Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Poetic Justice...Tajuk Dia Memang Mari Punya !!!


Ura-ura nak membikin pergelutan dua jaguh DC Universe nih memang dah berlaku semenjak dari awal kurun ke 21 lagi...malah dalam babak awal filem I Am Legend ada diselit satu logo Batman v. Superman kat satu bangunan besar...kebetulan barangkali?

Bagi aku Batman dengan Superman memang tak boleh duduk satu meja...sebab apa? Sebab dua-dua memang bapak ifrit...ha ha ha! Ego masing-masing tuh...besar bagak macam bapak gajah...

Tapi aku suka dengan plot citer filem nih yang sangat dramatik...filem ni bagitau macam mana Batman sangat bengang bangsat dengan Superman...dia kata Superman lah yang bawak bala dalam dunia dan dia kena "settle" kan Superman walau apa cara sekalipun...tapi bagi aku...ini masalah egosentrik...fikir bagus macam bagus...tapi aku memang rasa menarik jugalah garapan elemen "syak wasangka" dalam filem nih...bila kau tak faham sesuatu kenyataan dan hakikat kebenaran...kau akan tends to lawan hakikat tu tanpa memikirkan samada apa yang kau buat tu betul ke salah>>

Ini memang persoalan yang sangat terbaik dalam filem nih...Zack Snyder nampaknya dia terbawak-bawak dengan elemen Suckerpunch dalam filem nih...angle, point of view...macam kau tengok filem nih dari multiverse yang berbeza...

Mungkin orang benci dengan filem nih sampai membuatkan Ben Affleck terasa sebak dan pilu dengan kutukan demi kutukan...tapi walaupun aku rasa Christian Bale lebih layak jadi Batman...aku rasa tak lah teruk sangat punnnnn...

Tapi Wonder Woman...memang wonderful !!!

Kengkadang aku rasa macam tgk citer TV Kamen Rider...hero-hero dia semua ada konflik sama sendiri...nak tunjuk kepala siapa paling besar atas dan bawah...ha ha ha ha!!

Kolam Mati Ke Mati Kolam?? Deadpool...pelik sungguh nama superhero nih...


Ini memang antihero, ini Punisher versi Spiderman.

Dalam banyak-banyak filem koleksi Galaksi Avengers yang aku sudah tonton...filem ni aku tonton dengan tekun sampai habis...plot citer dia memang bangang gila...tapi filem ni buatkan kau nak root for the bad guy...sebab Deadpool nih memang kejam dan zalim...

Memula aku tgk Ryan Reynolds nih...bukan dia nih berlakon citer Green Lantern tu ke? aduhai...dua-dua comic universe dia balun...

Ini memangnya filem antihero yang tak ada superpower...cuma kelebihan dia, dia macam Kick Ass...dia tak reti nak rasa pedih ulu hati bila disepak dan diterajang...aku berpendapat bahawa origin dia pun hampir nak sama macam Kick Ass.

Citer nih bagi aku menyatakan tentang penafian...penafian seorang superhero bahawa dia tak teringin pun nak jadi superhero sebab superhero over rated...dia suka buat kerja ikut suka bapak dia aje...

...dan itulah trait seorang hero yang sebenar...

Masalah Personaliti


Inilah filem pertama Shasha Grey memakai baju...ha ha ha! Filem ni memang untuk orang yang bermasalah mental sebab hanya mereka yang bermasalah mental aje akan faham dan sanggup menyelam dan merodok isi perut plot filem yang hebat macam nih...

Berkisar tentang seorang awek yang ada masalah multiple personality disorder, dia cuba check in dalam satu apartment khusus untuk orang sakit mental...dalam apartment tu macam-macam jenis manusia ada...dari yang berbaju hingga yang tak suka berbaju...adik-adik...jangan tonton filem ni, ini filem untuk orang dewasa sahaja ha ha ha!

Plot filem ni nampak macam citer superhero aje...tak, sebenarnya plot filem ni bercerita pasal masalah mental dan macam mana kau nak berhadapan dengan orang sakit mental...

Filem ni menyusup jauh ke lubuk sanubari yang dalam...

Ha ha ha!

Cruising Down The Memory Lane...


Ini mungkin sedikit kurang ajar kalau aku kata filem ni memang filem bodoh yang mahu cruising down memory lane...mana taknya, aku teringat Waxwork 2, Army of Darkness dan filem ni bolehlah kita relate dengan sepupu-sepupu filem slasher yang lain macam Cabin in the Woods etc. Filem ni ada elemen bangang yang pada pendapat manusia intelek...entah apa-apa.

Tapi malangnya aku bukan manusia intelek, aku manusia bangang yang menabik spring filem nih sebab memang cruising down memory lane...aku teringat filem dark comedy genre macam nih - Waxwork 2...memang bagi aku the experience is "surreal but nice".

Walaupun filem ni filem budget ciput yang bangang, tapi premis time travel dan "you're entering another dimension" memang kegemaran aku, aku memang suka bab-bab surreal but nice nih...

Filem ni memberikan tabik spring (homage) kepada filem Friday the 13th yang mana wataknya dan jalan cerita dia sebijik! Mungkin depa tak berani ambik nama karakter Friday the 13th tapi diceduk rojakkan nama dan watak dari filem-filem legenda slasher yang lain seperti Nancy Thompson etc...

Bagi aku filem macam ni memang sangat legend kalau dia bermain dengan elemen space time continuum...masa dan dimensi dah macam....arrrgggggghhHHhhhhhhhHHH!!!

Tapi aku tak tau la pulak samada lima ekoq yang tersesat dalam filem tu akan mengulang-ulang sekuel dan prekuel filem tu sampai infiniti...


itu yang misterinya!!!







Tomorrowland...Mesej Subliminal Illuminati




Kadang-kadang ada manusia Tuhan bagi satu perasaan yang sangat halus...bilamana dia merasakan perasaan itu, dia akan jadi overwhelmed dengan satu sifat ketuhanan yang akhirnya membawa dia jahannam dalam satu perasaan di mana...dia sudah tidak wujud lagi...yang dia nampak hanya - ONE.

Ini filem berjaya Disneyland untuk menerapkan elemen apocalyptic dan harapan yang digaul sebati untuk dijadikan satu resepi bernama - kehidupan (which is ---- God is ----- LIFE HIMSELF ----- the preserver) Sebelum ni Disneyland telahpun menerapkan dakyah kasih sayang dan missing link antara good and evil dalam filem Maleficient...tapi kali ni Disneyland pergi lebih jauh lagi...serious aku tgk filem ni tak semena-mena air mata aku menitik sebab lima belas minit terakhir filem ni aku nampak satu HARAPAN.

Filem ni tak perlu aku bagitau banyak tentang aspek-aspek jalan cerita sebab ini filem klise...cat and mouse, espionage apa kejadah semua dah klise bagi filem Hollywood...tapi aku lebih suka nak menekankan elemen yang selalu disebut dek Einstein..."imagination"////sebenarnya pencetus kepada fahaman Rububiyyah ialah imaginasi...kau tak boleh bayangkan sifat Robb kau macam mana...tapi kau boleh memikirkan kekuasaan Dia atas segala-galanya...ha ha ha! 

Hanya manusia kreatif aje akan faham maksud filem ni...you have to go beyond your wildest imagination to experience everything...


Aku suka part last filem ni di mana depa menghantar utusan-utusan untuk menyatakan pada manusia...there is still HOPE...you can be whatever you want to be!!

KLASIK!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...