Ini bukan filem cinta yang abadi, seperti mana sangkaan semua orang. Ini ialah filem yang bersyarah dan memberikan contoh terbaik tentang erti sebuah pengorbanan. Apa yang sanggup kita lakukan untuk orang yang kita paling sayang.
Jack Dawson hanya kenal Rose Dewitt Bukater beberapa hari aje namun logikkah dia boleh cintan maut dengan perempuan tu?
Inilah perkara yang membuatkan kita berfikir, apa intian dan prinsip kemanusiaan yang kekal jitu dan tulus ikhlas.
Filem ni menyatakan bahawa segala takdir yang berlaku itu telah ditentukan dan Tuhan tu sebenarnya amat pemurah dan pengasih sayang.
Macam mana seorang mamat yang serabai boleh menjatuhkan dirinya kepada seorang perempuan? Apa yang dia nampak pada diri perempuan tu? Walhal dia baru aje kenal perempuan tu?
Maka disini kita akan dapat mencari jawabannya...hati yang tulus ikhlas dan tetap ingat kepada segala yang ikhlas akan dapat melihat dengan lebih jauh sepertimana kata-kata terakhir Jack Dawson kepada wanita pujaannya yang dia baru kenal dua tiga hari tu - "you will die an old age"....
Kadang-kadang susah mau percaya tentang apa yang dinamakan CINTA SEJATI...perlu ke kita kenal dan kononnya nak kenal hati budi dan mungkin (rupa paras) bertahun-tahun baru boleh betul-betul jatuh cinta?
entah? Cinta ni memang sesuatu yang pelik dan filem ni menjelaskan CINTA boleh jadi pelik kalau duduk sekapal dan kemudian kapal tu nak tenggelam...hayatilah cinta sebenar yang ada dalam filem ni...cinta yang tak mengenal darjat mahupun keturunan...itu baru cinta suci ha ha ha ha!!!
