Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


...Dalam dunia ni darjat manusia berbeza-beza

Dalam hidup ini ada orang yang "kaya" yang melebihi orang kaya yang ada duit berjuta-juta...kaya budipekerti, kaya akhlak...memikirkan hal ehwal orang lain dan prihatin dengan keadaan sekeliling ialah kaya yang diredhoi Tuhan semesta alam.

Amal Kumar ialah seorang pemandu rickshaw yang sangat jujur dan sangat berbudi pekerti mulia...dia sangat prihatin dengan keadaan disekelilingnya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk orang lain.

Sehinggalah akhlak baiknya itu menarik hati seorang jutawan kaya yang tercari-cari "kekayaan" hakiki dalam diri seorang manusia yang bernama Amal Kumar ni.

Namun demikian filem ni amat meyakinkan bahawa kedudukan dan martabat manusia itu disisi Tuhan bukan hanya sekadar nilai wang ringgit dan hartabenda, tapi dari segi nilai "kemanusiaan" yang tak akan pernah padam selagi ianya masih ada dalam hati dan jiwa manusia-manusia mulia yang seperti lilin menyinari kehidupan dunia dengan kebaikan dan good will.

Ini ialah sebuah filem yang sangat baik untuk ditonton...

Tidak Segah Titanic 3D tapi satu lagi kisah cinta yang suci...

Aku respek filem ni sebab filem ni juga mengupas persoalan tentang cinta, pengorbanan dan kasih sayang. Bagaimana seorang mak begitu kasih dengan anaknya yang mengidap penyakit yang kronik dan sanggup "membunuh diri" dan mendermakan jantungnya untuk digantikan dengan jantung penderma yang dah kena sabotaj dek bini anak dia yang memang psiko tak hengat tu?

Kasih sayang seorang mak yang tegar memang tak dapat dikalahkan oleh apa-apa jenis kasih sayang pun. Aku ada anak dan aku tahu perasaannya...walaupun anak aku masih kecik tapi bila aku tengok anak aku, aku rasa macam aku nak bagi dunia ni kat anak aku sebab apa? mungkin sebab aku bersyukur atas sambungan talian kasih sayang yang Tuhan dah bagi pada aku...itu yang kadang-kadang aku tak paham kenapa seorang mak dan bapak sanggup mendera dan menyeksa anaknya, macam bapak pada watak Hayden Christiansen ni yang kaki todi dan kuat minum arak.

Filem ni menyambung maksud pengorbanan dan bilamana seseorang itu ikhlas dan tawadhuk dalam mengasihi dan dikasihi akan tidak nampak lagi kesusahan mahupun kepayahan di hadapannya sebaliknya merasakan satu bentuk kesempurnaan hidup atau euphoria sekiranya dia dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang yang dikasihinya.

Seperti watak mak kepada Clay Beresford ni yang sememangnya dah tau yang menantu dia memang psiko dan gila namun tetap tidak menghalang niat anaknya untuk berkahwin dengan perempuan gila tu (cinta itu buta) dan sudah bersedia untuk mengorbankan hidupnya untuk anak yang sangat-sangat dikasihinya itu.

Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang merbahaya membuatkan kita sendiri lupa kepada diri sendiri dan sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain. Itulah cinta azali yang sudah dibekalkan Tuhan kepada kita macam watak mak kepada mamat nih...

Insaf aku menonton filem nih...

Back To Back...rock kapak dengan rock kembang(!)



Ada dua dvd aku nak ulas malam ni, sebab aku rasa dua-dua dvd (mungkin bluray sebab aku ada dua edisi dvd dan bluray, mana-manalah!) ni tergolong dalam genre muzikal dan dua-dua filem ni mengagungkan zamannya sendiri.

Watak Danny Zucko dan Sandy Ollson ni memang mirip dengan watak Sherrie Christian dan Drew Boley dalam filem Rock Of Ages, cuma yang menariknya era yang direpresentasi oleh watak-watak ni amat berbeza namun auranya lebih kurang sama aje. Kalau filem Grease membawa kita mengalami zaman 50an dengan rock kental ala The Shadows...mungkin Rock Of Ages akan membawa kita menghayati dan memahami era rock kapak dengan rambut menggerbang dan pakai leotard sampai nampak pungkok tak hingat.

Kekuatan kedua-dua filem ni ialah lagu-lagu yang dibawakan memang segar malar dan menggamit nostalgia mereka yang pernah berada pada zaman tu.  Mungkin aku fahamlah muzik rock kapak 80an sebab aku memang lahir di zaman tu dan hidup pada zaman tu, tapi bila menonton filem Grease ni aku dapat rasakan bahawa aku pun lahir zaman tu jugak sebab kekuatan lagu-lagunya. Aku masih ingat lagi laa bait-bait lirik lagu Summer Nights yang biasa aku dengar masa aku kecik-kecik sebab filem ni pun wujud zaman lewat 70an.

