Apabila elemen-elemen mistik, elemen ghaib dan elemen lakut dimasukkan ke dalam pemikiran bawah sedar manusia maka tanpa bantuan dan petunjuk ia akan menjadi satu "isme" yang menyesatkan...kekuatan ayat "siratolladzi na an'am ta'alaihim" (tunjukkanlah kami jalan yang lurus) di dalam surah Al Fatihah ialah petunjuk paling berkesan dalam memberikan jalan yang diberkati oleh tuhan.
Elemen mysticism, sufis, occultism ialah elemen-elemen yang boleh membawa kepada sesuatu perkara yang termasuk ke dalam elemen "dark side" jika tidak dimengertikan dengan betul...bahawasanya setiap orang yang mahu masuk ke dalam dunia mistik ini harus memegang sesuatu kalimah rahmat yang tidak pernah lekang dimamah zaman - Laa ila ha illallah!
filem ini ialah usaha orang putih untuk memahami elemen occultist, elemen sufi dan mungkin di zaman moden ini, elemen dari siri tv Heroes yang mempromosikan manusia-manusia X-Men yang boleh menembusi dinding, boleh terbang dan boleh time travel...
Terdapat banyak benda-benda yang tak masuk akal manusia dalam filem ni, ini bukan filem aksi yang ada banyak adegan tembak menembak mahupun adegan bunuh membunuh...ini cuma cerita dongeng yang mempersoalkan kemahuan manusia untuk menjadi "istimewa"...padahal manusia itu amat "istimewa" disisi Allah SWT. Kita mahu menjadi "istimewa" dengan kekuatan magic dan kekuatan tak masuk akal...inilah yang cuba disampaikan dalam filem ini...
Diakhir filem ini...
