aku...complete set...kalau nak membayangkan struggle kemanusiaan dalam satu lagu...ini lagu yang sangat baik buat rujukan...macam mana tatkala kau confuse, kau gelabah...kau give up dan kau rasa dah nak mati...kau dengar middle part lirik dalam lagu ni cakap - "Just keep my heart in your eyes and we'll stay alive"...seriously, this song grew on me!!! Mungkin aku kurang ajau kalau aku cakap nih...aku rasa Tuhan yang cakap dengan aku dalam lagu nih...Aduhai!! mampus!!!

Ini adalah sebuah filem untuk tv (special edition) bagi siri televisyen Dr. Who yang aku tak pernah ambik tau pun yang siri tv nih dah wujud berpuluh tahun daaaahhhh!! sama umur dengan francais Kamen Rider...errr...aku tengok masa nak ending filem nih aku nampak semua Dr Who dok posing beramai-ramai teringat pulak aku dengan Kamen Rider ha ha ha ha!!!

Sebenarnya tak ada benda serius pun pasal citer nih...citer nih memang pelik sikit macam citer kartun budak-budak...memang tak masuk akal...cuma aku tertarik dengan kemelut yang terpaksa dibuat oleh Dr Who versi pertama yang nak meletupkan planet kesayangan tempat tinggal dia...banyak pengajaran yang boleh diambil dari kejadian dalam filem nih...tak payah laa nak fikir logik ke tak logik elemen time travel dalam filem nih sebab akal kita memang tak akan sampai tahap faham punnn...yang paling asyik dan menyayat hati bilamana Dr Who dari past, present dan future masuk sekali dan membuat keputusan yang sangat drastik yang aku tak pernah terfikir pun benda tu akan berlaku...

Sebenarnya filem nih juga menasihatkan aku...macam seolah-olah Tuhan laaa nasihatkan aku..."apa benda yang kau buat kau jangan fikir implikasi yang akan berlaku...apa keputusan lepas tu kau terima aje...sebab hikmahnya hanya bijak pandai aje yang tau...kalau kau rasa kau bijak pandai...kau terima aje apa keputusan Aku"....ha ha ha ha!!

The only being that will always be there bila aku amarah, geram, violent dan kadang-kadang kurang ajau...ialah Allah Subhanahuwataala...sebab Dia memang akan sentiasa ada untuk aku...walaupun aku tengah bengong sekarang nih!! dok fikir court case untuk minggu depan...

Allahuakbar!!!

"I have a new destination. My journey is the same as yours, the same as anyone's. It's taken me so many years, so many lifetimes, but at last I know where I'm going. Where I've always been going. HOME, the long way round. "
—The Eleventh Doctor.


Metropolis watches and thoughtfully smiled, she's taken you to your HOME...

                         — Metropolis : The Miracle And The Sleeper.

and then...

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

"Yes Man!"


Ini ialah Jim Carrey yang sangat mild, sangat selamber dan tidak sakit mental aka violent outburst punya funny. ini filem pemberi semangat tatkala hidup macam sial...bila aku rasa aku macam sial aku tonton filem nih...

Ini filem pasal keagungan perkataan "yes" kepada semua benda...Carl Allen nih pada mula filem nih memang seorang yang loser dan lonely semenjak dia divorce dengan bini dia, dia rasa hidup dia macam sial. Dia mula menjauhkan diri dari kawan-kawan dan lama-mana dia rasa sangat sial...

Akhirnya kawan dia ajak dia join satu grup seminar yang memberikan nilai-nilai positif...dan semenjak dia masuk seminar tuh, hidup dia mula berubah...dia mula belajar untuk menjalani hidup yang lagi best, dia mula menjelajah kemungkinan-kemungkinan yang tak pernah dia lalui...dia belasah main redah macam-macam benda sehinggalah dia sudah masyuk dengan seorang awek yang sangat easy going...

dan dari filem nih...sebenarnya pemikiran positif mampu bawak kau pergi mana-mana kau nak!!!

