This is a film to die for! but unfortunately penulis skrip filem ni tak pernah belajar menulis skrip dengan betul...
Plot dia agak nipis senipis kulit bawang dan juga stail penceritaan filem ni agak boleh di expect kan...mungkin sebenarnya penulis filem ni tak nak ada elemen misteri dalam penceritaaan mistikal siapa dia pembunuh bersiri yang telah "dihidupkan" (pun intended, nak tau sangat tengok sendiri lee) noleh Sam Reide, watak utama filem ni yang boleh "jump" ke masa depan.
agak menarik bila memasukkan elemen time travel yang digarap dengan sedikit fragmen "serial killer" yang menjadikan filem ni agak berbeza dari dua filem Butterfly franchise yang sebelumnya...konsep time travel dalam filem ni ada sikit persamaan dengan filem lakonan Nicholas Cage dimana watak utama cuma berpeluang mengubah benda yang tak complicated sahaja tetapi tak boleh tau banyak sangat apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku...tapi watak Sam Reide ni tidaklah se egoistik Eva Treborn yang berlagak macam Tuhan.
filem dibuka agak lemah dan penonton tertanya-tanya apa kejadah yang berlaku...Sam Reide adalah salah seorang dari mereka yang istimewa yang mampu melihat kembali keadaan masa lampau hanya dengan will power tanpa membaca nota kaki mahupu melihat fragmen-fragmen masa yang lampau (gambar...etc).
Aku teringat dengan sebuah filem lakonan Jeff Goldblum (Hideaway) yang memang filem klasik yang aku paling minat tentang seer yang boleh menjejak serial killer dan mendapat pertolongan dari kuasa yang maha power...he he he! vein nya agak sama dengan filem ni...
ia juga mengingatkan aku tentang filem The Deaths Of Ian Stone...yang amat fantastik! kebetulan dua filem ni berkongsi festival yang sama ha ha!
tapi yang paling potong stim ialah kita dah tau siapa dia serial killer nya ha ha ha!


