This is the part where I will say...
"kadangkala mereka merasakan kalaulah mereka telah Islam"...
الَرَ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُّبِينٍ[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.
رُّبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْ كَانُواْ مُسْلِمِينَ2] Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.
Surah Al Hijr ayat 1-2
Al Quran adalah sumber yang asas yang membawa kepada penemuan-penemuan yang bermula dari Alpha ke Omega...
"dan sesungguhnya Kami akan tunjukkan tanda kekuasaan kami di langit dan bumi dan pada diri mereka sendiri"
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Surah Fussilat, Ayat 53
dan memang benar ia adalah dari Tuhan semesta alam!
filem ini cuba membawa kebenaran para nabi dan rasul bahawa - The Grand Meeting is inevitable!
وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
Dan demikianlah kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Surah Al An'aam, Ayat 75
dan diakhir filem ini, walaupun semua jahanam tapi pasti ada yang terselamat!
فَأَنجَيْنَاهُ وَأَصْحَابَ السَّفِينَةِ وَجَعَلْنَاهَا آيَةً لِّلْعَالَمِينَ
Maka dengan itu kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.
Surah Al-'Ankabuut, Ayat 15
mesej filem ni simple aje...
It has been written, and it has been done...
maka berbahagialah mereka yang mendengar petunjuk dari Tuhannya...
filem ni bermula dengan seorang budak perempuan bernama Lucinda Embry yang melihat ke langit dan ternampak sesuatu...dan akhirnya dia membuat keputusan untuk membuat satu pekerjaan gila yang tak difahami manusia sezamannya...hanya 50 tahun selepas itu barulah ada seorang manusia yang amat-amat memahami apa kerja gila yang dia buat tu...
kerana...
وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَاراً
"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
Surah Nuh, Ayat 14
sesuatu perkara yang "baru" akan tetap ditentang dan dihalang terutama jika perkara itu mengandungi KEBENARAN...
filem ini mengajukan keterbukaan minda yang nyata bahawa setiap perkara yang "dusta" pada mata masyarakat lampau akan kelihatan "BENAR" pada mata masyarakat yang akan datang kerana Al Quran itu adalah hikmah kebijaksanaan dari yang maha bijaksana...
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Surah Fussilat, Ayat 53
lihat aje diri sendiri...carilah nombor-nombor dna yang menjadi rahsia alam semulajadi...he he he!
adakalanya orang kafir merasa kalaulah mereka itu Islam...
so siapa punya tanggungjawab nak bawak mereka kembali kepada Islam?
kita laaa...yang mengaku pengikut Nabi ni...

