Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Shock Rock!

A Shock Rock indeed!! ini ialah filem di mana belum ada kesan khas canggih mahupun kesan khas yang hebat. Filem ini ialah filem independent yang akhirnya dibeli oleh syarikat besar kerana nilai estetikanya yang melampau!!

Ada apa dengan Evil Dead??
 
Ada teknik stop motion, darah, darah dan darah!!!

kenapa filem ni klasik? 

sebab filem ini diarahkan oleh pengarah lagenda berdarah yahudi yang excellent...







apa lagi yang best tentang filem ni?
kereta klasik muscle car yang digunapakai sehinggalah ke filem box office Sam Raimi - Spiderman!

Bruce Campbell ialah lagenda filem seram dan tetap menjadi pujaan hatiku!

Suckerpunch, or Sucker Punch? You Decide!

Filem "Dawn Of The Dead" versi Zack Snyder ialah filem kegemaran isteri aku sampai bila-bila, dia sanggup menonton dvd filem tu sampai berhari-hari kerana terkesima dengan "realiti" ZOMBIE yang diperbuat oleh Pengarah Filem Aksi ini, hasil karya Zack Snyder ialah semestinya out of this world...

Suckerpunch ialah satu lagi filem hebat karya Zack yang mampu menyampaikan mesej dan memberikan satu persepsi baru  tentang realiti dan bagaimana sebenarnya realiti itu cuma ada satu...realiti dengan tuhan.


teruja memahamkan epilogue di cerita ini dimana watak utama mengatakan dan menyimpulkan dari adventure tiga suku mereka bahawa - di realiti mana pun kita sebenarnya yang menentukan siapa diri kita sebenarnya ialah - DIRI KITA SENDIRI - now fight!


Filem ini disampaikan dalam realiti yang digabungjalin dengan fantasi dan dunia sebenar yang meyakinkan kita bahawa di setiap kesusahan pasti ada kemudahan - (surah al insyirah)...


apa mesej filem ini? tontonlah wahai orang-orang yang percaya dan YAKIN lah...

live...and almost famous!



ini kali pertama aku menulis blog sambil menonton dvd...errrr...what shall i say it? live review? ha ha ha! pi mampusss...aku tulis apa aku mau tulis (no pun intended)...


ini filem zaman aku memulakan hidup aku sebagai seorang penulis (pengkritik?) untuk sebuah majalah hiburan picisan yang berangan mahu menjadi seperti "The Rolling Stone"...tapi sebenarnya mungkin filem ini merupakan celebration atau mungkin sarcasm terhadap kerjaya aku sebagai...errr?? rock journalist???

aku sokong pendapat watak Lester Bangs dalam filem ini yang mengatakan rock music sebagai satu - industry of the cool... "just make it look cool"...kata gitaris Stillwater...what? cool? 

filem ini mengupas hipkokrasi, pembohongan dan bagaimana orang suka dibohongi kerana - Truth Hurts!

sepanjang pengalaman aku menulis untuk majalah wannabe tu...inilah realitinya - orang tak boleh terima kalau kau kata apa yang dia orang buat tu tak berapa nak best...tapi kalau puji melangit...waauuu!!! inilah nilai harga sebuah hipokrasi.

gone were the days...aku rasa tak ada kot penulis / pengkritik muzik dalam Malaysia ni yang pernah menemuramah musician / rock star lebih dari 6 jam...? Mungkin ordinary journalist hanya perlu 15 minit aje untuk menulis apa yang dia nak tulis...tapi mungkin aku banyak merapu dan meracau sampai orang-orang yang aku interview ni nak aku buat satu biografi untuk depa agaknya?

interview paling panjang aku pernah bikin ialah 2 hari...adui!


entahlah...mungkin aku pandai kelentong agaknya...he he he!!


anyway...ini filem memang klasik sebab aku suka Kate Hudson...kalaulah dia jadi bini aku ha ha ha!?


The Nines - sebuah kupasan bodoh menggunakan akal yang waras (satu paradoks bangang aku)

One word - "superstring".  

Di mana ada kemahuan, disitu ada highway? 

