Satu benda yang paling best bila aku beli DVD atau Bluray ialah bila aku beli benda tu secara rawak. Seriously aku memang jarang baca movie review atau pi melawat Rotten Tomatoes ka, imdb ka untuk tengok movie apa yang best. Aku beli ikut suka mak aku aje.
dan Bluray yang aku beli semalam nih memang sangat best. Seriously memang aku nangis tengok Bluray nih, this is what I need at the moment. Thanks God!
Ini filem pasal seorang mamat bernama David Wozniak yang tak sempurna pada asalnya, dia ni memang sama macam watak Palomino dalam filem The Right Kind of Wrong, apa dia buat semua blur tak ada makna, sehinggalah satu hari Tuhan reveal destiny dia bilamana dia dilawati oleh seorang lawyer yang served dokumen mahkamah pada dia yang datangnya dari 533 orang anak dia!!!
Filem ni diadaptasi dari satu filem Canada yang bertajuk Starbuck. Memang kisah benar pasal seorang sperm donor yang sangat sihat bakanya yang akhirnya menghasilkan lebih dari 150 zuriat yang sihat-sihat!
Kadang-kadang satu filem boleh bikin macam-macam analogi, filem ni sangat layak untuk mengumpamakan pencarian manusia kepada "relation" atau "connection" dia dengan asal usul dia...533 orang anak kepada Starbuck ini ialah analogi kepada manusia mencari "the holy father"...kita ingin tahu asal usul kita dan siapa kita...
Maka mamat bernama David Wozniak ni memang dah ditakdirkan untuk menjadi analogi kepada semua itu, maka dia pun beleklah satu persatu profil "anak" dia dan akhirnya dia membuat satu benda yang sangat bermakna kepada "anak-anak" dia...he make that first connection!!!
Ini adalah sebuah filem yang meraikan kasih sayang, meraikan hubungan kau dengan Tuhan dan macam mana sebenarnya biarlah zat Tuhan itu menjadi rahsia sebab bila kau tertanya-tanya siapa dia Tuhan maka kau akan tercari-cari dan dalam pencarian kau tu kau akan menjadi seorang manusia yang sangat sempurna...bayangkan perasaan David Wozniak bila dia jumpa "anak-anak" dia...he must be a very proud father!!! Apa kau ingat Allah Taala tak proud ke tatkala kau berjaya dalam hidup kau dan kau ikut semua kehendak dan ketentuan Dia?? Itulah perumpamaan yang diberikan pada filem nih!! David Wozniak is a very proud father of a very big family!!!
dan paling best aku boleh kaitkan satu elemen sindiran dalam filem nih ialah bilamana seorang dari "anak" kepada David ni yang nama Viggo tuh dapat tahu David tu "bapak" dia dan dia nak "own" bapak dia sorang-sorang tanpa mahu kongsi "bapak" dia dengan semua orang...dan inilah sebenarnya psike kemanusiaan dan sindiran halus pada mereka-mereka yang sangat suka melakukan kerosakan...sama laa macam satu kaum tu yang nak guna nama Allah all to themselves...what an irony! Entah? aku agak filmmaker ni sangat visionary dan berjaya merungkai semua persoalan kemanusiaan kot??
dan akhirnya aku belajar satu benda...
'God will always be there with you whereever you go...like David Wozniak, God must be very proud to have a BIG FAMILY like us!"
and Love is the dance of the eternity!