JUST SAY IT!!!

YES MAN!!!!!

"phoenix rising from the ashes of cocaine and heroine...an indonesian incident!"


Ini ialah bluray penghasilan Deep Purple yang amat keren, mengandungi sessi temuramah arwah Jon Lord dengan Glenn Hughes bercerita tentang kisah depa masa main band dan pelbagai tragedi dan kisah sedih duka pilu seronok high yang depa lalui dalam menerajui Deep Purple Mark IV selepas Ritchie Blackmore blah dari band tu sebab dia tak tahan dengan funk/soul music bawaan David Coverdale.

Bluray ini juga menampilkan satu satunya konsert Deep Purple bersama gitaris Tommy Bolin yang dah arwah tak lama lepas tu sebab overdose...dari segi permainan dan setting konsert aku rasa tak berapa best sebab mamat tuh terpaksa main gitar dengan barre chord sebab tangan kiri dia kebas akibat tertidur atas tangan sendiri...ha ha ha...bagai bagi laaa...

Yang paling menarik dalam kompilasi blu ray nih ialah sessi temuramah arwah Jon Lord dengag Glenn Hughes, memang asyikkkkk...depa citer pasal live after Ritchie Blackmore dan macam mana band tu dah dirosakkan oleh David Coverdale sebab band tu dah tak tulen macam masa Ian Gillan menyanyi dengan depa...bapak Coverdale nih memang gitu...dia nih sangat kemaruk dengan blues elemen funk/soul menyebabkan arahtuju Deep Purple secara muzikal masa tuh dah macam gampang...dan akhirnya Coverdale bawak jugak konsep muzikal dia dalam band syok sendiri dia...Whitesnake.

Paling tragis depa citer pasal masa depa bikin konsert dekat Indonesia, dah laa kena kapur dengan promoter, kawan baik depa mati katak kena bunuh dengan Indon...sialan!!! depa main konsert masa malam kedua set depa dengan hati yang sedih dan terkilan sebab kawan baik depa mati kat tempat orang...sumpah Jon Lord tak kemaruk nak main kat sana lagi...mati hidup balik pun dia tak mau....

Glenn Hughes juga menceritakan zaman-zaman kokain dia yang sangat asyikkk...menyebabkan dia kena BiPolar Mood Disorder...selambeerrrrr....

after all...it is just a rock n roll band, right???!!!

"kadang-kadang ego kau lebih besar sampai kepala kau berat nak bawak!"


Filem ni ada bau bau bacang dengan The Devil (El Diablo??) Wears Prada sebab citer dia macam sama aje? Citer pasal manusia kepala besar sampai degil nak mampus rasa diri hebat macam Primadonna!!

Filem nih juga cerita pasal semangat  jitu dan keras serta tak nak mengaku kalah dengan keadaan...seorang awek yang merupakan editor news / yak show yang baru aje hilang kerja akhirnya diberi peluang kerja dekat satu tv station yang ada masalah dengan siri yak show depa...

Seriously, aku tengok watak Mike Pomeroy tuh aku rasa macam biasa jumpa aje manusia-manusia yang macam nih...berlagak bagak macam bagus, orang lain salah, bodoh, bangang, dia aje yang betul...sebab ramai manusia macam ni lah laman twitter, facebook dan laman sosial lain bergegar dan riuh rendah dengan kebangangan depa...termasuk aku ha ha ha ha ha!! Pompous self made asshole laa katakan!!! 

Errr...seriously tangan aku gatal nak main Grand Theft Auto V, tapi tak ada laa pulak aku nak update kat twitter aku...come on, get a life laaa  assssssssssss...qwipe!

Sesungguhnya ini filem klasik aku juga!!! ha ha ha ha!! nasib baik Robert De Niro tak pegang watak Mike Pomeroy tuh...kalau tidak...memang jadi bahan aku nak usik bini aku ha ha ha ha ha!!!!

