Beliau layak dinobatkan sebagai Rod Serling of the 21st Century kerana karya-karyanya seringkali membawa kita ke alam bawah sedar itu lantas mengejutkan kita dengan alasan tipikal - Everything Happens For A Reason.
Melihat ke dalam filem ini, membuatkan kita sebagai penonton begitu yakin dengan mesej berat yang cuba disampaikan oleh Shyamalan dalam setiap filem-filem yang dikeluarkan olehnya.
Filem "Syaitan" versi Inggeris ini menyaksikan lima orang manusia jahat yang dikumpulkan di dalam satu lif, masing-masing tidak menyedari bahawa mereka seolah-olah sedang menghadiri acara "pembunuhan beramai-ramai" yang melibatkan diri mereka sendiri.
Maka klisenya, di antara mereka itu sebenarnya ada "orang kelima" yang tak serupa orang! Maka masing-masing pun sibuklah menelek siapakah diantara mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan misteri seorang demi seorang di dalam lif itu sehingga membingungkan detektif Bowden, seorang bekas tahi arak yang telah kehilangan isteri dan anak dalam satu kejadian kes langgar lari.
Filem ini secara jelas mempersoalkan tentang "dosa", "pahala" dan "setan" dan bagaimana seseorang itu tidak dapat lari dari dipertanggungjawabkan atas segala perbuatannya di atas muka bumi ini...
Namun demikian, jika kita melihat dengan teliti mesej BESAR yang ingin disampaikan...cubalah kaji selidik akhir cerita ini...sebenarnya ada satu lagi MESEJ MAHA BESAR yang seperti biasa cuba disampaikan oleh Shyamalan di dalam filem ini, di mana beliau cuba menyimpulkan bahawa bukanlah SYAITAN yang wajib kita takuti, tapi THE MASTERPLANNER yang amat bijak menyusun jalan cerita sehingga meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada mereka-mereka yang dapat melihat jarum halus yang cuba disuntik oleh Shyamalan dalam filemnya. Malah kali ini beliau berjaya dengan cemerlang memasukkan ketakutan penonton kepada THE MASTERPLANNER itu.
Great Job !!!
