Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Destinasi Terakhir?

"Death doesnt take no for an answer"...

persoalan hidup mati ialah persoalan sejagat yang mampu mencetuskan idea yang pelbagai, ramai manusia bijak pandai yang mencari-cari rahsia di sebalik kenyataan - dalam hidup ada mati...orang putih juga yang lebih terdahulu menjumpai "al-hikam" disebalik rahsia - kenapa kita wajib MATI.

filem pertama ini bersituasikan kepada kemalangan kapalterbang yang katanya - berkebarangkalian 1 dalam 5 juta...

seorang budak sekolah telah "terbuka" hijabnya apabila dia sendiri menyaksikan bagaimana dia dan rakan-rakan sekelasnya MATI dalam kapalterbang yang mereka naiki...sebaik sahaja dia MATI, dia tersedar dan terus menggelabah...lantas panik dan terjerit-jerit.."the plane, it's gonna blow up, it's gonna blow up!"

maka dia dan sebahagian dari rakan sekelasnya pun "terselamat" dari MATI.

tidak lama selepas itu, seperti plot filem Jepun - The Ring...maka seorang demi seorang rakan sekelasnya yang "terselamat" di dapati MATI dalam keadaan yang cukup zalim dan sadis...

hikmah dari filem ini ialah, TAKDIR dan KETENTUAN itu telah TETAP semenjak AZALI lagi...

sejauh mana pun kita lari, tiap-tiap saat perjalanan kita bakal berhenti...

tapi aku agak PERJALANAN aku masih jauh lagi ni...

Destinasi Terakhir...

Destinasi Terakhir manusia ialah MATI, tapi itu falsafah franchise filem yang amat ganas, sadis dan menyeronokkan bagi mereka yang psiko dan sakit otak...telah 4 sekuel filem ini dimainkan di pawagam...namun kali ini kali keempat katanya - "Death saves the best in 3D"...aku pun beli lah dvd yang siap ada kanta 3D sekali, ingat best sangat laaa menonton filem ni dalam 3D, tapi...hampeh...tak ada apa pun yang best melainkan melihat karakternya terjojol ke depan dan warna-warna LSD yang mengasyikkan...

filem pertama menyaksikan kemalangan di lapangan terbang...filem kedua menyaksikan kemalangan jalanraya yang gedabak tak ingat...dan filem ketiga menyaksikan kemalangan ngeri di funfair...namun demikian memang betul - yang keempat menyaksikan kemalangan yang memang tak masuk akal...kereta lumba boleh melayang sampai keluar stadium tu! terus hinggap kat kepala seorang pompuan yang menyebabkan badannya hancur berkecai...memang terdapat banyak graphic violence dalam filem ni...

okay, berbalik kepada is perut (pun intended) filem ni, ini ialah peringatan buat mereka yang buat-buat lupa atau terlupa - MAUT AKAN TETAP MENCARI ANDA...

Syahdu juga aku menonton filem ni, plot cerita memang brilliant sangat...pengajaran tersirat (seperti biasa, aku suka memikir jauh ke depan...bagi aku filem bukan sekadar hiburan bodoh, tetapi kalau kita melihat ke dalam...kita akan dapat mengupas hikmahnya...hu hu...khutbah Jumaat ni)...tentang persoalan bagaimana seseorang itu diberikan peluang kedua untuk mencari makna dalam kehidupannya...watak utama filem ni diberikan "keistimewaan" boleh melihat ke hadapan...dan mengetahui sesuatu yang ghaib yang tak ternampak pada mata kasar...

namun demikian pengajaran yang boleh dikutip dari filem ini ialah...akhirnya mamat yang dapat lari dari kematian dirinya sendiri...menyedari bahawa..."what if this is all a plan from the start, like we...being here...was all being planned"...dia sedar bahawa dia akan mati dekat situ beberapa saat selepas dia terlihat lakaran pada meja (yang mulanya dia nampak, selepas habis kemalangan dekat stadium tu...yang tertulis - "it's coming")...yang di bawah tu tercoret - "it's here!"...dan sebenarnya dia bukan mati dekat stadium tu, dia dah mati pun dekat kedai kopi tu...dan sadis betul kematiannya...

orang puteh ni bagus laa...mereka tidak berdakwah dengan berceramah di masjid atau surau...tapi buat filem aje dah cukup menginsafkan manusia lalai macam aku ni....

