Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Yeah...The New Movie Is Just Around The Corner!


Aku suka filem ni bukan sebab cerita dia tapi sebab soundtrack dia mengancam...sebab apa? memang filem ni mengabadikan moment dalam hidup aku dengan soundtrack yang menusuk jiwa raga yang halus dan mulus...he he!

first aku minat cerita pasal lumba ni bila aku main Need For Speed...dan kemudiannya terus menyambar DVDvToo Fast and TToo Furious yang mempunyai elemen-elemen yang sangat-sangat aku suka.

sekali lagi aku katakan...filem ini amat mendalam bagi aku mengingati saat-saat yang menarik dalam hidup aku, ha ha ha!!!

Feast...ala-ala Kill Bill dan Quentin Tarantino pasti bangga!


ini adalah filem projek Ben Affleck dan Matt Damon sebagai produser untuk sebuah siri realiti yang akhirnya membawa kepada filem yang mengambil Quentin Tarantino sebagai idola yang dipuja! Bingkas saja aku mengatakan bahawa ini adalah umpama Kill Bill versi Alien Meets Predator yang menjadikan manusia sebagai santapan lazat!

adegan-adegan ganas yang sadis dengan darah memancut-mancut dari tubuh yang dikelar-kelar adalah punca utama mengapa filem ini telah menjadi ikon filem ganas yang disukai ramai...

kepada pengkritik filem...ini adalah filem yang layak anda tongsampahkan mengikut kriteria hebat anda sebagai pengkritik filem...he he he!!!

Chaos Theory...Siang Menyeliputi Malam dan Malam Menyeliputi Siang nya...




Chaos Theory ialah sebuah filem seram yang menggarap elemen-elemen kemanusiaan dan kehaiwanan yang berbaur menjadi satu teori sesat yang menyesatkan namun disulami dengan gula-gula yang dinamakan CINTA.

Seorang mamat yang skima segala-galanya menganggap bahawa setiap perkara di dunia ini telah diatur dan seseorang itu harus menuruti peraturan yang telah ditetapkan pada cakrawala mengikut teorinya sahaja...sehinggalah suatu hari dia terlewat 10 minit untuk ke perhimpunan "cakap-cakap kosong" yang menyebabkan berlakunya chain reaction yang akhirnya berjaya menyedarkan dia bahawa dalam hidup ini tak ada benda yang "certain"...kecuali mati.

Dia juga telah mengetahui satu rahsia yang turut mengubah persepsinya terhadap hidup berperaturannya yang selama ini dianggap sebagai Ten Commandments ciptaan dia yang wajib diikuti...

hikmah dari ke sloppy an dia yang terlambat ke persidangan agung itu membuatkan dia belajar satu hikmah dari Tuhan yang menjadikan dia bahawa...

Truth Hurts...

dan kita belajar dari kesilapan...itulah hikmah CINTA paling besar anugerah Ilahi.

ciao cin ciao...

True Man...not!


The truth shall set you free!
itulah rentetan peristiwa yang berlaku dalam filem ini yang akhirnya menyatakan bahawa walaupun KEBENARAN itu agak memilukan namun ia tetap diharungi seperti seorang Iron Man dengan Iron Will nya!

ini adalah filem Jim Carrey yang pertama cuba menjadi seorang yang prophetic dalam wataknya...Jim melakonkan watak seorang audit akauntan yang takut kepada air, fobia dengan isteri dia dan suka membayangkan benda yang bukan-bukan...

...yang akhirnya menjadi asas kepada pemahaman kenapa selama ini dia rasa hidup dia macam sial...

he he he!

Filem Yang Berimaginasi Besar...dan Kecik...dan Ciput,,,


aku kurang meminati Chow Sing Chi sebab lawaknya crass dan distasteful...sesuai untuk orang yang hilang akal...tapi suka juga aku tengok antiques komedi kartun yang aku agak mamat ni cuba untuk menjadi lebih superficial dari Jim Carrey...

Lakonan Chow Sing Chi dalam filem ni tak laa best pun, cuma jalan cerita, olahan dan tema ceritanya yang ada elemen social criticism yang berat diringankan, yang ringan dilambung-lambungkan adalah elemen terunik filem bangang macam ni...bangang as in BEST...bukan bodoh sombong macam majalah ROTTW.

Adunan elemen The Matrix, elemen Looney Tunes dan juga saduran filem mafia triad Taiwan memang merupakan idea baru yang cuba dibawa dalam filem ringan ini...

pendek kata, memang ini filem kartun untuk orang dewasa yang berfikir.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...