Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Fear is the most delicious spice of all...huh!



Sekarang ni semua produser filem nak kembali ke masa lampau...err...back to the future? Aku nampak sekarang ni banyak orang buat filem yang macam nak throwback thursday, friday, saturday dan sunday untuk filem-filem liat dan empuk (pun intendend) macam filem nih...

Aku roll credit...memang aku dah agak depa mesti akan bagi kredit untuk filem-filem kanibal tahun 70-80an yang dibikin oleh pengarah-pengarah shocker Itali yang lebih ganas dan lebih mual aku nak tonton...aku sampai sekarang tak berani nak tonton Cannibal Holocaust walaupun aku ada Bluray originalnya...uncut, uncensored...dan shameless...ha ha ha!

Percubaan Eli Roth untuk kembali melungsuri lorong ingatan filem-filem kanibal agak berjaya juga pada pandangan aku...cuma aku rasa permulaan filem ni macam dokumentari (pun intended lagi!) dan tak payahlah nak cerita macam mana depa boleh tersangkut dalam hutan kat Peru tu ha ha ha!

Olahan citer dia klise gila anjing. mula cerita ajer kau dah boleh nampak lepas satu babak nanti, akan ada satu adegan tribute untuk filem-filem yang dianggap "the mother of all cannibal movie"...

Filem kanibal paling lahanat pernah aku tengok...Wrong Turn 3...bagi aku itu filem kanibal paling jelas dan paling real ketakutannya...

Aku tak boleh bayang masa bebudak U nih kena angkut dengan puak-puak kanibal tuh...siap kena raba, kena tarik rambut...kena seluk...filem nih berjaya menimbulkan perasaan takut dan simpati aku pada karakter-karakter nih...kau tak dapat bayangkan perasaan kau bila kau menjadi "lauk" kepada puak-puak nih...

Paling cilanat bilamana mamat yang badan besar tu kena angkut dengan puak kanibal nih...dia ingat depa nak rawat luka dia...last-last lagi "menambah" luka ada laaa...kau tak dapat bayangkan rasa mata kena korek dengan pisau tajam dalam keadaan kau masih hidup...arrrrggggghhhhhh...terlalu menakutkan bagi aku...lepas tu organ-organ penting kau ditetak sampai putus...arrrrgggghhhhh!! lepas tu dia jadi lauk kenduri puak-puak nih!! ha ha ha!

Secara asasnya aku rasa filem nih memang berjaya menakutkan aku sebab aku sampai sekarang dok terbayang apa perasaannya kalau aku ada kat situ...seriau mahu bunuh diri aku ha ha ha ha!!

Ejas Mengejas Memang Kerja Kita...


Kalau filem cenggini, ia memang makanan jiwa aku...aku suka filem pelik-pelik macam ni sebab dalam kebodohan dan kebangangan filem cenggini, ada satu "hikmah" (a big word used nowadays) yang hanya aku aje faham...

Filem ni bermain-main dengan frasa "what if" dan meneroka ke alam separa sedar pilihan manusia...dalam kau memilih kehidupan hakiki dalam diri kau...apa sebenarnya "zat" yang mendorong kau untuk melakukan sesuatu atas nama "kehidupan"?

Memang bagi aku mesej filem ni sangat tersirat...watak-watak dalam filem ni memberikan pengajaran untuk membezakan "ilusi" dan "realiti"...dalam realiti kadangkala kau boleh jadi separa biol dan sewel untuk menentukan - "what is it that ticks me"?

Dan akhirnya sebagaimana biasa..."hikmah" pengajaran yang aku cuba berikan dalam menyampaikan ulasan filem ni ialah...

YOU ARE WHAT YOU EAT.


KALAU HITCHCOCK HIDUP LAGI...DIA MESTI AKAN MERABAN TENGOK FILEM NIH...(sebab dia rasa macam bebal aje).

 
 Kadang-kadang filem-filem cenggini akan muncul dalam bluray dan dvd membuatkan kau rasa macam best aje...bagi aku filem-filem cenggini memang mencabar pemikiran manusia dungu macam aku, sebab aku nak memahamkan jalan cerita satu hal...dengan plot cerita tunggang terbalik...lepas tu pembinaan karakter yang melampau sampai kau tak tau apa kejadahnya mesej filem yang nak kau faham...

memula kau tengok filem nih kau kena perhatikan karakter utama filem nih...aku rasa kalau kau peminat Richard Matheson atau Alfred Hitchcock, tak ada masalah buat kau...filem nih memang pada mulanya bosan tahap ninjamantra sebab aku sendiri pun tengok ada laa tertidur dua tiga kali...dah terlelap aku ulang balik konon-kononnya nak dapatkan balik jalan cerita pada filem nih...

