Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


" real tragedi ala-ala Shakespeare nih...tak pun tragedi oktober"


Aku rasa inilah kali pertama aku memecahkan tradisi blog aku dengan memberikan sedikit pemikiran aku bila aku menonton filem nih...

Aku memang start minat Aaron Aziz bila dia bergaduh dalam KL Gangster...dan filem ni memang tak kasi can laaa...

Cuma aku terpanggil untuk meletakkan movie ni sebab benda nya lain sangat...

Lima orang "hitmen" (dan hitwomen)...dilatih oleh seorang bekas gangster dengan tidak mempunyai perasaan belas kesian - omputeh kata 'The Killing Machine'

Citer dia kelam kabut sikit...tapi aku nampak macam citer lawan-lawan ala Thailand yang banyak citer pasal samseng dan samseng taik kucing...

Sebab apa aku letak movie nih...I am trying to get my point here...

Idrus ialah seorang pembunuh upahan terlatih yang sanggup cari orang yang toreh muka bapak angkat dia...dia sangat penuh dendam kesumat dan nafsu amarah sehinggakan ruh dan akal dia mati...mungkin berkesan jugak didikan Tok Long dia tu...depa ni macam RONIN...askar Jepun upahan yang kejer dia bunuh orang selamber...

Tapi memang aku expect pun mamat Giran ni ada agenda tersembunyi...dah muka rupa perompak dan pembunuh...dia tak ada satu benda baik pun dalam kepala otak dia melainkan...nak bunuh bapak gengster tuh...

tapi akhirnya...belakulah tragedi ala dionysian yang amat mengharukan...

abang dah tak kenal adik...adik pun dah tak kenal abang...aduhai...konflik kemanusiaan...yang sangat tragik!!!

ps: aku rasa ini kali aje aku letak movie melayu kat blog aku kot??? 

Groundhog Day versi delinquent...


homage to Bill Murray aka Punxsutawney Phil!

Tiga orang drug addict diberi peluang memperbetulkan diri masing-masing...and a shot at redemption.

hanya dua orang aje yang sedar diri...yang sekor lagi hanyut ditelan perasaan amarah, dendam dan nafsu manusia yang membuak-buak...

hasilnya...dua orang uda dan dara ni diampunkan dosa dan diberikan peluang untuk terus berjuang...

malangnya iblis lagi sekor tu...damned for all eternity!!!

poetic!!!

a music to my eyes!!!

"perkahwinan tu sepatutnya mematangkan kau, bukan buat kau berperangai macam budak-budak...grow up!"


Sekali lagi aku menonton filem ni buat kali ke lapan...sebab aku cuma ada salinan DVD maka gambarnya tidaklah sehebat Bluray...maka aku pun tontonlah dengan perasaan bosan...he he he!!

Aku nampak filem ni mengupas tentang maksud "growing up"..."commitment" dan juga "responsibility"...bercerita tentang belia dalam lingkungan umur 20an ke atas yang terperangkap dalam ketidaktentuan dan tak tahu apa yang depa nak...dan juga sifat "untrusting" yang sebenarnya merupakan psike utama dalam satu-satu perhubungan...

Bagi aku bila kau dah kawin dengan wanita pilihan kau...kau dah tak pandang ke belakang lagi dah...dan kau akan tetap dengan keputusan kau bilamana kau dah lafazkan akad dan memulakan kehidupan sebagai satu keluarga...dan yang paling penting sebenarnya...pemikiran tu kena ubah...kau dah tak boleh buat perangai macam orang bujang sebab lebih baik kau jangan kawin...live life freely...one night stand ka, apa ka...(kalau kau berani laa kan?)

Sama gak macam filem ni yang kalut malut dengan pemikiran - ada ke jodoh pilihan yang terbaik dan boleh ke pasangan kau membahagiakan hidup kau??

...dan persoalan ini sebenarnya hanya relevan pada orang yang tak ada arah tuju hidup...that is...why...Tuhan  suka dengan orang yang berkahwin sebab dengan perkahwinan tu sebenarnya kau berani mengubah diri kau dan kau berani memikul tanggungjawab yang sangat berat...kau ingat senang nak jaga anak??? bagi yang belum ada anak tu berani laaa...esok bila dah ada anak baru kau tau!

sebenarnya dalam hidup ni usah laa choosy sangat...nak cari perfect partner konon...kau cermin dulu diri kau, kau ingat kau perfect sangat ke? 

Bila kau dah ada bini / laki/...sebenarnya itulah perfection dalam hidup kau...sebab bini / laki kau akan mencukupkan kekurangan kau dan begitulah sebaliknya kau pun buat benda yang sama...

bagi aku...di saat aku melafazkan akad ketika aku kawin dengan bini aku...aku yakin...bini aku mampu memberikan kesempurnaan dalam hidup aku...

dan aku yakin!!!

"spirit, spirit of the coin"...


Spirit Of Vengeance??
Spirit Of Justice??

mana sama!!!

Dendam dengan Keadilan tak sama...

kalau kau ada dendam kesumat...it will consume you.

tapi kalau kau ada sense of justice dan kasih sayang macam Johnny Blaze...

God be with you!

ha ha ha!!

merepek aje aku nih!

"you have a choice...muthatrucker!"


perjanjian setan dengan Tuhan ialah dia akan sesatkan semua umat manusia sebab Tuhan dah menghina dia dengan terciptanya manusia...itu kata dia laa kan? yang tak berakal waras...

Namun demikian, boleh ke kau jual jiwa kau dengan setan?? Boleh! bilamana kau ikut perangai dendam kesumat setan tanpa gagal! Maknanya kau memilih untuk jual jiwa kau dengan setan...dan kau tau laa kat mana tempat kau lepas tu kan?

Johnny Blaze terpaksa menandatangani kontrak jiwa dengan Mephisto sebab dia nak tengok bapak dia hidup lama dan sihat sejahtera...perjanjian dimeterai tapi esoknya bapak dia mati walaupun setan tu dah tarik semua penyakit bapak dia...(allegorinya...ajal maut tu Tuhan  tentukan ye?)

Aku yakin Johnny Blaze ni orang baik-baik macam bapak dia jugak dan dia buat semua tu sebab dia sangat sayang dengan bapak dia...kau sayang tak bapak kau? mesti laa kan!?

Akhirnya pengajaran kita dalam filem ni ialah...kalau naluri kau semulajadinya percaya Tuhan ada dengan kau...maka bapak setan pun akan kalah dengan kau...sama laa macam si Johnny ni yang berazam untuk menjahanmkan Mephisto dengan kuasa Ghost Rider yang ada pada dia nih...

errr...aku rasa aku dah review dah filem ni kan?? 

Ishinomori dan Kamen Rider nya!

Kamen Rider One dapat power dia dari setan...sama laa macam dalam filem ni ha ha ha ha!

dan akhirnya orang beriman (children of god...for god is within them) juga yang menang!!

Kemenangan kini pasti!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...