Ini ialah sebuah blog peribadi yang cuba merakamkan emosi, ekspresi dan mesej ketika menonton filem...hanya dvd dan bluray yang dirasakan mampu memberikan pengajaran yang membina sahaja akan dimasukkan dalam memoir blog ini...dan kepada yang membacanya anda harus bisa membezakan pendapat peribadi dan kritikan ...jujurnya...I am not trying to look "religiously cool" either! I AM RELIGIOUSLY COOL!! jadi...no need to look that cool because I AM!!!!
Disclaimer!
SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...
I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...
PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...
Kadang-kadang filem-filem cenggini akan muncul dalam bluray dan dvd membuatkan kau rasa macam best aje...bagi aku filem-filem cenggini memang mencabar pemikiran manusia dungu macam aku, sebab aku nak memahamkan jalan cerita satu hal...dengan plot cerita tunggang terbalik...lepas tu pembinaan karakter yang melampau sampai kau tak tau apa kejadahnya mesej filem yang nak kau faham...
memula kau tengok filem nih kau kena perhatikan karakter utama filem nih...aku rasa kalau kau peminat Richard Matheson atau Alfred Hitchcock, tak ada masalah buat kau...filem nih memang pada mulanya bosan tahap ninjamantra sebab aku sendiri pun tengok ada laa tertidur dua tiga kali...dah terlelap aku ulang balik konon-kononnya nak dapatkan balik jalan cerita pada filem nih...
Menonton filem nih macam kau kena selesaikan masalah kiub Rubic zaman 80an di mana kau kena susun betul-betul jalan kau sebelum kau kena beduk...aku memang tak faham langsung apa kena mengena kamera bagak yang keluar gambar macam kamera Polaroid nih...zaman internet nih kamera Polaroid laku lagi ke?
Tapi bila aku tengok sampai habis...memang aku menyumpah-nyumpah sorang-sorang sebab aku rasa kalau Hitchcock hidup balik dan tonton filem nih...mesti dia mati sekali lagi sebab dia sendiri rasa macam bodoh aje nak memikirkan apa benda sebenarnya yang berlaku dalam filem nih dan sebenarnya siapa dia pompuan dalam filem nih...samada dia manusia atau jin??
Secara zahirnya ini memang satu bentuk filem yang buat aku seriau! Filem nih membuatkan aku tertanya-tanya sebenarnya aku main muzik nih nak tunjuk aku bagus gila ba** macam Kirk Hammet bila solo ke atau aku bermain muzik hanya kerana aku nak merasakan perasaan halus dalam muzik yang aku main.
Filem nih memang pada mulanya buat aku menyampah dengan pensyarah muzik sakit jiwa nih yang pernah menjadi J. Jonah Jameson dalam filem Spiderman...memang dia punya aura bila dia masuk dalam kelas menyebabkan aku teringat dengan seorang makhluk Tuhan nih...yang perangai sangat sinonim dengan cikgu muzik nih...
Memang tak dapat dinafikan sebenarnya apa yang cikgu muzik nih cakap ada betulnya...kalau setakat kau main muzik lepas tu kau nak rasa kau bagus macam gampang...baik kau balik main guli aje laaa...
Aku tak dapat bayangkan mamat drummer nih pertama kali join kelas cikgu nih mesti dia tak expect yang cikgu dia ada masalah mental macam nih...aku pun heran, takkan dia tak dapat trace macam mana menggigil tahap Ultraman bebudak dalam kelas tuh bila cikgu muzik sakit jiwa tuh masuk? Aku tak dapat bayangkan bilamana cikgu nih puji mamat nih,,,macam mana perasaan mamat nih mesti kembang satu taman sebab dia rasa macam bagus...tapi aku rasa dia terpaksa balik ke pangkal jalan bila Captain Ameriak membaling tudung sajinya tepat kena kepala mamat drummer nih tapi sikit lagi nak putus kepala dia ha ha ha!
Ini satu filem yang mengajar kita bahawa...kalau kau rasa kau buat satu benda sebab kau rasa kau nak tunjuk kau hebat...aku rasa baik kau balik rumah main guli aje laaa...
Ini memang sebuah filem untuk...orang-orang yang berjiwa kental!!!
Ini ialah filem US Marshall dan The Fugitives versi wanita...nasib baik depa tak cast Scarlett Johansson jadi hero...sebab bagi aku benda tu dah jadi spastik...ye aku tau Scarlett Johansson memang bergetah pada setengah orang...tapi aku lebih redho pompuan nih jadi hero sebab...errr
Filem patriot macam nih kengkadang dia boleh jadi tepu sebab macam biasa...apa kau dapat pun kalau orang gelar kau seorang Negarawan? Dalam api neraka tak ada makna dah perkataan tu pada kau (pun intended).