Menonton filem nih macam kau kena selesaikan masalah kiub Rubic zaman 80an di mana kau kena susun betul-betul jalan kau sebelum kau kena beduk...aku memang tak faham langsung apa kena mengena kamera bagak yang keluar gambar macam kamera Polaroid nih...zaman internet nih kamera Polaroid laku lagi ke?

Tapi bila aku tengok sampai habis...memang aku menyumpah-nyumpah sorang-sorang sebab aku rasa kalau Hitchcock hidup balik dan tonton filem nih...mesti dia mati sekali lagi sebab dia sendiri rasa macam bodoh aje nak memikirkan apa benda sebenarnya yang berlaku dalam filem nih dan sebenarnya siapa dia pompuan dalam filem nih...samada dia manusia atau jin??

Sekian, Terima Kasih!


WHIPLASH!!! --- HERE WE GO!!! (lepas tu Kirk Hammet solo!)


Secara zahirnya ini memang satu bentuk filem yang buat aku seriau! Filem nih membuatkan aku tertanya-tanya sebenarnya aku main muzik nih nak tunjuk aku bagus gila ba** macam Kirk Hammet bila solo ke atau aku bermain muzik hanya kerana aku nak merasakan perasaan halus dalam muzik yang aku main.

Filem nih memang pada mulanya buat aku menyampah dengan pensyarah muzik sakit jiwa nih yang pernah menjadi J. Jonah Jameson dalam filem Spiderman...memang dia punya aura bila dia masuk dalam kelas menyebabkan aku teringat dengan seorang makhluk Tuhan nih...yang perangai sangat sinonim dengan cikgu muzik nih...

Memang tak dapat dinafikan sebenarnya apa yang cikgu muzik nih cakap ada betulnya...kalau setakat kau main muzik lepas tu kau nak rasa kau bagus macam gampang...baik kau balik main guli aje laaa...



Aku tak dapat bayangkan mamat drummer nih pertama kali join kelas cikgu nih mesti dia tak expect yang cikgu dia ada masalah mental macam nih...aku pun heran, takkan dia tak dapat trace macam mana menggigil tahap Ultraman bebudak dalam kelas tuh bila cikgu muzik sakit jiwa tuh masuk? Aku tak dapat bayangkan bilamana cikgu nih puji mamat nih,,,macam mana perasaan mamat nih mesti kembang satu taman sebab dia rasa macam bagus...tapi aku rasa dia terpaksa balik ke pangkal jalan bila Captain Ameriak membaling tudung sajinya tepat kena kepala mamat drummer nih tapi sikit lagi nak putus kepala dia ha ha ha!

Ini satu filem yang mengajar kita bahawa...kalau kau rasa kau buat satu benda sebab kau rasa kau nak tunjuk kau hebat...aku rasa baik kau balik rumah main guli aje laaa...

Ini memang sebuah filem untuk...orang-orang yang berjiwa kental!!!


The Survival of the fittest? Yeah Right then!


Ini ialah filem US Marshall dan The Fugitives versi wanita...nasib baik depa tak cast Scarlett Johansson jadi hero...sebab bagi aku benda tu dah jadi spastik...ye aku tau Scarlett Johansson memang bergetah pada setengah orang...tapi aku lebih redho pompuan nih jadi hero sebab...errr

Filem patriot macam nih kengkadang dia boleh jadi tepu sebab macam biasa...apa kau dapat pun kalau orang gelar kau seorang Negarawan? Dalam api neraka tak ada makna dah perkataan tu pada kau (pun intended). 

Milla Jovovich dalam filem nih tak lah mengada-ngada sangat macam dalam filem francais Evil dia tuh...ini satu lagi filem yang sangat meyakinkan bilamana kau berada pada jalan kebenaran...maka kau tak perlu takut dengan bapak thug macam Pierce Brosnan...sebab bagi kau bapak thugs tu hanya kacang putih yang melekat celah gigi kau...

Aku sangat suka adegan ala-ala Divine Intervention di mana bapak thug nih dia seorang teroris taraf dunia yang nak bikin caca marba...dia kena kacau dengan pompuan dari Imegresen yang sangat patriotik dan cintakan negara...ha ha ha! Dia cuba berusaha nak menjahanamkan pompuan nih...malangnya...

Dalam filem nih juga aku belajar satu benda...Nothing is as what it seems...elemen espionage memang satu benda yang kau kena pertikai dalam  hidup.

Ini filem yang mengingatkan aku dengan Harrison Ford dan Wesley Snipes...ini filem Fugitive versi Hawa,,,

ha ha ha!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...