

Chaos Theory ialah sebuah filem seram yang menggarap elemen-elemen kemanusiaan dan kehaiwanan yang berbaur menjadi satu teori sesat yang menyesatkan namun disulami dengan gula-gula yang dinamakan CINTA.
Seorang mamat yang skima segala-galanya menganggap bahawa setiap perkara di dunia ini telah diatur dan seseorang itu harus menuruti peraturan yang telah ditetapkan pada cakrawala mengikut teorinya sahaja...sehinggalah suatu hari dia terlewat 10 minit untuk ke perhimpunan "cakap-cakap kosong" yang menyebabkan berlakunya chain reaction yang akhirnya berjaya menyedarkan dia bahawa dalam hidup ini tak ada benda yang "certain"...kecuali mati.
Dia juga telah mengetahui satu rahsia yang turut mengubah persepsinya terhadap hidup berperaturannya yang selama ini dianggap sebagai Ten Commandments ciptaan dia yang wajib diikuti...
hikmah dari ke sloppy an dia yang terlambat ke persidangan agung itu membuatkan dia belajar satu hikmah dari Tuhan yang menjadikan dia bahawa...
Truth Hurts...
dan kita belajar dari kesilapan...itulah hikmah CINTA paling besar anugerah Ilahi.
ciao cin ciao...