Milla Jovovich dalam filem nih tak lah mengada-ngada sangat macam dalam filem francais Evil dia tuh...ini satu lagi filem yang sangat meyakinkan bilamana kau berada pada jalan kebenaran...maka kau tak perlu takut dengan bapak thug macam Pierce Brosnan...sebab bagi kau bapak thugs tu hanya kacang putih yang melekat celah gigi kau...
Aku sangat suka adegan ala-ala Divine Intervention di mana bapak thug nih dia seorang teroris taraf dunia yang nak bikin caca marba...dia kena kacau dengan pompuan dari Imegresen yang sangat patriotik dan cintakan negara...ha ha ha! Dia cuba berusaha nak menjahanamkan pompuan nih...malangnya...
Dalam filem nih juga aku belajar satu benda...Nothing is as what it seems...elemen espionage memang satu benda yang kau kena pertikai dalam hidup.
Ini filem yang mengingatkan aku dengan Harrison Ford dan Wesley Snipes...ini filem Fugitive versi Hawa,,,
Aku tak faham macam mana dalam filem nih depa boleh jumpa wormhole kat outer space? Itu aje yang aku tak faham...formula apa depa guna untuk sampai kepada wormhole tu dan aku rasa tak logik sebab mengikut teori The Hitchhiker's Guide to the Galaxy. improbable drive kau untuk bertukar sifat menjadi sebuah bateri atau pasu bunga adalah 99.9%. Kat situ aku nampak macam ada penipuan aje...
Tapi pasal mamat tu time travel balik tu sebenarnya dah dijelaskan dalam Relativity Theory yang terdiri dari Special Relativity dan General Relativity...aku tak dapat bayangkan macam mana Einstein boleh jumpa teori tu dalam Surah Al Ikhlas...serious aku kagum!
Cahaya bergerak sangat laju dan cahaya paling tinggi ialah "cahaya atas cahaya"...dia boleh berada dalam dua titik pada masa yang sama...makanya sebenarnya logik iman juga mahu percaya bahawa Matthew McConaughey boleh berada pada dua zaman yang berbeza...dengan keadaan dia yang sama! Tetap muda belia walaupun anak perempuan dia dah nazak nak tunggu mati.
Aku yakin mamat Cooper tu ialah manusia lutcahaya yang hidup beratus-ratus tahun lampau dan dia ialah special intelligence yang wujud dalam badan manusia yang normal ha ha ha ha!
Kau tak faham?
Laaa...aku faham...faham sangat!
Bumi kita ialah centre of the universe, wormhole berlaku apabila satu titik blackhole yang dinamakan singularity berada dalam polariti yang tidak stabil...ha ha ha ha!
itu yang aku heran macam mana depa boleh jumpa wormhole tuh!
heran sangat nih!
bunyi sebenarnya bergerak lebih laju dari cahaya...ha ha! sebab macam mana mamat tuh boleh communicate dengan anak dia padahal dia dah ada dalam satu ruang distorted time yang sangat jauh!
itulah, kalau omputih menipu kita makan bulat-bulat ha ha ha!
Ini memang penipuan paling licik dan bergaya!
ps: Tuhan juga telah meng confirm kan teori Special Relativity Einstein bilamana Dia sebut satu hari di sisi Allah Taala adalah sama dengan 1000 tahun masa dunia (jadi sebenarnya Cooper hanya berada kat planet tu dalam masa dua jam aje)...sekali sekala cuba belek Quran mesti jumpa! apa yang kau tak faham nya? Hati berkelajuan cahaya Ultraman akan nampak semua benda ha ha ha!
ps2: untuk memahami spatial dimension dan time dimension kena baca buku fizik karya seorang omputih nih yang explain in detail pasal 11th dimension yang sebenarnya kalau kau sampai kat dimensi ke sebelas tu kau nampak kat bawah tu macam satu titik yang tak disambung tapi masa lampau, masa sekarang (ikut perasaan kau) dan masa akan datang sebenarnya ialah satu loop yang diulang-ulang (sebagaimana Kami turunkan 7 ayat berulang-ulang)...sebenarnya kau orang semua telah ditakdirkan mengulang benda yang sama secara infiniti, itu sebab mamat Cooper tu boleh communicate dengan anak dia (sebab kita duduk dalam SATU titik!)...indeed Groundhog Day DO exist! dalam satu titik kau sedang dilahirkan, sedang belajar kat sekolah, kena buli dengan kawan, kau mati, kau kena siksa dalam neraka, kau bersetubuh dengan wife kau...semua berada dalam satu titik yang NULL!