Filem Rock Of Ages ni memang sinonim dengan aku la rasanya sebab aku memang hidup zaman rock kapak ni dan lagu-lagu dalam filem ni semua aku hapal, jangan kelentong laa kalau nak cakap pasal hal rock kapak 80an dengan aku, semua aku hapal dari Poison sampailah ke Warrant, semua celah gigi aje tu. Apa yang menarik lagi pada filem ni ialah seperti filem Grease, ia merakamkan kemelut dan peristiwa penting yang berlaku pada zaman tu seperti PMRC, drugs sex and rock n roll dan paling best - boy band!

Aku yakin filem ni akan mencapai tahap klasik sama macam filem Grease dan aku rasa anak aku dah umur 20 tahun nanti confirm akan respek filem ni macam mana aku respek gila babi dengan filem Grease yang memang bagi aku antara muzikal lewat 70an yang memang mantap dan bertenaga!!

Sekian, terima kasih!

Tenggelamnya Kapal Titanic Dalam 3D

Filem yang blockbuster ni memang epik sungguh! selama lebih kurang tiga jam aku tonton filem ni dan merasa sayu diakhirnya.

Ini bukan filem cinta yang abadi, seperti mana sangkaan semua orang. Ini ialah filem yang bersyarah dan memberikan contoh terbaik tentang erti sebuah pengorbanan. Apa yang sanggup kita lakukan untuk orang yang kita paling sayang.

Jack Dawson hanya kenal Rose Dewitt Bukater beberapa hari aje namun logikkah dia boleh cintan maut dengan perempuan tu?

Inilah perkara yang membuatkan kita berfikir, apa intian dan prinsip kemanusiaan yang kekal jitu dan tulus ikhlas.

Filem ni menyatakan bahawa segala takdir yang berlaku itu telah ditentukan dan Tuhan tu sebenarnya amat pemurah dan pengasih sayang.

Macam mana seorang mamat yang serabai boleh menjatuhkan dirinya kepada seorang perempuan? Apa yang dia nampak pada diri perempuan tu? Walhal dia baru aje kenal perempuan tu?

Maka disini kita akan dapat mencari jawabannya...hati yang tulus ikhlas dan tetap ingat kepada segala yang ikhlas akan dapat melihat dengan lebih jauh sepertimana kata-kata terakhir Jack Dawson kepada wanita pujaannya yang dia baru kenal dua tiga hari tu - "you will die an old age"....

Kadang-kadang susah mau percaya tentang apa yang dinamakan CINTA SEJATI...perlu ke kita kenal dan kononnya nak kenal hati budi dan mungkin (rupa paras) bertahun-tahun baru boleh betul-betul jatuh cinta?

entah? Cinta ni memang sesuatu yang pelik dan filem ni menjelaskan CINTA boleh jadi pelik kalau duduk sekapal dan kemudian kapal tu nak tenggelam...hayatilah cinta sebenar yang ada dalam filem ni...cinta yang tak mengenal darjat mahupun keturunan...itu baru cinta suci ha ha ha ha!!!

Dua filem zombie dalam satu malam...

Juan Of The Dead ialah satu filem satira yang mengkritik dunia ketiga atas sikap dan mungkin juga menjadi cermin kepada kita untuk lebih produktif dan proaktif.

Ini digambarkan dalam semangat dan usaha Juan dan rakan-rakan untuk terus hidup dan berusaha walaupun sebenarnya dunia dah nak kiamat sebab majoriti para zombie telah melebihi manusia waras dan sempurna.

Ini ialah sebuah filem ringan yang penuh bermesej, dalam gelak-gelak tu kena ingat walau macam mana suey pun keadaan, walau macam mana korup pun kerajaan, namun jangan patah semangat, usaha dan kerajinan itulah yang menjadi garispanduan untuk hidup.

Semangat dan perjuangan dalam diri Juan adalah satu aspirasi yang mampu menarik minat kita untuk berfikir

Mungkin ini ialah Shaun Of The Dead part two kerana jarang ada filem British yang mengambil zombie sebagai premis untuk filemnya.

Seperti juga filem Juan Of The Dead, ini ialah sebuah filem kelakar dan lawak yang sebenarnya banyak memberikan buah fikiran yang berguna amat.

Berkisar tentang dua rakan baik yang membikin rancangan mahu merompak sebuah bank ala-ala Lock Stock and Two Smoking Barrels, yang akhirnya rompakan mereka berakhir dengan penuh tragis dan menggelikan hati.

Ini ialah antara filem Inggeris yang amat berjaya sebagai sebuah filem hiburan ringan yang amat menghiburkan.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...