Tiga karakter berbeza, tapi sebenarnya satu subconscious? 

Seorang pelakon filem kontroversi, seorang pengarah filem realiti dan seorang ayah yang prihatin...apa kaitan superstring dengan hal ini?


Apa misterinya nombor 9?


Apa rahsia kod nombor 1 dan 9?


ini semua perlukan jawaban....


dan untuk mencari jawabannya, kena berfikir kerana tiadalah yang memahaminya melainkan mereka yang amat suka berfikir dan memerhatikan...




terdapat tiga segmen cerita yang perlu dicernakan dengan akal yang amat waras (errr...you mean akal tahap kita semua ni tak waras ke?)


The Prisoner - mengupas rahsia kisah seorang pelakon filem aksi yang terpaksa melalui hukuman "house arrest" dan dikawal oleh pengurus peribadinya...tidak tahan dengan temptation seorang perempuan miang beranak satu - sebagai perlambangan kepada struggle kita sebagai manusia yang sebenarnya selalu merasa tertekan dengan kehidupan dan akhirnya seperti kisah klasik dari syurga, terpaksa membayar sebuah harga yang amat mahal untuk memahami rahsia ketuhanan yang jitu dan kental! ya! kita terpaksa membayar sebuah harga yang tinggi untuk memahami sesuatu yang tak sepatutnya kita fahami.


Reality Television - mengupas id kemanusiaan yang minta dipertanggungjawabkan dengan pelbagai permasalahan kemanusiaan, mengupas erti persahabatan...aerrr.....adakah satu persahabatan itu terlalu tinggi nilainya? sanggupkah kita "makan kawan" hanya untuk memuaskan kehendak diri sendiri? pelik aku menonton segmen ni!


Knowing - knowing too much will liberate you or hurt you?

Takut Bayang-bayang Sendiri?

Filem ini agak personal dan klasik bagi aku kerana filem ini meng - glorify - kan satu epik yang tidak lekang dek zaman - THE TRUTH SHALL SET YOU FREE.

watak Kevin Bacon pada mulanya digambarkan sebagai seorang manusia biasa yang tidak ada apa-apa keistimewaan, hanyalah seorang manusia yang dhaif yang tidak mempercayai elemen-elemen supernatural sehinggakan dia sanggup mencabar adik iparnya untuk menjadikan dirinya sebagai "guinea pig" untuk membuktikan bahawa elemen ghaib itu hanyalah "candu" pemikiran.

namun demikian, kita melihat watak Kevin Bacon ini menjadi amat istimewa dan sempurna sekali apabila setelah selesai sessi cabar mencabar itu, sesuatu telah berlaku di dalam hidupnya...

premis yang utama ditonjolkan dalam filem ini ialah perihal "rumah berhantu" yang diduduki oleh beliau dan keluarganya, perihal anak lelakinya yang bercakap dengan makhluk imaginasi.

Sessi "channeling" yang terhasil dari cabaran beliau tentang ketidakpercayaan kepada elemen ghaib ini akhirnya diperkuatkan dengan misteri rumah berhantu dan siapa hantu sebenar dalam filem ini - seorang polis korup (aint that fun to know?) yang cuba mempertahankan anak lelakinya dari bertanggungjawab terhadap satu "insiden" yang berlaku di rumah itu.

Moral kepada filem ini ialah, bak kata Forest Whittaker dalam salah satu episod reboot Twilight Zone - "when fate taps over your shoulder, there will be nothing you can do about it". Ya! kadang-kadang kita rasa hidup ni sesuatu yang over rated, bosan dan macam-macam tapi kadang-kadang kita kena juga berhati-hati dengan apa yang dicakap...sebab, seperti watak Kevin Bacon ni, akhirnya Tuhan membukakan salah satu pintu yang tertutup mengakibatkan beliau sendiri selepas itu terpaksa "makan" balik segala cakap-cakap kosongnya selama ini..."just because you dont see it, doesnt mean that it is not there"

"does it hurt to be dead?"....persoalan universal yang sampai sekarang masih menjadi misteri,

another lesson learned, in The Twilight Zone...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...