"this film is about hope ---- (crowd roared, and then Plant says 'Shut Up!!!!")


Dua malam nih sempena Tahun Baru Cina yang selalunya sangat memekak di rumah aku, aku dengan wife serta anak aku akan lepak dua tiga malam dekat Pullman Hotel, biasanya kita orang akan dapat extra discount sebab dah biasa lepak kat sana...Tahun Baru Cina, Raya Melayu, Raya Hindu kita orang mesti lepak kat situ...ha ha ha!

Masa aku tengah kemas beg, aku cari dan belek beberapa keping bluray untuk aku bawak sekali...bosan gak duduk bilik hotel tak ada hiburan...aku bawak bluray di atas sebagai bahan hiburan aku tatkala bosan kat bilik hotel...kita orang anak beranak memang tak boleh duduk rumah masa Tahun Baru Cina nih sebab memang anak aku cukup takut dengan bunyi-bunyian mercun menghalau segala mak bapak datuk nenek hantu dan setan...kata depa laaa...

Bila aku tonton filem nih balik...aku mula berfikir...filem ni sangat menarik kerana secara surreal (realiti yang kalut) nya filem nih semacam memberikan harapan dan analogi kepada kehidupan sebenarnya manusia yang sikit demi sikit telah hilang nilai kemanusiaan dan merudum nilai moral dan sikit demi sikit jugak bertukar menjadi zombie pemakan makanan kurang berzat dan tak ada vitamin...analogi jugak kepada sifat manusia masa kini yang suka "makan" satu sama lain...hilang arah tuju hidup dan "mati dalam hidup" - tak ada roh suci lagi.

Sistem yang dibuat oleh Tuhan nih sebenarnya sangat logik....walau dalam filem sekalipun sistem ini mampu digunapakai...Tuhan dah jadikan manusia nih bersifat terkehadapan dalam apa sahaja benda di dunia nih...manusia ada kepala otak dan boleh membezakan yang baik dengan buruk dan boleh memilih nak jadi hantu (zombie??) atau nak jadi orang...dan filem ni memberikan analogi yang sangat baik bagi sistem itu.

Seorang zombie bernama "R" (Robert Pattinson kottt??) telah mula merasakan "hidup" dia ada masalah sebab tiap-tiap hari dia dok buat rutin yang sama. Walaupun mamat nih tahu dia dah mati...dia mula mencari "makna" dalam hidup selepas mati dia nih...maka ketika dia merayau-rayau dengan member baik dia "M", dia sudah serbu satu farmasi dan menjamu selera dengan rakusnya hinggalah dia berjumpa dengan "makna" baru dalam hidup selepas mati dia tuh...

...macam mana awek bernama Julie nih berjaya membuka mata "R" dari menjadi seekor zombie yang rakus kepada seorang manusia yang kembali (revert) kepada naluri rohnya yang satu...iaitu menghargai apa yang dinamakan "CINTA"...ha ha ha ha!!! 

Kat sini kita dapat melihat satu REVOLUSI yang berlaku tanpa pertumpahan darah, zombie -zombie yang merupakan geng baik "R" nih satu demi satu mulai mendapatkan kemanusiaan depa balik dan akhirnya kembali ke jalan yang benar.,.

Aku pun berharap jugak agar kemanusiaan zaman edan yang semakin rosak dengan pemimpin korup (Boneys???) kakitangan kerajaan yang gila kuasa dan salahguna kuasa, makan rasuah nih dapat berubah dan berubah ke arah kebaikan macam zombie-zombie dalam filem nih...eerrrr....kengkadang aku rasa aku nih macam idealistik sangat laa konon...

tapi, secara telus...aku sangat suka tonton filem nih...dan aku menitikkan air mata dua tiga titik sebab terkesan dengan filem nih...

Manusia macam setan yang nak berubah kepada fitrah yang lebih baik...

but who's buying it???

DAMN!!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...