Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Frequently Asked Question About A Species Called Nerd


Ada satu citer pasal time travel / parallel universe yang sangat legend di U.K., iaitu Dr Who. Filem ni lebih kurang sama macam Dr. Who cuma tak ada phone booth untuk depa travel ulang alik in time tapi depa travel in time melalui sebuah pintu jamban yang sangat...

Filem ni macam filem British yang lain, dok gebang pasal benda-benda mengarut dan tak masuk akal...citer pasal sains fiksyen, bla bla bla...lepas tu tiga ekor nerd / imagineer nih meracau keluar masuk jamban dan masuk ke aliran masa yang berlainan!

...lepas habis dok gebang pasal time travel...tetiba depa masuk alternate universe pulak!! 

ha ha ha ha ha!!!

...kalau Tuhan dah bosan dengan kita tetiba dia hantar anjing dari syurga untuk jahanamkan manusia...how???


Ini ialah sebuah filem yang sangat ambitious...filem ini menyuruh kita berfikir di luar kotak...lupakan dengan penantian seorang messiah dari langit untuk membetulkan keadaan, lupakan tentang salvation...lupakan lah semua tu...tak ada maknanya kalau Tuhan dah angin dengan kau satu badan (perumpaan sahaja ya?) maka apa kau nak buat lagi?? langit mana lagi kau nak lari? dimensi mana lagi kau nak blah?

Inilah sebuah filem yang mempunyai nilai calm before the storm, dari elemen chaotic pra apokalips yang menyentuh jiwa dan perasaan yang ketakutan, kepada satu pengharapan tak sudah sebuah kemanusiaan yang minta untuk dimengertikan sewenang-wenangnya...

ini filem yang minta kita berfikir sejenak...kenapa agaknya syaitan yang terlaknat itu disumpah dan dilaknat sehingga akhirat?? Inilah yang cuba digarap dalam filem ini...sebenarnya bukan manusia aje kena test, malaikat pun kena test jugak dalam filem nih...yang peliknya filem ni memperakukan kebencian orang kafir dengan malaikat Jibril, sebab kat mana-mana filem yang ada cerita pasal malaikat (kecuali filem Dogma, karya View Askew) selalu akan mengumpat dan mengutuk Jibril sebagai seorang malaikat yang sangat moronic dan zalim. Aduhai...

Ini filem tentang kemanusiaan dan harapan, walaupun kau tak nampak Tuhan, kau tetap percaya dengan Tuhan walaupun nampaknya hidup engkau macam tak ke mana aje...itulah kadang-kadang kita kena mencari yang "didalam" tu yang kita tak kenal...sebab essence kepada keadaan kita sebenarnya tertakluk kepada apa yang ada "didalam" itu...ha ha ha ha!! bak kata Steve Vai - Under It All, It is just flesh and bones!"

kau tak terfikir ke>>>>>>>>>>kalau Tuhan dah bosan dengan engkau, dah lama dia jahanamkan engkau dan dia ganti dengan yang lain...itu semua simple laa bagi Tuhan...dia boleh buat semua laaa...
'


dan akhirnya, siapa yang menang???

"orang-orang yang tunduk dengan Tuhan".

"buckle up your seatbelt Dorothy, because Kansas, is going bye bye"


Seorang budak perempuan bernama Dorothy Gale mempunyai daya imaginasi yang sangat tinggi dan belajar banyak perkara tentang "the essence of life" dalam pengembaraannya di dunia Oz.

Aku sebenarnya baru mengenali filem nih itupun sebab aku sangat meminati petikan solo gitar dari grup Impelitteri yang sangat sayu dan mahsyuk bunyinya...dari lagu cover itu aku cari di mana sebenarnya lagu ini mula dinyanyikan...rupa-rupanya penyanyi asal lagu nih ialah pelakon dalam filem ni haa ha ha ha! gitu rupanya!

Sekali lagi filem ini atas daya usaha Wizard Of Oz, menyedarkan kita bahawa rupa luaran itu bukanlah penentu siapa kau...sebab engkau sebenarnya berfitrah semenjak azali sebagai satu makhluk yang sangat diverse dan punyai semangat untuk mengenali dan mempelajari sesuatu.