Semakin jauh perjalanan aku...

What If...


...berlaku sesuatu yang diluar jangkaan fikiran manusia? pintu-pintu dibuka dengan jelas dan kita boleh nampak sesuatu yang tidak sepatutnya kita nampak?

sememangnya minat terhadap filem-filem yang membuka pintu-pintu rahsia yang membuatkan kita lebih rapat dengan kuasa dan zat yang menjadikan manusia dan jin serta segala yang ada di langit dan bumi adalah "forte" aku...ia membuatkan aku berfikir "purpose" seorang manusia bernama Adam itu diwujudkan...dan ia jelas ditunjukkan dalam filem ini..."Love is the dance of eternity"...

seorang budak bernama Henry telah dianugerahkan dengan "kekurangan" yang membuatkan dia dapat merentasi masa dan membuka pintu-pintu dimensi yang menyebabkan dia dapat pergi ke mana-mana tempat yang dipilihnya dalam ruang masa...dalam pengembaraannya itu dia telah berjumpa dengan "pasangan hidup" yang sememangnya telah ditakdirkan untuk mengalami sesuatu kehidupan yang paling pelik dan tak masuk akal...

Kekuatan filem yang diadaptasikan dari novel klasik ini ialah, ia menjelaskan dengan sejelasnya bahawa "Love transcends through time"...bagaimana dua jiwa yang berbeza telah disatukan semenjak azali lagi walaupun apa juga halangan dan dugaan yang menimpa...

tema utama filem ni agak ikhlas dan jujur, ia tidak menggambarkan tentang seorang time traveler yang menyelamatkan dunia, kerana dia tidak mampu untuk selamatkan mak dia dalam kemalangan jalanraya...tetapi seorang time traveler yang "dipaksa" travelling back and forth in time untuk melihat "hikmah" disebalik pilihan yang telah ditentukan oleh takdirnya sendiri dan merasa "selamat" dan "redho" dengan pilihannya itu...

The Road Less Taken...


"Meet Jack Campbell, a Wall Street broker who had everything at the tip of his hand, about to travel towards the road not taken...in the Twilight Zone"

what if?

wishes were horses, beggars would ride.

dvd ini ialah dvd pilihan klasik aku untuk tahun 2009, dua kali tonton tapi masih merasakan ada banyak pengajaran dan hikmah pada the road less taken.

filem ini mengajar kita memahami dan menghargai kehidupan, kadang-kadang tu aku rasa...hidup ni macam sesuatu cerita filem yang hampir nak sama dengan realiti.

Jack Campbell ialah seorang lelaki paling kaya di New York, yang akan close deal dengan syarikat jual ubat paling besar di dunia dengan nilai 130 billion...tiba-tiba ditarik ke dalam Twilight Zone...

huh...the road less taken...was it worth the effort even to think about it?

Menunggang Peluru!

ini ialah filem INSAF aku sepanjang zaman.

Riding The Bullet ialah satu epik antihero yang menyahut seruan kasih sayang sesama insan yang minta dimengertikan dan minta dikasihi dan minta dibelai...ha ha ha!

mamat protagonis dalam filem ini ialah seorang loser yang sebenarnya semenjak azali ialah seorang yang telah memenangi hakikat kebenaran.

bagaimana dia sanggup menggadaikan nyawa menaiki "bullet" (sebuah muscle car milik orang yang gila dan sewel)...macam yang dia cakap...menaiki roller coaster ialah pengalaman yang amat menakutkan...namun selepas dah naik...kita akan ketagih nak naik lagi.

mamat ni terpaksa menerima dan membuat pilihan...kalau dia dan mak dia, siapa yang akan sanggup mati dulu...

ini ialah sebuah think piece yang tidak akan lanjut dimakan usia!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...