Banyak benda boleh dipelajari dari watak Scarecrow yang tak ada otak (yang sebenarnya satu sindiran sarkastik kepada manusia yang ada otak/akal tapi tak mau guna), Tin Man yang tak ada perasaan/hati (tapi masalahnya dia sedar yang dia tak ada perasaan...ha ha haha!) dan Cowardly Lion yang sebenarnya ikut cerita Oz The Great And Powerful, pernah kena sergah dengan Oz maka jadilah dia singa penakut sampai sekarang ha ha!!

Makanya banyak benda kita mampu belajar dari watak-watak ini...dan akhir sekali...

"there is no place like HOME"



Impelitteri membawa aku kepada lagenda Dorothy Gale dan Wizard Of OOO's nya.


Sebelum aku cerita pasal filem nih aku nak cerita pasal satu band yang aku dengar zaman aku sekolah dulu - Impelitteri. Band ni ada cover satu lagu dari filem "The Wizard Of Oz" yang sangat asyik mahsyuk..."Somewhere Over The Rainbow". Seriously, bilamana aku mendengar lagu tu aku terus usha bluray asli The Wizard Of Oz dan aku tonton...

...dan setelah aku menonton filem 1939 tuh, baru aku tonton filem ni pulak...ini ialah filem ala-ala Hikayat Umar Umaiyyah yang aku baca zaman aku sekolah menengah dulu...seorang penipu, pendusta besar akhirnya jadi hero dan diangkat menjadi raja.

 Oscar Zoroaster Phadrig Isaac Norman Henkel Emmannuel Ambroise Diggs ialah seorang ahli silap mata yang penuh tipu muslihat. Dia selalu membohong dan menipu sehinggalah dalam satu aksi pertunjukan silap matanya, seorang budak berkerusi roda berjumpa dengan dia dan meminta dia membuatkan budak itu berjalan seperti orang lain. Malangnya Oz sendiri tahu dan sedar dia seorang penipu maka dia pun larilah dari budak itu. Akhirnya dia diligan oleh seorang wrestler dalam sarkis tu sebab sudah "screw" bini wrestler tuh...

...dan seperti biasa, manusia ni apabila kesusahan barulah dia mahu ingat Tuhan. Itu resam manusia lah kan?

dan akhirnya sekali dia tercampak dalam satu dunia yang lain dari dunia dia...

Filem ni mengajar kita mengenali bahawa apa yang orang nampak di luar diri kau, itu ialah satu pembohongan dan penipuan. Kau boleh mengkosmetikkan rupa sebenar kau dan kau boleh berlakon macam-macam dan boleh jadi munafik. Tapi kau tak boleh ubah apa yang ada dalam diri kau...fitrah semulajadi kemanusiaan kau yang tulen dan jitu...aku yakin filem ini berjaya menyedarkan aku bahawa, luaran itu hanya satu penipuan...yang kat "dalam" tu kau tak boleh tipu...

dan akhirnya Oz berjaya dunia dan "land of oz" nya!!!



seriously...time traveller's wife the british version!!!


Secara jujur bercakap...kalau Allah Taala membuka pintu hijab dan pintu-pintu dimensi yang kecik umpama "wormhole" jadi-jadian macam apa yang dapat dibuat oleh mamat bernama Tim Lake, bapak dia dan semua keturunan sebelah lelaki dia...maka apa gunanya hidup ni lagi? Semua boleh diubah dan ditentukan dengan sekelip mata!

Time Travel ni biasanya mainan kartun Doraemon dan tak ada fungsinya dalam kehidupan manusia...baka kata Mus Wings dalam lagunya - "jika kau tahu rahsia hidupmu, rahsia nasibmu, esok yang mendatang, apakah kau nantikan lagi?"

...dan inilah sebenarnya nasihat dalam filem ini...berusahalah untuk menerima ketentuan hidup kerana Tuhanmu membuatkan hidup ini sangat indah walaupun sebentar sahaja.

dan akhirnya...apakah yang kita nantikan lagi???

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...